MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 9 Oktober 2010

SELEPAS HARI RAYA MELETUP LAGI

Pada bulan puasa yang lepas kesunyian Lata Jarum sangat terasa disebabkan tiada aktiviti dijalankan. Saya ingat selepas hari raya pun mungkin masih tiada aktiviti dan boleh lah berehat-rehat atau buat kerja yang sepatutnya.

Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila serangan bertalu-talu dari pelbagai pihak menjalankan aktiviti.

Masalahnya saya tiada pembantu yang betul-betul berminat. Setiap masa kedatangan pelbagai pihak saya terpaksa menguruskan keseorangan diri. 

Namun begitu saya agak selesa sedikit apabila kumpulan pelajar-pelajar dari universiti mempunyai pembantu dari kalangan pelajar master dan beberapa kakitangan.

Saya sangat mengalu-alukan sukarelewan dari mana-mana untuk membantu jika ada.

Ahad, 3 Oktober 2010

PUSAT PENERANGAN LATA JARUM DITIMPA POKOK

Sabtu Oktober 2010

Pusat Penerangan Lata Jarum yang juga merupakan pejabat Unit Hutan Lipur Daerah Raub Zone Timur telah ditimpa pokok mati dan dipercayai kejadian tersebut berlaku tengah malam tersebut.

Setelah pemeriksaan pada pokok tersebut didapati telah diserang oleh anai-anai dengan begitu teruk sekali.

Akibat dari kejadian, beberapa keping atap bangunan tersebut telah pecah beberapa keping.

Pemeriksaan dalam bangunan didapati beberapa keping si;ing juga telah rosak dan kesan-kesan air membasahi.

Laporan serta merta telah dibuat pada ketua renj Renger Tingkatan Kanan En. Najib Shauqi..

Bagaimana pun tindakan membaik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin oleh pejabat hutan daerah Raub.

Jumaat, 10 September 2010

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Disamping kita berseronok menikmati hari raya yang mulia ini, berhati-hatilah ketika memandu kenderaan. Ada kalanya kita terserempak dengan pemandu seperti diatas yang mana boleh memudratkan keselamatan kita sekeluarga atau sahabat handai diatas jalan raya.

SALAM AIDILFITRI

Pada para muslimin dan muslimat yang singgah dihalaman ini saya serta rakan-rakan di Lata Jarum mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin jika ada tulisan di blog ini menyentuh perasaan atau tidak menyenangkan beberapa pihak. Untuk makluman, semua fakta yang ada di halaman ini adalah pendapat saya sendiri melalui pengalaman dan pengatahuan yang saya dapati. Jika ada fakta yang tidak selaras dengan pemikiran pembaca, jangan jadikan fakta tersebut untuk sebarang rujukan. Tetapi jika ada fakta yang menepati fakta para ilmuan dimana-mana adalah satu kebetulan yang mungkin menjadi rujukan saya jua selama berpuluhan tahun dalam bidang perhutanan. Walau bagaimana pun pada sesiapa yang menjadikan fakta di blog ini sebagai rujukan asas, saya mengucapkan jutaan terima kasih.Apa pun saya sangat mengharap pada sesiapa memberi komen tidak kira apa pun topiknya untuk berkongsi ilmu dengan harapan mendapat berkat dari Allah s.w.t.

...sampaikan lah, walau satu ayat pun semoga kamu beroleh keberkatan...

Sabtu, 4 September 2010

Berita Harian Online | SPRM dapat kesan kegiatan curi balak

Berita Harian Online SPRM dapat kesan kegiatan curi balak

Satu lagi projek yang kantoi dari entah berapa banyak telah berlaku. Bagaimana pun "no komen" dan selamat sejahtera pada yang terlibat....

Isnin, 30 Ogos 2010

MEMERANGI SAMPAH

Sebahagian tong sampah simenfero yang disediakan oleh pengurusan Lata Jarum


Sebagai usaha kempen sampah sifar di Hutan Lipur Lata Jarum pihak pengurusan menambah bilangan tong sampah yang sedia ada sebanyak sepuluh biji lagi. Tong sampah simenfero ini akan diletakan dibeberapa tempat yang strategi untuk memudahkan pengujung membuang sampah sarap. Oleh yang demikian, keseluruhan tong sampah yang sedemikian telah disediakan berjumlah dua puluh biji dikeseluruhan Hutan Lipur Lata Jarum.Tong sampah ini apabila diletakkan akan disimen supaya tiada anasir yang gatal kaki & tangan menyepaknya kedalam sungai atau menghumbannya kedalam lurah.

Pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum memohon kerjasama orang ramai supaya dapat membendung gejala merosakkan tong sampah serta membuang sampah merata-rata hingga kedalam sungai dikawasan Lata Jarum. Jika sampah sarap dapat dibendung sama sekali, virus kencing tikus mungkin tidak wujud sama sekali...

WHEN SEVEN DAYS......


Hey, don't touch it....but no matter for this lady, because she always do research the insect for records...Eeee..very bad smelt

STICK INSECT WITH THE NATURE



This species is the one of the thousands nature thing you can found every where in the forest. I'm just simply follow some of the research student to improved my experienced watching would have been awed in wonder over the rich behavioral repertoires that these creatures' display.Some local call 'belalang mekah' or regularly    'serangga ranting'. 



What's an experienced to watch this thing, I'll have to go 10 pm until 5 am....it's very nice...you want to go after its'....ooh go for your self...

Ahad, 15 Ogos 2010

MENGENAL BUAH KELEDANG BANGKONG

Sekiranya terjumpa dalam hutan buah serupa ini, tentu ada mengatakan buah cempedak atau pun nangka. Memang inilah keluarganya juga. Keserupaannya seperti spesies nangka memang tidak dinafikanlah. Walau macam mana pun ini adalah spesies bangkong hutan dan boleh dimakan. Untuk sempurnakannya masaklah seperti memasak nangka. Ada pun spesies in dengan nama tempatannya dengan lebeh sempurna Keledang Bangkong. Spesies ni terdapat dimerata-rata hutan kita. Kalau putus bekalan makanan dalam hutan, apa salahnya diambil untuk menyambung nyawa.

Jumaat, 13 Ogos 2010

KENALI BUAH GELUGOR


Spesies ini ada yang diberi nama tempat dan paling bestnya bahan penyedap makanan macam laksam....buat bahan gulai-gulai tu biasa la. ada ke yang tak kenal....kat Lata Jarum ni banyak...

ARTIS LATA JARUM DARI TERENGGANU



Ada kalanya terlalu kerap kesesuatu tempat dan dengan kumpulan yang kecil pula tentu membosankan. Oleh itu ada patutnya juga kekadang tu kandar alat karaoke melalak sampai pagi untuk hilangkan boring. Artis ni dari nganu jugok dan sedang menuntut di UKM bangi.

WEH....DIE-MER NOK TINGOK BUNGA JUGOK YA....YEH..ORG RAUB



"Yeh..mak ngah nak tingok juga....jauh ke jauh lah...cucu keh ada nak kandarnya"..Emm...lawa cucu wan ni.. Ooo...cucu wan blajar kat UiTM ya.....

PEPATUNG LATA JARUM


Pepatung atau Dragonfly spesies yang tidak dipedulikan oleh sesiapa, penyelidik terdiri dari pelajar yang hendak menghabiskan ijazah, master atau Ph.D. Sementera penyelidik yang berkerjaya jika ekspidisi dan jika ada pembentangan kertas dimana-mana yang telah dimestikan. Kajian telah lama dilakukan dan banyak keputusan hasil penyelidikan tersebut telah lakukan. Dari tesis, kertaskerja, buku dan pelbagai lagi telah menceritakan segalanya. Bagi aku atau siapa saja selalu memikirkan secara tidak rasional apakah faedahnya dengan peruntukan yang begitu besar menyelidiki benda yang semacam ini.

Ya, memang orang ramai tak peduli sangat perkara yang sedemikian. Selidiklah apa nak selidik, aku peduli apa. Apakah begitu mindset kebanyakan orang ramai. Aku termasuk golongan itu.

Tiada siapa yang membangkitkan apa hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik di negara kita yang telah menghabiskan berjuta atau berbillion ringgit dan apa mafaatnya pada negara dan rakyatnya.

Tentu para cendiakawan yang diajukan soalan mempunyai jutaan ayat untuk menjawabnya. Namun dihati orang ramai tiada publisiti dari media berterusan mengenai cerdik pandai kita ada negatifnya. Tentu persepsinya penyelidik hanya pandai menghabiskan peruntukan aje dari menghasilkan sesuatu untuk faedah negara dan rakyatnya. 

Apa pun. pihak media jangan terlebeh popularkan artis aje. Persepsinya, kalau pandai menyanyi tak payah nak pening-pening belajar....mungkin ada begitu....olelh itu timbang-timbanglah sikit untuk popularkan penyelidik kita. Nak harap National Geographic malamlah hari....