Salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Pahang bermain dengan gajah di Kuala Gandah Temerloh dibawah pengurusan PERHILITAN.
Dari Kuala Lumpur kesini lebeh kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki kereta, teksi atau melalui syarikat pelancongan.
Kawasan ini terletak dalam hutan simpan margas tua (PERHILITAN) dengan kompleks yang baru.
Pintu masuk kekawasan pemeliharaan gajah dengan lambang ganding gajah yang juga lambang negeri Pahang.
Terdapat 22 ekor gajah ditempatkan disini untuk pemeliharaan dan pemuliharaan serta memberi peluang orang ramai bermain-main dengan gajah.
Aktiviti-aktiviti seperti menunggang dan mandi-manda dengan gajah dikawal selia oleh kakitangan PERHILITAN dengan sepenuhnya.
Bayaran untuk tujuan tersebut dikenakan berpatutan.
Seronok dapat menunggang gajah.
Ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung kesini setiap masa.
Acara mandi bersama gajah amat digilai oleh pelancong. Untuk aktiviti tersebut peserta diminta memakai pakaian mandi atau yang sesuai.
Untuk aktiviti mandi bersama gajah, terpaksalah menunggu giliran jika terlalu ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berikan komen apa saja disini. Tidak semestinya pujian belaka, adakalanya teguran itu lebih bermakna....silakan