MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 16 Februari 2011

RIADAH DI KAWASAN HIJAU


Tambah kapsyen



BUNGA ENAM KELOPAK DI TEMUI LAGI

 Pada Februari 4 yang lalu, penemuan bunga pakma enam kelopak ditemui lagi setelah sekian lama tidak dilihat.

Kelazimannya bunga pakma di Lata Jarum mempunyai lima kelopak sahaja.

Penyelidik dari IPT tempatan yang pernah menjalankan penyelidikan di kawasan hutan Lata Jarum dari 2002 hingga 2005 pernah menemui bunga seperti tersebut sekali.

Dan pada tahun 2009 pernah ditemui lagi berhampiran bunga tersebut.

Ada pun bunga pakma yang terdapat dikeseluruhan kawasan Lata Jarum ini seperti spesies Cantleyi.

Namun para penyelidik yang terus menjalankan penyelidikan terhadap bunga ini khususnya di kawasan Lata Jarum menyatakan satu penemuan baru.

Habitat bunga ini yang banyak ditemui berhampiran tepi sungai dan berbatu batu.

Bunga parasit ini juga hanya menumpang pada akar tertentu sahaja.

Sehingga kini tiada lagi terdapat bunga ini menumpang pada spesies akar yang lain.

Kejayaan menanam bunga ini pernah dilakukan oleh Jamili Nais seorang penyelidik dari Sabah dengan kaedah teknik inokulasi yang merupakan kejayaan pertama didunia.

Kaedah tersebut menemui kejayaan setelah empat tahun dijalankan di Sabah.
Dari segi nilaian komesialnya, belum ada lagi penemuan dari penyelidik untuk menghasilkan sebarang kegunaan yang boleh dimafaatkan orang ramai.

Sungguh pun demikian, dari dahulu lagi penduduk penduduk kampung menggunakan sebagai bahan perubatan tradisional seperti mengubati penyakit buasir.

Kaedah yang digunakan dengan hanya mengambil beberapa keping kelopak dari bunga tersebut yang sebesar 30cm lilit bulat dan dibersihkan serta dikeringkan sekering keringnya dan direbus dengan air serta diminum sekali sehari saja.

Ada pun begitu, pelbagai pendapat dari para penyelidik menyatakan boleh mengubati perempuan lepas bersalin, demam panas serta menguatkan tenaga batin kaum lelaki.

INGAT, jangan rebus dengan buah-buahnya sekali. Hanya ambil beberapa kelopaknya sahaja untuk rebusan dan hanya diminum sekali sahaja sehari dengan segelas kecil. Sapa suruh rebus dengan buahnya sekali dan minum sampai setakar sehari, itu mencari maut. JANGAN MUDARATKAN DIRI ANDA JIKA TIDAK MENGETAHUI KAEDAH PERUBATAN INI.

Selasa, 8 Februari 2011

TAMAN FLORA GUNUNG PERTAMA MALAYSIA PERLU PERHATIAN SEGERA

 CHiMP Cameron Highlands Mountain Park di Parit Fall walau pun diberi perhatian oleh Jabatan Perhutanan setiap masa, namun taman flora yang pertama seumpama itu di negara ini memerlukan perhatian lebeh dari pembersihan yang sering dilakukan.

Semua tumbuhan-tumbuhan yang terdapat didalam kawasan taman tersebut dikutip dari kawasan tanah tinggi yang terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.

Sayang, projek yang bermula dari tahun 2003 dan dilaksanakan pada 2007 tidak dijaga dengan baik.
 Akibat vandalism cermin tingkap kaunter dikawasan taman flora gunung tersebut pecah dan rosak dan pembaikan perlu dilakukan segera.

Walau pun tiada kakitangan yang ditempatkan disitu, ramai pelancong tempatan dan luar ingin mengetahui dan melihat kawasan dalam taman tersebut.
Disebelah belakang kaunter taman ini juga turut dirosakkan oleh perbuatan vandalism.

Jika pembaikan tidak dilakukan segera dan tiada perhatian yang sewajarnya dapat dilakukan, mungkin kerosakan yang lebeh teruk lagi akan terus dilakukan oleh perbuatan vandalism.
 Pondok rehat yang terdapat dalam kawasan taman tersebut sangat selesa untuk bersantai untuk pengunjung yang berada disitu.

Dipercayai ada sebilangan pengunjung menceroboh masuk waktu malam dan bermalam disitu.
 Rumah orkid yang tersegam kosong tampa pengisian yang dirancangkan.

Jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk pembinaan taman flora tersebut namun jika tidak diberi perhatian sewajarnya akan menenggelamkan taman ini dalam hutan semula.
Jika diberi perhatian dengan sewajarnya semula, diyakini taman ini boleh memberi mafaat pada orang ramai serta pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat pengajian untuk pembelajaran dan penyelidikan pengkhususan tumbuhan tanah tinggi semenanjung malaysia.

Kini tumbuhan tumbuhan yang terdapat di taman tersebut banyak yang perlu dirawat disebabkan mati dan rosak akibat ditimpa ranting ranting pokok serta serangga perosak.

Jumaat, 28 Januari 2011

LATA JARUM MASIH TIDAK DILENGKAPI KEMUDAHAN ASAS

 Dewan Serbaguna :

Beginilah keadaan dalam bangunan yang masih kosong dengan tiada apa apa kemudahan seperti kerusi, meja, skrin layar, PA sistem, hawa dingin dan sebagainya.
 Pusat Penerangan dan Galeri :

Pejabat pengurusan Lata Jarum terletak didalam ini.
Cadangan untuk mewujudkan pusat galeri masih tiada mendapat perhatian hingga kini.
 Rumah Pelawat :

Pandangan dalam bilik rumah pelawat yang selalu digunakan oleh pelawat.
Kemudahan yang sepatutnya ada seperti katil, tilam, cadar, bantal, kerusi rehat, almari pakaian, meja, lampu tidur dan sebagainya lagi masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya.
 Inilah bangunan rumah pelawat yang diduduki oleh pelawat di Lata Jarum.
 Dewan Serbaguna :

Dewan ini masih kosong dan boleh juga diduduki oelh pengunjung kesini dengan muatan seramai 50 orang lebeh.

Namun begitu pengunjung dinasihatkan membawa peralatan untuk tidur seperti tilam, bantal, kelambu, ubat nyamuk, cadar dan apa yang sesuai.
 Chalet :

Boleh diduduki 2 orang.

Tandas, bekalan air dan letrik ada disediakan.
Pemandangan pintu masuk kekawasan Lata Jarum.

Khamis, 27 Januari 2011

HUJAN TAMPA HENTI DI LATA JARUM

Sepanjang hari hujan turun tampa henti dikawasan ulu dong dan segala aktiviti tidak dapat dijalankan dikawasan hutan Lata Jarum. Walau bagaimana pun terdapat juga sebilangan kecil yang datang untuk mandi manda merasai air yang sungguh sejuk itu.

Sabtu, 15 Januari 2011

TUMBUHAN BUNGA PAKMA SEMAKIN KURANG

Di Lata Jarum terdapat tiga petak tumbuhan bunga pakma yang diwujudkan bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan.

Petak tersebut berukuran 50 X 50 meter.

Setelah dibuat penilaian dan semakan semula, didapati enam petak boleh diwujudkan.

Apabila pemantauan dilakukan selama dua tahun, empat petak sahaja dapat dilakukan, disebabkan tempat-tempat yang lain itu sudah tidak terdapat pertubuhannya lagi.

Dan pada November 2010 satu petak telah musnah disebabkan akar perumahan bunga tersebut telah jatuh mengikut pokok yang ditumpangi telah tumbang keseluruhannya akibat reput batang.

Kini tinggal tiga saja lagi petak yang terdapat pertumbuhan bunga pakma tersebut dan populasinya didapati keseluruhannya 10 biji saja.

Satu ketika dulu pada keseluruhan petak terdapat lebeh 25 biji untuk dinanti perkembangannya.

Apakah satu hari nanti bunga pakma akan hilang terus dari Lata Jarum ??? Sama samalah kita lihat dan tunggu

VANDALISM

 Dewan serbaguna dikawasan Lata Jarum dibaling batu lagi dan lagi.

Perbuatan dari budak-budak kampung berhampiran sangat menyakitkan hati.

Beberapa kali dilihat perbuatan tersebut tetapi tidak sempat untuk bertindak.

Budak-budak bermasalah tersebut dipercayai masih bersekolah dan datang menggunakan motorsikal ibubapa mereka.
 Tiga bidang cermin tingkap bangunan serbaguna pecah dibaling dengan batu.

Dewanserbaguna ini baru dibaik pulih dan siap pada april 2010 yang lepas.

Walau bagaimana pun tidak diketahui apakah motif yang sebenar mereka berbuat begitu.
Cermin tengah bidang ini dibaling beberapa hari yang lepas dan terus dirosakkan lagi.

Sampai bilakah perkara begini akan berhenti.

Jumaat, 14 Januari 2011

TUAH PENGANTIN BARU

Jam 5 petang, 14 Jan Jumaat aku diminta membantu beberapa kakitangan UKM untuk meninjau kawasan bunga pakma.

Sepatutnya aku bersiap balik sebab waktu bertugas sampai jam 5 petang.

Namun aku bantu juga sebab beberapa kelangan kakitangan UKM tersebut telah biasa datang dan aku bawa.

Sampai dikawasan mengikut jangkaan aku tiada yang berkembang ketika ini.

Tapi aku terkejut ada sebiji sedang kembang walau pun tidak sebesar mana. Ini mungkin tuah salah seorang kakitangan ini baru berkahwin.

Kalau mengikut pengalaman pemerhatian aku bunga ni dah dua hari kembang dan dijangka boleh bertahan sampai hari ahad ini.

RAFFLESIA TERUS DIPANTAU

Pemantauan terus memerhatikan pertumbuhan bunga pakma terus dilakukan untuk mengetahui perkembangannya dari masa kesemasa.

Tidak disangka hari ini terjumpa sebiji sedang berkembang.

Saiz diameternya agak kecil.

Bagaimana pun dijangkakan telah dua hari berkembang.
Jika hari ahad ini dijangka dapat bertahan lagi.

Sabtu, 8 Januari 2011

NAK BUAT DUIT DI LATA JARUM.....???

Dari bermulanya pembangunan Lata Jarum, pelbagai pihak sangat berminat untuk bertapak untuk menjalan perniagaan berasaskan alam sekitar.

Bermula dari JKKK dan terus ke swasta, namun tiada diketahui sebabnya menemui kegagalan.

Kini, setelah aku berada disini dari 2008, pelbagai pihak masih datang dan datang bertujuan untuk bertapak disini. Namun semuanya senyap begitu saja.

Memang tidak dapat dinafikan kawasan berhutan di Lata Jarum amat diminati oleh orang ramai, terutama dari bandaraya. Namun begitu, ramai juga dari penduduk penduduk kampung yang datang beriadah.

Melihat kegilaan ramai orang meminati perniagaan alam sekitar ni, aku mencuba melakukan dengan pengalaman yang ada mengenai hutan. Untuk permulaannya, aku menjemput beberapa kenalan untuk bersama melakukan aktiviti aktiviti hutan yang pelbagai sepertimana pihak lain telah lakukan.

Ya, memang ramai orang meminati aktiviti hutan ini. Mengenai bayaran, ada yang kisah sangat dan ada yang tak berkira sangat. Apa pun aku ada harganya. Mahal pun tidak, murah sangat pun tidak.

Setelah lebeh dari setahun aku buat duit dengan aktiviti2 hutan ini, aku mencuba mengembangkan pasaran dengan mejemput beberapa kenalan untuk melaksanakan. Wow, perkembangannya sangat baik.

Tapi, setelah berjalan sekali dua, aku nampak cepat sesuatu yang tak kena. Aku terpaksa memutuskan cepat untuk terus atau berhenti. Akhirnya aku putuskan untuk berhenti. Terus atau sekejap terpulang pada keadaan.

Dalam pada itu, aku ada banyak alternatif lain untuk jalankan aktiviti seumpama ini di merata tempat. Kini aku masih jalankan secara bersendirian semula. Tentang pembantu, memang ramai yang mahu kalau upahnya bagus....hahaha.....tapi tokey mesti untung.....hahaha

Khamis, 6 Januari 2011

MARI BERMALAM DI HUTAN

 Bila tengah malam, ditambah dengan hujan pulak, memanglah amat menyejukkan dalam hutan bana.

Ada kala memang tak boleh nak tidur akibat terlalu sejuk walau pun ada sleeping bag.

Kalau waktu kering, bolehlah juga hidupkan api untuk panaskan badan.
Berkhemah dihutan bagi yang berminat amatlah menyeronokan, tambah pula jika beramai ramai.

Waktu malam jika tiada sleeping bag atau blanket mungkin tak dapat tidur dgn selesa akibat kesejukan.

Jadi jangan lupa kalau bermalam dihutan bawalah sleeping bag utk memanaskan badan.


Ni apa hal pulak....

Kalau letih atau mengantuk sangat, jangan tidur merata rata dalam hutan macam gini pulak.

Maklumlah, dalam hutan ni kekadang ada ular, lipan dan macam macam benda yang berbisa.

Itulah sebab kalau sebaiknya berkhemah pakai khemah kone yang ade silang besi tu. Bila kita didalam atau tak gunapun, zipkan atau tutup rapat rapat supaya segala benda tak dapat masuk.

HUJAN LEBAT MASIH LAGI

Pada ketika ini, hujan lebat masih berterusan dan membesarkan air sungai. Namun begitu masih ramai juga pengunjung tak kesah dengan keadaan air sungai yang begitu.

Ini adalah gambaran air terjun Lata Jarum bila hujan di hulu sungai nun jauh di hutan.

Awas, kepala air boleh membunuh anda. Kedatangannya tidak beramaran.

Isnin, 3 Januari 2011

TAMAN FLORA GUNUNG CAMERON HIGHLANDS TERABAI

Taman flora gunung yang pertama di Semenanjung Malaysia diwujudkan di Parit Fall Cameron Highlands (ChIMP) dengan usahasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan FRIM bagi tujuan sebagai pusat konservasi flora gunung dari ancaman kepupusan.

Disamping itu juga dapat dimanfaatkan bagi keperluan eko-pelancongan, pendidikan alam sekitar, rekreasi serta sebagai pusat penyelidikan flora gunung.

Kawasan seluas 1.29 haktar dan terdiri dari 2 buah zon yang berada di paras ketinggian paras laut 1,420 m hingga 1,480 m. Terletak berhampiran Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands di Sg. Pauh.

Perancangan menubuhkan taman konservatori ini bermula pada tahun 2003 dan pelaksanaan taman dibuat pada 2007.

Sempena dengan kewujudan taman tersebut satu XPDC telah disempurnakan bagi bertujuan memperkenalkan taman konservatori tersebut pada penghujung tahun 2007 dengan nama XPDC Cameron Highlands.

Namun setelah dari XPDC tersebut hanya beberapa ketika penyelenggaraan dilakukan pihak jabatan perhutanan Cameron Highlands. Selepas itu diambil alih oleh kakitangan Unit Pembangunan Pahang Barat.

Kini setelah 3 tahun kewujudan taman tersebut dengan dilengkapi struktur asas tumbuhan spesies gunung dengan nilai hampir jutaan ringgit telah hampir terbiar. Terdapat kerosakan pada kaunter dengan cermin pecah serta tumbuhan yang dibawa dari pelbagai tanah tinggi yang ditanam telah banyak mati dan ditenggelami oleh semak samun.

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua yang sudi singgah melihat paparan blog yang tidak seperti mana ini. 


Blog peribadi saya ini, cuma bertujuan mempertingkatkan diri dalam beberapa aspek kemahiran yang saya lalui sepanjang masa serta memperkenalkan kawasan pelancongan ditempat kelahiran saya juga.


Walau bagaimana pun, saya juga mengadakan perkhidmatan pandu arah pada yang berminat bersama rakan rakan seangkatan untuk tujuan mencintai alam sekitar serta motivasi diri dengan harga yang berpatutan.


Apa pun disini, kadangkala menjadi tempat luahan pendapat saya dalam pelbagai aspek dan janganlah pelik kalau dilihat secara menyeluruh tulisan saya ada pelbagai perkara yang dipaparkan.


Selamat Melalui Tahun 2011 dengan lebeh baik,