Pada 5 Feb Jumaat lepas aku ke Bukit Fraser untuk menyertai ekspedisi yang dianjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi UKM Bangi yang di ketuai oleh penyelaras penyelidikan UKM Bukit Fraser Prof. Dr. Jumaat Adam. Seramai lebih kurang 20 orang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UKM serta beberapa pelajar dari Iran serta Austria. Ekspedisi berjalan selama 2 hari yang bermula pagi sabtu dengan melalui denai UKM di permatang Jeriau, Hutan Lipur Jeriau dan persekitaran Bukit Fraser hingga ke denai Pine. Sepanjang ekspedisi pelbagai penemuan diselidiki oleh peserta.
MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Selasa, 9 Februari 2010
Rabu, 13 Januari 2010
LAWATAN SEKEJAP YANG BERMAKNA
Petang 13 Jan Rabu lebih kurang jam 5.30 petang empat buah kenderaan besar besar yang dinaiki sekumpulan pegawai-pegawai pelancongan negeri Pahang serta pelbagai pihak media dan dari Genting Highlands tiba di Lata Jarum mengadakan lawatan sambil meninjau kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan kini. Menurut salah seorang pegawai pelancongan tersebut yang saya difahamkan, lawatan ke pelbagai destinasi pelancongan termasuk Lata Jarum untuk dibawa ke kabinet. Apakah maksudnya dibawa ke kabinet. Harapnya tidak ke dalam almari kabinet. Jika ke jemaah menteri kabinet dan Lata Jarum termasuk dalam senarai kawasan pelancongan nanti, apakah relevan hanya tiga kakitangan jabatan perhutanan ditugaskan disitu dengan tiada elaun lebih masa dan elaun bermalam yang dihadkan cuma tiga ke lima malam saja. Diharap pihak pelancongan tidak hanya memikirkan kawasan pelancongan yang terbaik tapi ambil lah kira sekali kebajikan tenaga kerja yang mengendalikan. Apa salahnya pihak pelancongan memberi insentif pada kakitangan perhutanan sikit yang bertugas di hutan lipur seluruh negara. Contohnya dengan memberi kursus pengurusan eko-pelancongan, pemandu pelancongan, bahasa inggeris, komunikasi, denai hutan, lawatan sambil belajar dan apa-apa lagi yang bersesuaian dengan objektif eko-pelancongan. Kalaulah ini dilakukan pihak pelancongan pada kakitangan perhutanan di hutan lipur, saya berani potong telinga le ramai nak bertugas di hutan lipur dari mengejar kerja kat unit operasi dan penguatkuasaan. Alamak, lupa pulak nak ambil gambar mereka masa sampai tu. Maklumlah orang utan kena temuramah... he he he....
PENYELIDIK TEMPATAN
Pada 10 hb, Jan Ahad baru baru ini Prof. Datuk Dr. NorRamly bersama dua pelajar UKM dari Fakulti Sains dan Teknologi sampai ke Lata Jarum meninjau pelbagai spesies khususnya tepus hutan (keluarga halia).
Beliau serta pelajarnya dibawa melihat Rafflesia dan melalui kawasan gugup sungai. Walau bagaimana pun beliau masih lagi gagah berjalan dihutan walau pun dibawa berjalan lebih kurang 2.5 kilometer pergi dan balik dari kompleks Lata Jarum. Saya berharap akan berjumpa banyak lagi Profesor tempatan yang hebat dan bersemangat tinggi meneruskan misi penyelidikan dihutan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies. Jadi, siapa kata penyelidik kita tak hebat. Tapi bagaimanapun saya berharap dapat berjumpa banyak seperti Prof. Dr. Jumaat Adam yang suka bergelumang dalam hutan siang dan malam tampa jemu dan tak pandai nak balik bila masuk hutan. Pemikiran saya, kalau national geographic selalu memaparkan kehebatan penyelidikan dikalangan orang inggeris, mengapa tiada pihak media kita tak nak buat kehebatan penyelidikan kita yang kaya ini ? Apakah memang sukar mencari penyelidik kita yang hebat untuk digambarkan seperti national geographic lakukan. Emm... takat ini kalau tanya saya, memang mungkin...salah satu soalan yang mungkin ada sesiapa tahu dari para cendiakawan, siapakah penyelidik tempatan yang tinggal dihutan selama lebeh lima tahun. Harap ada yang ceritakan saya secara ringkas siapa dia.
Selasa, 5 Januari 2010
PENGGAMBARAN DI LATA JARUM ???
Mungkin suatu hari nanti ada yang berminat nak buat iklan, purba, drama, filem seram, rafflesia dan apa saja
GAJAH DI LATA JARUM ???
Sehingga kini belum sampai lagi gajah ke Lata Jarum. Gajah merupakan salah satu spesies yang boleh memahami manusia. Oleh itu janganlah kata yang bukan-bukan kat dia. Banyak sudah tragedi akibat cakap yang bukan-bukan kat gajah dalam hutan. Lainlah monyet, sorrylah jah adik terkasar.
LAWATAN KAKITANGAN LATA JARUM KE TERENGGANU MENGGIKUTI UKM
Kompleks Warisan yang begitu menarik di Kuala Terengganu sedang baru dibuka pada orang ramai dengan binaan yang begitu menitik beratkan warisan Terengganu dan banyak pakaian bercorakkan batik dipasarkan disini. Harga pun bolih tahan menariknya seperti kompleksnya juga.
Pasar Payang yang begitu terkenal tidak lama lagi akan dirobohkan dan digantikan dengan kompleks baru mengikut cerita peniaga-peniaga disitu.
Pelawat yang selalu bergaya dikawasan hadapan kompleks masjid kristal Kuala Terengganu.
Menemuramah salah seorang petugas di kompleks Temadun Islam Kuala Terengganu. Emm oghang tengganu kita memang terkenal manis manis.
Bersantai di pantai batu buruk tengah malam menghilangkan keletihan sambil meninjau pengunjung dan beberapa perkara berkaitan kawasan rekreasi.
Kumpulan yang menggadakan lawatan kajian ke Terengganu 24-27 Dec 09. Terima kasih Siti Tafsir MasNora serta keluarga diatas layanan yang tidak terbalas dan segala galanya.
Prof. Dr. Jumaat Adam bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu melakukan tinjauan menjejak Rafflesia di Hutan Simpan Kecing Setiu Terengganu. Banyak akar perumah ditemui disatu kawasan sungai, namun tiada bukti pertumbuhan spesies tersebut ditemui. Mengikut maklumat kakitangan Perhutanan Terengganu pernah menemui spesies tersebut disana satu ketika dahulu.
Terdapat kolam dan air terjun kecil yang menghijau ketika menyusuri sungai menjejak Rafflesia. Sungguh cantik dan rasa nak mandi pada ketika tu, tapi lupa pulak bawak bikini. Malu kat member nak mandi tarzan.
Hari ketiga melawat bandar Kuala Terengganu meninjau kawasan Landskap hingga sampai melewati kompleks tamadun islam Terengganu. Hebat Terengganu kita.
Meninjau kawasan replika masjid seluruh dunia. Masuk dikenakan bayaran dan dapat passpot seperti keluar negara. Masuk dicop dan keluar dicopkan lagi seolah olah masuk dan keluar negara. Satu sistem pengurusan yang berimejkan tersendiri.
Ahad, 3 Januari 2010
LATA JARUM DITUTUP SEMENTARA WAKTU
Sehingga bulan April 2010 kawasan Lata Jarum sedang proses kerja-kerja naik taraf. Oleh yang demikian semua aktiviti-aktiviti program yang berskala besar tidak dapat dijalankan bagi memberi laluan pada kerja-kerja naik taraf oleh pihak kontraktor yang dilantik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Semua kemudahan yang ada terlibat dengan kerja-kerja tersebut.
Bagaimanapun, bagi aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah dan mandi manda dibolehkan. Bagi yang ingin bermalam di Lata Jarum dicadangkan menyewa chalet yang berhampiran Lata Jarum yang mana kadar sewanya yang berpatutan. Tiga buah pengusaha chalet di Ulu Dong berhampiran Lata Jarum seperti chalet Hj. Mustafa, Pulau Chekas dan Lubuk Semak.
Pihak pengurusan Lata Jarum memohon maaf diatas menghalang hajat pengunjung yang ingin bermalam di Lata Jarum untuk sementara waktu aje. Nanti setelah kerja-kerja naik taraf selesai nanti, nak berguling guling siang malam pun tak apa.
Pada para penyelidik dari Intitiut Pengajian Tinggi dalam skala kecil seperti kurang dari lima orang boleh diberi pertimbangan. Oleh yang demikian sila hubungi Pegawai Hutan Daerah Raub atau pertanyaan pada pegawai unit hutan lipur Lata Jarum.

Sabtu, 2 Januari 2010
BERITA TERKINI
Penolong Pegawai Hutan Daerah Raub En. Yusof bin Shafie yang bertugas di Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands telah meninggal dunia jam 11 malam (2 Jan 2010 Sabtu) di kampung beliau di Ulu Cheka Jerantut. Saya mengucapkan takziah pada ahli keluarga dan semoga roh beliau ditempatkan bersama sama para solihin. Allahyarham pernah bertugas di Ibu Pejabat Perhutanan Johor Bahru, Pulau Pinang dan bertukar ke Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Beliau sepatutnya telah bertukar dan menangguh akibat sakit. Allahyarham dipercayai akan dikebumikan pada hari esok (3 Jan 2010) di kampung Ulu Cheka Jerantut.
Sehubungan dengan itu salah seorang anggota jurulatih kadet polis UiTM yang menjalankan program di Lata Jarum pada 28 Dec 2009 hingga 2 Jan 2010 baru baru ini telah meninggal dunia di Hospital Raub setelah tiba tiba tumbang di Lata Jarum pada hari ketibaan allahyarham pada 26 Dec 2009. Allahyarham dipercayai menghidap sakit jantung. Takziah pada keluarga allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama sama para solihin.

KEM PERKHEMAHAN KADET POLIS UiTM SHAH ALAM
Isnin, 21 Disember 2009
BERITA LATA JARUM
Memang semua maklum hujan menyeluruh masih berterusan setiap hari dan tidak terkecuali di Lata Jarum. Lebih kurang 4 hari hujan di Lata Jarum menambahkan kesejukan hingga 23 darjah celcius dan bolih mencapai 21 darjah diwaktu malam.
Pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja naik taraf di Lata Jarum semalam berhasrat akan mencari tempat tinggal dikawasan kampung berhampiran untuk menggelak dari kesejukan diwaktu malam.
Beberapa pelajar UKM Bangi yang sedang menjalankan penyelidikan yang sudah 13 hari di sana turut merasa bahang kesejukan tersebut. Namun kerja-kerja penyelidikan tetap diteruskan. Pada hari ini dijangkakan mereka akan pulang ke UKM Bangi untuk sementara waktu.
Program kadet polis UiTM Shah Alam akan diadakan pada 28 Dec 09 hingga 2 Jan 2010 ini. Pada 26 Dec ini pasukan urusetia yang terdiri dari Pasukan Gerak Am Selangor akan awal berada di Lata Jarum untuk persediaan program tersebut. Dijangka 200 peserta akan menyertai program Kem Perkhemahan SUKSIS Lata Jarum 2009/2010.
Inilah julung julung kali program paling lama dalam dunia, kat Lata Jarum...Huh...setahun tu

Jumaat, 11 Disember 2009
LATA JARUM MASA INI
Khamis, 10 Disember 2009
LAGI GAMBAR EKSPIDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009
Langgan:
Catatan (Atom)