MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 4 Jun 2011

SERANGGA RANTING BARU DISELIDIK OLEH KITA....???



RAFFLESIA TERUS BERKEMBANG LAGI

 Seperti kebiasaannya lagi, bunga pakma kembali berkembang lagi.

Pelajar yang melakukan kajian terus menghadirkan diri untuk mendapatkan perkara perkara baru jika diketemui.

Perkembangan kali ini agak cacat disebabkan terhadangnya satu kelopak dengan sebatang pokok kecil dan mematahkan satu kelopak bunga tersebut.
 Disamping bunga pakma berkembang, spesies tepus ( ginger ) pun turut berkembang yang juga mempunyai kelopak.

Ada pun begitu, bunga tepus hutan ini mengikut pertumbuhannya yang tersendiri. yang secara kebetulan saja berkembang bersama bunga pakma.

Apa yang dilihat, bunga tepus akan berkembang setelah 12 bulan mengikut kematangan pokok tepus dan setelah itu akan menjadi buah seperti durian dan selepas itu akan lupus dengan sendiri.


Yang kembang bergayut ini sukar untuk diketemui. Tidak diketahui mengapa populasi bunga pakma lebeh banyak tumbuh pada akar diatas tanah dari diatas.

Kelebehan tumbuh bergayut ialah kelihatan bersih dan kurang dirosakan serangga atau haiwan haiwan liar.

Rabu, 11 Mei 2011

TANAM SEBILLION POKOK

Upacara menanam pokok sempena kempen sebillion pokok oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang adalah simbolik kesedaran menghijaukan semula kawasan yang berdaya tinggi untuk pertumbuhan pokok-pokok hutan kearah penghijauan kesejahteraan sejagat.

Tuan Hj. Khalim Timbalan Pengarah Perhutanan Pahang menghadirkan diri untuk program tersebut bersama Tuan Hj. Idros Yahya Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang.
 Turut serta wartawan media dalam program tersebut sebagai penghargaan pihak media keseluruhannya.

Dengan adanya program seumpama ini berterusan dengan kerjasama pihak media membantu memberi kesedaran pada orang ramai betapa pentingnya penghijauan semula dipersekitaran manusia secara nyata atau tidak nyata.
 Majlis upacara menanam pokok yang agak meriah dilangsungkan di kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum Temerloh.

Program tersebut turut bersempena Kursus Asas Pelancongan Dalam Konteks Perhutanan yang disertai oleh kakitangan Unit Hutan Lipur seluruh Negeri Pahang.


 Penutup majlis tersebut diadakan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Turut hadir juga ahli-ahli dari Persatuan Pemandu-Pemandu Pelancongan Negeri Pahang.
Cik Syazilawati Mohamad Hazri Pen. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang turut menyertai menanam pokok gaharu.

Jumaat, 6 Mei 2011

SEBENTAR DI TASIK RABAN

 Mei 1 lepas aku pergi ke Grik Perak menghantar adik bernikah. Puhh....sikit punya jauh nak pergi dari Raub Pahang. Tapi nak guane, jodoh dia dah gitu.

Dari Kuala Kangsar ke Grik aku melalui kawasan Temenggor iaitu kawasan pelancongan negeri Perak. Kawasan ni aku lihat macam pamah saja dan jauh-jaug kelihatan permatang gunung yang tidaklah begitu tinggi sangat.

Aku singgah sebentar di perhentian Tasik Raban berhampiran jambatan yang diberi nama Raja Muda Perak.
 Dukacita dilihat kawasan yang secantik ini telah terbiar sepi tampa sebarang aktiviti perniagaan atau sebagainya.

Mengapa jadi begini ya. Sudah tentu pembinaan kawasan yang sebegini menelan belanja yang sangat besar tapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai kawasan pelancongan.

Apa pun mungkin kerajaan negeri tau apa nak buat.

Resort yang kelihatan dari hentian rehat Tasik Raban ni nampaknya sangat cantik. Tentu ramai pengunjung kesana untuk menikmati keindahan Tasik Raban ini.
Sayang aku tak mempunyai masa yang panjang untuk meninjau kawasan ini lebih dekat lagi. Mungkin satu hari kot.

KAWASAN TANAH RUNTUH

Beberapa minggu yang lepas aku melalui jalan ke Cameron Highlands dari Raub - Sg. Koyan - Betau - Ringlet - Cameron Highlands.

Pada waktu itu cuaca asyik hujan saja.

Menjadi kebiasaan jalan yang baru siap dibina itu selalu mengalami kejadian tanah runtuh. Oleh itu berhati-hatilah ketika melalui jalan ke Cameron Highlands terutama waktu malam hari dan hujan.

IKM KUALA LUMPUR BUAT PROGRAM


Jumaat petang (6 Mei) pengajar serta pelajar IKM tiba di Lata Jarum untuk mengadakan program yang berbentuk rohani dan jasmani.

Mereka akan berada disana dari jumaat hingga ahad ini.

Seperti biasa aku akan keseorangan lagi untuk berada bersama kumpulan ini sebagai tuan rumah. Dalam masa yang sama aku nak berkejar ke sekolah anak aku yang menggadakan sukan tahunan.

Khamis, 5 Mei 2011

VANDALISM

Perbuatan merosakan kemudahan awam bukanlah satu perkara baru.

Di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, semenjak dari dulu hingga kini, gejala merosakan segala kemudahan yang ada menjadi kegilaan sebilangan budak-budak kampung.

Menjadi fobia melihat sesuatu yang sempurna disini.

Beberapa kali dilihat budak-budak kampung melakukan vandalism dikawasan ini dan apabila disedari oleh pihak bertanggungjawab disini mereka akan melarikan diri. Ada sebahagiannya dibawah umur yang dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lebeh berusia suka melakukan perbuatan yang sebegini. Ramai yang sedar perkara sebegini berterusan, tapi tiada tindakan yang diambil. Melaporkan pada pihak polis juga telah dilakukan dan mendukacitakan juga. Mungkin semua beranggapan, ini tanggungjawab kakitangan yang bertugas di situ seramai tiga orang perlu mengawal keadaan disitu.

 Cermin tingkap yang menjadi sasaran perbuatan vandalism sudah menjadi perkara lumrah di Lata Jarum.

Mungkin pelaku perbuatan ini sungguh fobia melihat cermin tingkap gelap hinggakan tidur malam mengenangkan tingkap ini.

Oleh itu, lebeh baiklah dipecahkan supaya boleh tidur malam dan hati pun puas.

Seperkara lagi, adakah mungkin dengan merosakan kemudahan disini akan merosakan pretasi kakitangan disini dan mengurangkan pengunjung yang datang kesini saban hari.

Sembilan keping tingkap habeh musnah dibaling dengan batu. Sudah tentu untuk membaikinya semula memerlukan kos yang banyak.

Dewan ini agak jauh dari pusat penerangan dimana kakitangan yang bertugas berada disana.

Pengawal keselamatan memang tiada disini. Untuk mengambil tanggungjawab mengawal siang dan malam disini, sudah tentu tidak mungkin berlaku oleh kakitangan yang sedia ada.

RAFFLESIA LATA JARUM

 Baru-baru ini satu tinjauan dilakukan ke kawasan bunga pakma untuk melihat perkembangan pertumbuhannya.

Hasil dari tinjauan disemua kawasan yang terdapat pertumbuhan spesies tersebut didapati banyak kudup-kudup bunga tersebut telah rosak disebabkan serangga dan mungkin juga disebabkan kelembapan yang berlebehan yang mana sejak kebelakangan ini setiap hari hujan turun dikawasan Lata Jarum.

Kedapatan juga banyak pokok-pokok besar dikawasan tersebut tumbang disebabkan kereputan teras dan batang. Dengan keadaan yang sebegini, boleh juga dikaitkan dengan pemanasan global yang melanda waktu kini.

Walau bagaimana pun, tumbuh tumbuhan disepanjang jalan menuju kekawasan bunga pakma ini yang sepanjang satu kilometer didapati tumbuh dengan begitu subur. Oleh yang sedemikian, boleh juga diandaikan kawasan "secondry" ini sedang dalam proses pertumbuhan komuniti baru dalam perkembangan genarasinya.
Sarang burung ini didapati baru saja disini yang mana mungkin beberapa ketika kebelakangan ini kurang pengunjung datang kesini.

Ini menunjukan sebagai tanda ukur kawasan ini perlu dikawal dari pengunjung yang begitu ramai menganggu kehidupan fiona disini.

Selasa, 26 April 2011

CHiMP CAMERON HIGHLANDS MOUNTANE PARK

 April 4 baru-baru ini Timbalan Pengarah Perhutanan Pahang serta lain-lain pegawai kanan perhutanan melakukan lawatan ke Cameron Highlands untuk melihat perkembangan kawasan-kawasan yang telah dibangunkannya.

Antara kawasan yang telah dilawati seperti Hutan Lumut dipuncak Berincang, Puncak Arabella, Parit Fall serta Taman Flora Gunung yang pertama di Malaysia.
 Hasil dari lawatan tersebut Timbalan Pengarah ingin memberi perhatian yang sewajarnya pada Taman Flora Gunung yang terdapat di Parit Fall dan menghidupkan kembali kumpulan kerja CHiMP bagi tujuan pemuliharaan taman tersebut.

Beliau juga nampak berpuas hati diatas pembinaan bangunan dipuncak Arabella sebagai rumah persinggahan Jabatan Perhutanan yang julung kali wujud di Cameron Highlands.
 Dengan terbinanya Taman Flora Gunung Cameron Highlands sejak 2007 dan selepas itu taman tersebut agak kurang diberi perhatian akan diberi nafas baru bagi merealisasikan objektifnya.

Jika segalanya berjalan lancar, insya'allah Jabatan Perhutanan Pahang akan menuju kearah Pengurusan Terunggul di dunia dalam pemuliharaan Alam Sekitar.
 Tinjauan di puncak Arabella dengan pemandangan yang indah serta cuaca yang menyenjukan memungkinkan Tuan Hj. Khalim berpuas hati dengan pembangunan yang telah dilakukan dipuncak tersebut.

Jika tidak menjadi massalah, tidak beberapa lama lagi bangunan yang telah disiapkan tersebut akan dapat digunakan oleh warga perhutanan.
 Inilah bangunan yang berada dipuncak Arabella yang bakal diguna pakai oleh warga perhutanan.

Bangunan yang mempunyai lima bilik dan segala kemudahan asas itu amat menyelesakan sekali.

Lokasi bangunan ini terletak didalam Hutan Simpan dan bersebelahan taman perumahan Arabella.
Turut dilawati jambatan gantung di Parit Fall sambil melihat aliran sungai dan air terjun Robinson Fall yang terdapat disitu.

Beliau amat terkejut beruk melihat pencemaran dari ladang-ladang yang mana perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasi pencemaran dari ladang-ladang pertanian tersebut.

Rombongan yang turut disertai Unit Kejuteraan Perhutanan bersedia melakukan tindakan untuk masaalah tersebut.

MOSES FOREST

 Hutan Lumut (Moses Forest) di Cameron Highlands yang terletak dipuncak Gunung Berincang sangat popular bagi pencinta alam sekitar dan hutan gunung.

Terletak 6666 meter dari aras laut menjanjikan pemandangan yang sungguh indah dan pengunjung dapat melihat lantai-lantai hutan yang dipenuhi dengan lumut serta pelbagai spesies hutan gunung.

Spesies yang dominan bagi hutan gunung seperti rododendron dan periuk kera bertaburan hidup disini.
 Dengan pandangan yang indah dipelantar pejalan kaki disini mendamaikan fikiran dan jiwa pengunjung.

Sesungguhnya pemandangan yang sebegini menjadi terapi diri yang sering kali disaluti kesibukan dan tekanan.

Cuaca yang seringkali berkabus dan juga berangin membuatkan pengunjung amat kesejukan semasa berada disini.

Jangan lupa membawa baju panas semasa berada disini.
 Pemantauan dari kakitangan jabatan perhutanan seringkali berada disini untuk memastikan kawasan ini terpelihara dan dalam keadaan yang selamat untuk dikunjungi pengunjung.

"Board walk" sepanjang 200 meter untuk bersiar-siaran sudah memandai untuk melihat persekitaran yang menghijau disamping berada dipuncak gunung yang berhawa sejuk.


Kabus yang seringkali terdapat disini adakalanya amat tebal hingga menutup pandangan walaupun dengan jarak satu meter.

Pada hujung-hujung minggu sering juga pengunjung berkhemah dan bermalam disini untuk mendapatkan pengalaman bermalam dipuncak gunung Berincang.

Walau bagaimana pun, pengunjung-pengunjung tempatan tidak menunjukan sikap berhemah dengan membuang sampah merata-rata hinggakan mencacatkan pandangan disini.

CASABRINA VILLA & SPA

 Pemandangan Hutan Simpan dan juga kawasan pertanian yang dapat dilihat dipuncak Casabrina Villa.

Dengan pandangan kehijauan sebegini menambah nilai yang cukup tinggi disamping udaranya yang begitu nyaman sekali serta persekitarannya yang amat privasi.

Kawasan ini dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan dan sebahagian pengunjung kesini menaiki helicopter.
 Pemandangan hadapan villa utama yang terdapat di Casabrina Villa & SPA ini.

Tanaman landskap yang dijaga dengan rapi menambahkan tarikan pengunjung kesini.

Lokasi yang indah ini hanya satu jam setengah saja dari Kuala Lumpur dan akan melalui bandar Bentong.

Terletak dijalan Bentong lama yang mana jalan menuju kebandar Raub.
 Aku sedang berbual-bual dengan Mr. Felix Tee mengenai potensi kawasan seluas tujuh puluh ekar yang dimilikinya serta eko-pelancongan yang terdapat dipersekitarannya.

Konsep yang ingin dibawa Casabrina Villa ini disamping santai berasaskan alam semulajadi yang mana akan dibawa dari sini kekawasan yang telah ditentukan oleh Casabrina Villa.
 Mr. Felix Tee pemilik Casabrina Villa & SPA ini sangat berbangga dengan apa yang telah diusahakannya.

Pada mulanya vilaa ini diduduki oleh ahli keluarganya sahaja dan selalu menggadakan jamuan untuk ahli-ahli keluarga serta rakan-rakan perniagaannya.

Kini setelah beliau mengenal pasti potensi kawasannya boleh dijadikan destinasi pelancongan yang berpretasi tinggi, beliau bercadang membina sembilan villa lagi untuk menampung pengunjung yang bertandang kesini nanti.
Semuanya berkonsepkan Bali dan nama-nama villa yang terdapat disini pun bertema Bali.

Pembinaan villa dilakukan oleh tukang kayu dari Bali yang dibawa khas oleh pemilik villa ini Mr. Felix Tee.

Kayu kayan pun diimport khas dari Bali Indonesia.
 Kolam renang yang dikawal dengan komputer amat menarik sekali disini untuk bersantai kerana kawasan ini untuk golongan elite sahaja yang mana sangat privasi sekali.

Bayaran untuk satu malam mencecah ribuan ringgit dan jika anda berminat sila layari laman webnya www.casabrina.net
 Jika berminat untuk melihat burung-burung liar bonokular disediakan dianjung balai makan bila-bila masa.

Terdapat kawasan berhutan seluas 25 ekar disebelahan villa untuk mencuci mata setiap masa dan terdapat pelbagai haiwan liar disana. Jika bernasib baik bolehlah melihat rusa, kancil dan lain-lain.
Spesies teratai yang dibawa dari Amerika Selatan. Tasik mini ini terletak berhampiran helipad.

KUALA GANDAH ELEPHANT SANTUARY

 Salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Pahang bermain dengan gajah di Kuala Gandah Temerloh dibawah pengurusan PERHILITAN.

Dari Kuala Lumpur kesini lebeh kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki kereta, teksi atau melalui syarikat pelancongan.

Kawasan ini terletak dalam hutan simpan margas tua (PERHILITAN) dengan kompleks yang baru.
 Pintu masuk kekawasan pemeliharaan gajah dengan lambang ganding gajah yang juga lambang negeri Pahang.
Terdapat 22 ekor gajah ditempatkan disini untuk pemeliharaan dan pemuliharaan serta memberi peluang orang ramai bermain-main dengan gajah.

Aktiviti-aktiviti seperti menunggang dan mandi-manda dengan gajah dikawal selia oleh kakitangan PERHILITAN dengan sepenuhnya.

Bayaran untuk tujuan tersebut dikenakan berpatutan.
 Seronok dapat menunggang gajah.
 Ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung kesini setiap masa.
Acara mandi bersama gajah amat digilai oleh pelancong. Untuk aktiviti tersebut peserta diminta memakai pakaian mandi atau yang sesuai.
Untuk aktiviti mandi bersama gajah, terpaksalah menunggu giliran jika terlalu ramai.