MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 9 Jun 2010

TERIMA KASIH EN. KAMARUDDIN

Empat keluarga dari Kelang Selangor telah mengadakan kem perkhemahan 3 hari 2 malam baru baru ini yang diketuai oleh En. Kamaruddin sangat terpuji kerana bukan saja membawa ahli keluarga beriadah bersama-sama tapi disamping itu memupuk semangat mencintai alam sekitar serta kebersihan dengan mengadakan gotong royong sebelum meninggalkan Lata Jarum. Syabas dan jutaan terima kasih En. Kamaruddin sekeluarga diatas budi baik yang tidak terhingga oleh pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum. Diharap saya akan berjumpa lagi keluarga yang beraktiviti di Lata Jarum akan datang. Pihak pengurusan Lata Jarum bagi pihak Pejabat Hutan Daerah Raub mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih dan segala komen komen ahli-ahli keluarga En. Kamarudin akan diberi perhatian sewajarnya.

Tapak perkhemahan En. Kamaruddin serta ahli keluarga beliau di kawasan air terjun Lata Jarum.

TV 3 DI LATA JARUM

Santai selepas meninjau Lata Jarum sambil mengadakan perbincangan bersama Profesor Dr. Jumaat Adam dan Pensyarah Institiut Perguruan Teknik Cheras En. Syabil yang secara kebetulan sedang mengadakan program perwakilan pelajar beliau di Lata Jarum 3 hari 2 malam.


Wartawan TV3 sedang menemuramah Profesor Dr. Jumaat Adam dari UKM Bangi mengenai peranan beliau di kawasan hutan Lata Jarum serta pelajar-pelajar beliau yang giat menjalankan penyelidikan.


JEJAKA JELITA DARI TEMERLOH PAHANG BERKHEMAH

Sekempulan jejaka dari Temerloh mengadakan aktiviti perkhemahan di Lata Jarum semalaman. Pujian untuk mereka dengan aktiviti yang sebegini dapat mewujudkan siratulrahim antara mereka dan memberi contoh pada pemuda yang lain dengan aktiviti yang sihat. Datang lagi ke Lata Jarum. Sapa nak berkenalan dengan mereka ni tak de pulak meninggalkan alamat. Harap mereka masukkan kat ruangan komen kat bawah ni.

AKTIVITI PERWAKILAN PELAJAR INSTITIUT PERGURUAN TEKNIK CHERAS DI LATA JARUM

Kenangan Perwakilan Pelajar Institiut Perguruan Teknik Cheras bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Teknik Cik Hajah Rosnah selepas majlis penutup program.


Aktiviti semasa program



LATA JARUM SUDAH OKAY

Astaka di Lata Jarum kini


Billboard terbaru di pintu masuk Lata Jarum