MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 14 November 2019

PANDUAN BEKERJA DI LAPANGAN


Bekerja di lapangan khususnya di hutan  adalah pekerjaan yang penuh dengan cabaran yang perlu di hadapi. Kekuatan mental dan fizikal menjadi tuntutan setiap masa disampingi dengan pakaian serta peralatan yang lengkap bersesuaian dengan bidang tugasan yang dijalankan.

Lazimnya, menjalankan tugas di lapangan bekerja dengan kumpulan, sama ada kecil atau kumpulan bersaiz sederhana. Seperti di Jabatan Perhutanan biasanya seramai lapan individu atau lebih dari itu. Lagi ramai sesuatu kumpulan itu lebih baik disebabkan bolih melancarkan tugas dan meningkatkan motivasi individu serta keceriaan sepanjang menjalankan tugas yang mencabar yang tidak diketahui apa risiko yang tidak dijangka akan berlaku.

Pemakaian dan fungsi;

1. Baju berlengan panjang sama ada kemeja atau T-Shirt,
    
    Sebaiknya berkain nipis dan lasak dan tidak semestinya yang mahal.
    Mengelakan dari miang pada kulit tubuh yang teruk.
    Mengawal tubuh dari kesejukan jika berada di kawasan yang sejuk.
    Mengurangkan kecederaan jika terjatuh.
    Mengelakan dari calar calar pada lengan bila merintis.
    Memerap peluh yang banyak dan bolih digunakan untuk membasuh dan minum.
    Jika kecemasan bolih digunakan sebagai pembalut atau bahan penarik.
    Jika mempunyai poket yang banyak bolih menyimpan barang barang peribadi.
    Bolih juga digunakan sebagai bahan bakar jika sangat diperlukan ketika kecemasan.
    Sebaiknya pakaian berwarna cerah atau warna menarik supaya senang dilihat.

2. Seluar panjang jenis berkain lasak,

    Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis seperti seluar hiking.
    Mengelakan dari kulit kaki miang.
    Mengelakan kecederaan teruk dari terkena benda benda yang tajam.
    Mengelakan dari kecederaan teruk dari serangan haiwan liar seperti ular dan ungas.
    Bolih menyimpan barang barang peribadi dan sedikit peralatan kerja.
    Bolih dijadikan bahan pengikat jika kecemasan.
    Mengawal suhu tubuh di kawasan sejuk seumpamanya di atas gunung yang tinggi.
    Sebaiknya berwarna cerah atau warna yang menarik supaya senang di lihat.

3. Tali Pinggang,

     Sebaiknya kulit atau yang meterial yang lasak.
     Bolih dijadikan tali pengikat atau penarik.
      Mengawal seluar dari terlodeh bila basah lenjan.
     Bolih menyangkut peralatan seperti sarung parang, botol air, GPS dan sebagainya.
     
4. Topi Kepala,

     Sebaiknya bertopi yang keras.
     Melindungi kepala dari miang atau habuk.
     Mengurangkan kecederaan pada kulit kepala jika terhantuk.
     Jika topi keras bolih menimba air jika diperlukan seumpamanya nak menyimpan.
     
5. Sarung Tangan,

    Mengurang cedera kulit tangan.
    Sebaiknya dari bahan kain supaya tidak panas sangat dan menyerap peluh.
    Jika sering mengamalkan memakai sarung tangan dan berpeluh, kulit tangan cantik.

6. Stokin Panjang,

    Sangat penting bila memakai kasut but supaya kulit kaki tak melecet.
    Menyerap peluh dan bolih mencantikan kulit kaki, tapi jangan sampai beberapa hari.
    Bolih dijadikan bahan pengikat dan pembalut dalam kecemasan.
    Sebaiknya berwarna putih disebabkan warna putih tidak terlalu panaskan kaki.

7. Kasut But Panjang.

    Jenis yang lembut dan lasak - umpamanya but tentera separuh kain separuh kulit.
    Sebab but panjang terbaik, jika berjalan jauh jauh dan berlari tidak bimbang tanggal.

    Dan jika yakin dan berani berenang dalam sungai, but panjang tidak tanggal atau     longgar walau pun dimasuki air yang banyak, tapi hendaklah di ikat dengan kemas.

    Memakai but panjang juga senang memanjat pokok berbanding but sukan paras buku lali

    Perlu di ingatkan, banyak but panjang atau kasut pada masa ini mudah tanggal tapak, olih yang demikian, lebih baik hantar jahit tapak dulu sebelum menggunakan. (Penting)

8. Parang / Pisau Combat

    Sebaiknya parang berukuran 12 inci hingga 16 inci.
    Jika terlalu panjang parangnya, susah nak bawak pulak.
    Jika pisau combat, begitu juga ukurannya, tapi janganlah terlalu pendek ukurannya.

9. Beg Galas,

    Asalkan beg.
    Menyimpan segala peralatan kerja atau apa saja yang perlu.
    Bolih mengelakan kecederaan pada belakang tubuh jika jatuh kebelakang.
    Bolih dibuat bantal.
    Mengimbangkan tubuh bila berjalan dalam hutan atau meniti atau berjalan ditempat licin.
    

Sekian sedikit tips aku melalui pengalaman sendiri, semoga bolih menjadi sedikit panduan kepada individu yang selalu ke hutan balik hari. Jika masuk hutan bermalam, banyaklah lagi tips tambahannya yang perlu disediakan. Tapi ini merupakan asasnya saja.

Sekian, terima kasih dan semoga bermanfaat....In Shaa Allah
    
    
    


RIADAH KELUARGA DI MELAKA


Dataran Melaka



Muzium kapal selam




Kucing di Kota Sejarah Melaka




Rumah terbalik


Menikmati pemandangan Kota Melaka dari atas bukit Kota Sejarah Melaka

Rabu, 21 Ogos 2019

HIKING AND EXPLORE KEMAHANG TRAIL 2019









 Berada di Sempadan Hutan Simpan Bukit Tacing Kemahang




 Forester Eyshah agak kental walau pun masih baru dan atas banir tu Guide kami Bong Medi dari Benta.


 Guide kami dari penduduk setempat Kampung Kemahang...Sempoi jer


 Sesi bergambar berlatar belakangkan pokok Ara beringin


 Di ketinggian 400m dari aras laut...berada dilereng batu berdinding




 Pandangan dari atas bukit setinggi 440m dari aras laut menghilangkan penat seketika

 Memacak pulak....









MENINJAU BUNGA PAKMA DI ULU CHEKA JERANTUT PAHANG

 Habitat bunga pakma di Ulu Cheka


 Azman seorang guide bunga pakma di Ulu Cheka yang juga dikenali sebagai Pak Dak


 Mengenal pasti jantan betina spesies bunga pakma









Orkid Mutiara di jumpai di denai menuju kawasan bunga pakma.