MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Sabtu, 3 November 2012
WARGA PERHUTANAN BENTONG MENINGGAL DUNIA HARI INI
Gambar hiasan ajer
Kuartes Perhutanan Bentong berhampiran masjid baru Bentong telah diceroboh penjenayah dan seorang warga perhutanan meninggal dunia akibat hetakan penjaenayah tersebut. Allahyarham baru beberapa tahun berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan dan mempunyai keluarga. Beliau adalah menantu pada bekas Renjer Hutan Abu Samah dari Temerloh. Sehingga catatan ini dibuat menurut rakan rakan dari perhutanan Bentong masih di hospital Bentong.
TEMPAHAN HARI DARI UMP PAHANG DM 10-12 NOV 2012
Ustaz Hasnur & Ustaz Basith serta k/tgn UMP
Beberapa minggu lepas Lata Jarum didatangi pegawai-pegawai dari Universiti Malaysia Pahang dari Pekan Pahang Darul Makmur berbincang untuk mengadakan program untuk pelajarnya seramai 100 orang. Mengikut tarikh yang diberikan pada 10 hingga 12 November 2012 ini. Apa pun keputusan muktamad belum diberikan olih pihak pentadbiran UMP tersebut ketika paparan ini dibuat.
WAJAH LATA JARUM KINI
Musim hutan sudah tiba. Sudah tentu air sungai naik. Kepala air sudah biasa di hulu sungai. Hati hati ketika mandi di kawasan hulu sungai didalam hutan. Bolih akibat nyawa melayang. Di Lata Jarum adalah kawasan di hulu sungai di Ulu Dong Raub. Namun jika airnya naik sebelah pagi, disebelah petang seperti sedia kala semula. Begitulah adanya.
Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum sentiasa menjadi perhatian untuk urusan program dari pelbagai pihak. Adalah lebih baik datang melawat sebelum program nak buat disini. Lata Jarum masih daif kemudahan asasnya seperti kelengkapan bilik penginapan, tiada sistem siar raya, Bilik air kurang mencukupi untuk peserta berskala besar, sistem airnya dari graviti yang mana bila air naik akan menggangu bekalan, peralatan kecemasan dan kemudahan keselamatan. Harap akan bertambah baik suatu hari nanti.
Inilah halaman induk Lata Jarum yang terdapat Pejabat pengurusan serta Pusat Penerangan dan juga astaka untuk pelbagai aktiviti dan juga rumah pelawat yang paling selesa untuk inapan 20 orang. Namun pernah di inapi seramai 60 orang. Walau apa pun tema Lata Jarum ini untuk perkhemahan saja. Tapi tapak perkhemahan yang khusus tidak ada. Bolihlah nak berkhemah mana-mana tempat yang agak sesuai seperti adanya.
Selamat Datang ke Lata Jarum dan terima kasih atas kesudian.
Langgan:
Catatan (Atom)