MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 11 Disember 2009

LATA JARUM MASA INI

Pada masa kini Lata Jarum semakin menjadi distinasi penyelidikan Rafflesia. Dr. Wee Suk Ling bersama dua pelajarnya sedang menjalankan kajian serangga berkaitan rafflesia di Lata Jarum yang dijangkakan berada seminggu di Lata Jarum. Hari ini sudah dua malam beliau berada di Lata Jarum tampa ditemani sesiapa. Diharap mereka selamat semasa berada disana. Walau bagaimanapun sepasukan tentera komando berada berhampiran dgn kompleks Lata Jarum sedang mengadakan latihan.

Khamis, 10 Disember 2009

LAGI GAMBAR EKSPIDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Pegawai penerbitan UKM Bangi En. Daud sedang bersiap sedia merakam gambar untuk majlis perasmian ekspidisi saintifik Lata Jarum. Steady abang Daud. Beliau banyak memainkan peranan penting untuk Lata Jarum. Kelazimannya lepas shooting makan ikan steam. Jangan steam udah le en. Daud, nanti susah member...
Yang baju hijau tidak asing lagi Profesor Dr. Jumaat Adam Penyelaras Penyelidikan Bukit Fraser dan Pengerusi Ekspidisi Saintifik Lata Jarum sempat merakamkan detik mesra bersama Datuk Hj. Hanafiah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

En. Muhamad Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Daerah Raub Pahang mewakili Pegawai Daerah Raub Datuk Abd. Moin Hamid merasmikan Ekspidisi Saintifik Lata Jarum. En. Mat memang mantap, berucap tak baca teks pun, beliau rasa apa yang betul, cakap terus. I like your style cik Mat...


Para jemputan, peserta, urusetia memeriahkan majlis perasmian hingga akhir ekspidisi. Syabas tuan-tuan, kita jumpa pada lain program di Lata Jarum. Ada lagi ke...Maklum balas selepas Ekspidisi ada yang tanya bila ada lagi program kat Lata Jarum. "Jemputlah kami lagi" begitulah beberapa orang yang bertanya kat saya semasa nak balik. Insha'allah....








RAFFLESIA 2DAY AT LATA JARUM

Alangkah terkejutnya saya bila didapati Rafflesia Lata Jarum ini sudah hampir berkembang penuh. Empat hari sudah masih bulat lagi dan lazimnya dijangka satu minggu lagi. Apakah ini proses hidrostatik bunga tersebut. Apabila keadaan lembab disebabkan hujan yang banyak menjadikannya cepat berkembang berbanding musim panas. Oleh yang demikian pada hari esok 11 Dec 09 (Jumaat) akan berkembang penuh.
Ini adalah bunga pakma dikawasan Sg. Kenau yang baru dijumpai. Dijangka tiga atau empat hari lagi akan membuka.

Pada hari ini jam 12.30 petang Dr. Wee seorang penyelidik dari fakulti Sains dan Teknologi UKM Bangi tiba bersama dua pelajarnya untuk menjalankan penyelidikan serangga berkaitan Rafflesia di Lata Jarum. Kelihatan Dr. Wee sedang melekatkan tanda-tanda pada bunga pakma yang diselidikinya.


Rafflesia di Sg. Kenau ini juga akan berkembang tidak berapa lama lagi yang dijangka tiga atau empat hari lagi. Oleh yang demikian di Sg. Kenau mempunyai dua biji Rafflesia akan berkembang dalam tempoh terdekat ini. Satu dipetak pertama dan kedua dipetak yang baru ditemui yang cuma 100 meter saja dari petak pertama.



Rabu, 9 Disember 2009

KERJA-KERJA NAIK TARAF LATA JARUM AKAN DILAKSANAKAN

Menurut kenyataan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, peruntukan sebanyak RM 500,000.00 akan digunakan sepenuhnya menaik taraf infrastruktur yang sedia ada di Lata Jarum. Kerja-kerja akan dimulakan pada 15 Dec 2009 ini dan dijangka siap pada Mac 2010.

Dengan sempurnanya kerja-kerja naik taraf itu nanti akan memberi kemudahan pada program-program yang dijalankan di Lata Jarum. Apa yang diharapkan, bukan saja pemulihan infrastruktur akan disempurnakan, namun diharapkan juga pada lain-lain kemudahan asas seperti peralatan pengurusan serta peralatan tempat penginapan.

Insha'allah, dengan segala kemudahan yang diberikan pada Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum Jabatan Perhutanan Raub akan menjadikan satu kawasan hutan lipur yang berimej tinggi, bukan saja untuk rekreasi, namun sebagai pusat penyelidikan serta eko-pelancongan.

Tidak lupa merakamkan jutaan terima kasih pada pihak UKM Bangi terutamanya Prof. Dr. Jumaat Adam serta semua pegawai-pegawai beliau dan seterusnya pihak pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, khususnya Pegawai Hutan Daerah Raub Tuan Hj. Zulkfakar yang banyak berusaha perancangan naik taraf Lata Jarum.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Dato' Seri Ng Yan Yan Menteri Pelancongan Malaysia sudi melawat Lata Jarum serta bermurah hati memberikan peruntukan menaik taraf Lata Jarum. Diharap akan datang lagi tahun hadapan seperti beliau janjikan.

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI UiTM SHAH ALAM SELANGOR

Perubahan tarikh program SUKSIS Shah Alam menggadakan kem perkhemahan di Lata Jarum telah dinyatakan Pegawai Latihan (1) Cheif Inspektor Hasrul Affendi baru baru ini yang akan di- adakan pada 28 Dec 09 hingga 2 Jan 2010. Sepatutnya 16 hingga 22 Dec 09 ini.

Pengisian program SUKSIS akan menggadakan program dipersekitaran hutan Lata Jarum dan meredah denai serta melawat kawasan bunga pakma.

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengalu-alukan program tersebut khususnya Jabatan Perhutanan Daerah Raub. Insha'allah kerjasama akan diberikan olih pihak Jabatan Perhutanan jika diperlukan.

Disamping itu tidak ketinggalan kepada penduduk kampung berhampiran kerana pihak SUKSIS bercadang menggadakan program bersama penduduk kampung berhampiran dengan pelbagai aktiviti.

Sabtu, 5 Disember 2009

LAGI PROGRAM DI LATA JARUM

Jurucakap Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor akan mengadakan program perkhemahan seramai 200 orang pada 21 hingga 26 December 2009 ini.

Sementara itu pula yang belum di beri jadual lagi, pihak kem Sg. Udang Melaka berminat mengadakan latihan komando seramai 80 orang.

Di Bukit Fraser pula pada 17 hingga 22 December ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan mengadakan ekspedisi dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Bukit Fraser.

Emm...nampaknya lepas kejar ke Bukit Fraser terus kejar ke Lata Jarum dan kalau jadi pulak, terus kejar ke Cameron Highlands pulak untuk Kolej Mara Kuala Lumpur seramai 80 orang. Alhamdulillah, dah ramai orang sukakan alam sekitar untuk beraktiviti. Teruskan...

Selasa, 1 Disember 2009

JUTAAN TERIMA KASIH

Pihak Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan Ekspedisi Saintifik Lata Jarum 2009 ESLJ 09. Pejabat Daerah, JKR, JBA, Kementerian Kesihatan, JKKK Kampung Hulu Dong serta penduduknya sekali, Majlis Daerah, Rela, PDRM, Kontraktor, Semua warga Jabatan Perhutanan yang terlibat baik Negeri Pahang, Trengganu kita, Johor dan Ibupejabat Perhutanan Kuala Lumpur, Semua warga IPT yang terlibat menyertai dan tidak lupa "Atok" Lata Jarum yang mengizinkan kami berekspedisi. Dengan izin "Atok" ekspedisi berjalan lancar dengan meriah sekali dan sepanjang masa ekspedisi selama 6 hari, hujan tak turun. shukur pada Allah s.w.t memberkati majlis Lata Jarum. Sebelum tu hujan tak berhenti henti dan habis aje ekspedisi, hujan tak berhenti henti semula. Alhamdulillah, semuanya kehendak Allah s.w.t

TERIMA KASIH PADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Terima kasih Jabatan Bekalan Air Raub dan warganya yang terlibat. Harap nanti dapat membekal air lebeh banyak pada program akan datang di Lata Jarum. Ada lagi ke... Emm bulan December ni mungkin satu lagi program besar macam ekspedisi kat Lata Jarum. Tunggulah...
Hiss... sapa pulak tu. Haa...tu bukan kakitangan JBA Raub weh. Masa ambil gambar tak ada. Bila cuci gambar ada lak. Emm...penunggu Lata Jarum kot

Khamis, 26 November 2009

PESERTA EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bergambar bersama Tuan Hj. Jalil Mat Som, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Eh, sapa pulak pompuan tu. Itu bukan isteri Tuan Hj. Jalil ya, tapi setiausaha kerja ekspedisi UKM. Dia tu memang suka bergambar. Kalau sapa yang berminat, datanglah selalu Lata Jarum. Pasti jumpa.
Para peserta bergambar bersama VIP beramai ramai dan ada pulak yang terkentut. Huh....



GAMBAR GAMBAR EKSPEDISI

"Maka dengan ini saya merasmikan Ekspedisi Saintifik Lata Jarum 2009" begitulah ucapan wakil Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Tuan Hj. Jalil Mat Som menyampaikan ucapan

Pengerusi Ekspedisi Lata Jarum 2009 Profesor Dr. Jumaat Adam sedang menyampaikan ucapan dengan penuh cemerlang.






EKSPEDISI LATA JARUM 2009 SUKSES

Pada 16 hingga 21 November 2009 baru baru ini, ekspedisi Lata Jarum berjalan lancar dengan penuh cemerlang walau pun beberapa masaalah dihadapi.

Selasa, 10 November 2009

INILAH RAFFLESIA JANTAN

Bunga Rafflesia ni pun ada jantan betina. Memang gitulah kejadian ALLAH s.w.t Rupa rupanya yang jantan ada telur jugak. Tapi telor dia banyak sangat. Puas nak kira....dan lagi satu disekeliling telur dia ada bulu bulu warna perang. Kalau betina pulak, licin aje. So, nak tengok dari dekat marilah ke Lata Jarum. Minggu Ekspedisi ni ada satu akan kembang mekar.

KAKITANGAN UKM DAH TIBA BERKAMPUNG DI LATA JARUM

Makanya, sebilangan orang kuat UKM dah sampai berkampung di Lata Jarum dengan berlori lori barang peralatan diangkutnya. Yang peliknya ada bawak motor sekali. Huh, nak main motor cross kat Rafflesia gamaknya. Yang bagusnya perempuan yang bawak tu...Emm boleh lah aku tenggek sekaki. Lupa pulak nak ambik gambar tadi. Dia orang sampai jam 5.00 petang waktu Malaysia.

Malang pulak, api letrik blackout. Tapi jam 10 dah okay. apa lagi, karaoke lah......

EKSPEDISI LATA JARUM 2009

Pada 16 hingga 21 November 2009 bersamaan hari Isnin hingga Sabtu satu Ekspedisi Saintifik akan diadakan di Lata Jarum Ulu Dong Raub Pahang Darul Makmur. Sepanjang Ekspedisi selama 6 hari tersebut para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain institiut pengajian tinggi yang menyertai akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang masing masing.

Ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta lain-lain agensi kerajaan adalah julung julung kalinya diadakan di kawasan Lata Jarum Ulu Dong Raub.

Pada masa yang sama diminggu tersebut, Malaysian Createaria & Indicator MC&I akan mengadakan lawatan ke Lata Jarum. MC&I adalah satu badan NGO yang membuat lawatan pemeriksaan tatakerja Jabatan Perhutanan diseluruh Semenanjung Malaysia. Pegawai pegawai MC&I dijangkakan akan mengadakan lawatan pada 18 November bersamaan hari rabu. Jika pemeriksaan MC&I ini mendapati tatakerja yang dilakukan Jabatan Perhutanan mengikut prosedur yang ditetapkan, pengikirafan akan diberikan dan bolehlah dapat ISO beribu ribu. Oleh itu cemerlanglah, kalau tidak.... lu pikirlah sendiri....

Pada 21 November hari Sabtu satu lawatan Diraja iaitu KDYMM Sultan Pahang akan melawat daerah Raub pulak. Maka sibuklah rakyat jelata meraikan lawatan tersebut.
Lepas tu cuti sekolah pun bermula....haa....nak gi mana ya....ahh duduk rumah lagi baik...