Lawatan kerja Menteri Pelancongan YB Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen ke Lata Jarum pada 31 Mei beberapa hari lepas merupakan satu penghormatan bagi Jabatan Perhutanan Pahang khususnya Jabatan Perhutanan Daerah Raub. Segala usaha Jabatan Perhutanan memulihkan Lata Jarum dari 2008 setelah 4 tahun terbiar membuahkan hasil. Kini Lata Jarum mendapat perhatian dari Kementerian Pelancongan untuk membangunkan kemudahan infrastrutur kemudahan asas bagi menambah tarikan pengunjung ke Lata Jarum. Pelbagai perancangan telah dibuat dengan mengambil kira pemuliharaan alam sekitar. YB Menteri Pelancongan menghendaki pembangunan di kawasan rekreasi dilakukan secara berhemah dan tidak menjejaskan alam sekitar. Beliau berhasrat Lata Jarum akan menjadi satu model bagi semua kawasan rekreasi yang ada dari segi pembangunan yang berasaskan mesra alam dan menjadikan kawasan pembelajaran serta penyelidikan disamping berekreasi dengan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking meredah hutan, menyeberangi jeram, melihat lapangan sungai yang hilang serta pertumbuhan bunga pakma yang berkembang ( bunga terbesar di dunia ). Beliau juga berhasrat melahirkan lebih ramai pemandu pelancong yang profesional yang mahir mengenai hutan dan disamping itu juga mahir dengan pelbagai bahasa. Dengan hasrat yang sebegitu beliau sangat berharap sektor pelancongan akan berdaya maju dan menjadikan negara rumah kedua bagi pelancong-pelancong asing. Turut serta lawatan YB pemangku Pengarah Perhutanan Pahang Tuan Hj. Faiz, Pegawai Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands En. Osman Deris serta Penolong En. Yusuf dan lain-lain kakitangan perhutanan. Pegawai-pegawai dari kementerian pelancongan, pegawai-pegawai dari pejabat daerah dan lain-lain jabatan, Penghulu dan ketua-ketua kampung turut memeriahkan lawatan. Kebetulan pada hari minggu tersebut ramai pengunjung-pengunjung yang turut memeriahkan lawatan tersebut.
MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Selasa, 2 Jun 2009
Khamis, 28 Mei 2009
OH, LATA JARUM
Suasana di Lata Jarum hari ni tenang aje. Penolong Pegawai Perhutanan bersama Renjer Hutan tak pernah datang Lata Jarum nampaknya sudah sampai. Huh, memang nampak sibuk. Maklumlah menteri nak datang. Emm... biasa laa.
UNIT MEMANJAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG
Rabu, 27 Mei 2009
PEMBERITAHUAN
Pada masa ini tiada Bunga Pakma yang kembang. Kalau ada pun yang sudah memburuk atau sudah berwarna h itam. So, nak buat macam mana. Bunga Pakma apabila kembang tidak bertahan lama. Ia berkembang cantik cuma tiga hari saja. Lepas tu sudah bertukar warna hitam dan terus memburuk serta mengeluarkan bau yang sangat busuk. Seperti bangkai. Yang merisaukan adakah Bunga Pakma akan kembang bila Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen datang nanti. Mengikut pemantauan, tidak ada lagi. Tapi kalau ada yang kembang, bolehlah kata memang Lata Jarum bertuah betul.
KEDATANGAN PEGAWAI-PEGAWAI PELANCONGAN
Lebih kurang jam 6.44 ptg serombongan pegawai-pegawai pelancongan tiba di Lata Jarum. Mereka diberikan taklimat perkembangan Lata Jarum. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk pembangunan Lata Jarum. Setelah dua jam kemudian mereka berlepas pulang. Hujan turun mencurah-curah menyejukkan lagi suasana Lata Jarum. Semoga segala usaha kami di Lata Jarum beroleh keberkatan.
LAWATAN MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA KE LATA JARUM
Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan Malaysia akan mengadakan lawatan rasmi ke Lata Jarum Hulu Dong Raub pada 31 Mei hari ahad dan dijangka akan tiba jam 8.30 pagi. Menurut jurucakapnya lagi rombongan beliau dijangka seramai 40 orang termasuk pelbagai pihak media. Ini adalah lawatan kedua pembesar negara ke Lata Jarum selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang merasmikan Lata Jarum pada 20 April 1999.
Selamat Datang Ke Lata Jarum.
Selamat Datang Ke Lata Jarum.
Selasa, 26 Mei 2009
PENGUNJUNG DARI NEGERI CINA
Lebih kurang jam 2.30 ptg sepasang suami isteri yang baru kahwin dari negeri cina berkunjung ke Lata Jarum dibawa oleh rakan mereka dari Raub. Rakan pengantin baru ini lebih merupakan seorang jurubahasa kerana mereka tidak pandai berbahasa Melayu atau pun Inggeris. Mereka cuma boleh berbahasa cina aje. So, mereka dibawa melawat ke kawasan Rafflesia yang masih berkembang dengan cantiknya lagi. Huh, aku tertelik leher mereka kesan disedut ular sawa. Hebat, hebat...
Langgan:
Catatan (Atom)