MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 12 Oktober 2011

PROGRAM LAWATAN & 'BRAINSTORMING' PRODUK PELANCONGAN RAUB OKTOBER 2011

 RAUB : 11 Okt Selasa pihak Kementerian Pelancongan telah mengadakan program bagi tujuan mengenal pasti produk dan kawasan pelancongan dalam daerah Raub khususnya bagi memastikan mempunyai daya tarikan menarik seberapa ramai pelancong ke daerah Raub.

Bagi tujuan tersebut beberapa lawatan ringkas telah dilakukan dengan peserta program dari pelbagai sektor yang berkaitan.

Antara kumpulan peserta yang mengikuti program tersebut seperti dari pelbagai agensi pelancongan tempatan dan luar, agensi kerajaan di daerah Raub adalah Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah diwakili oleh penghulu-penghulu mukim, JKKK serta pengerusi homestay.

Lawatan yang dilakukan seperti pembuat gula kabong di Tualang Padang Lipis yang berhampiran Ulu Dong, Hutan Lipur Lata Jarum, Pulau Chekas, Homestay Sg. Pasu dan Gua Kecil di Kampong Tok Macang.

Hasil dari lawatan peserta dikehendaki membuat penilaian kawasan produk untuk pembentangan.

Pelbagai aspek telah dinilai peserta yang telah dikenal pasti serta pegawai-pegawai pelancongan untuk dibincangkan bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke daerah Raub tampa mengambil kira permasalahan yang begitu banyak bagi merealisasikan objektif program tersebut.

Walau bagaimana pun para peserta telah membangkitkan juga pelbagai masalahan yang telah dikenal pasti terlebeh dulu dari program ini diadakan untuk perhatian pihak Kementerian Pelancongan khususnya.

Antara perkara yang telah diungkapkan peserta mengenai permasalahan untuk merealisasikan objektif program tersebut seperti ketidak sediaan pengedali produk, kurang pengetahuan mengenai pelancongan, tidak rasional menghadapi persaingan, ketidak mampuan dari segi modal oleh kaum bumiputra dan beberapa isu yang tak berapa berkaitan.

Oleh yang demikian 'brainstorming' yang bermula dari jam 9.00 malam telah dijalankan sehingga jam 1.00 pagi.

Walau apa pun keputusan serta rumusannya, pihak Kementerian Pelancongan secara positifnya dilihat mengambil perhatian banyak perkara yang telah dirungkapkan oleh para peserta.

Apa yang diharapkan dengan penuh harapan, pihak pelancongan akan mengambil perhatian dengan positif dengan segala permasalahan untuk memperkasakan produk pelancongan, khususnya dalam daerah Raub yang akan direalisasikan nanti.

                              Para peserta program bergambar kenang kenagan di dalam Gua Kecil

Rabu, 5 Oktober 2011

APA ERTINYANYA LAGI NAK JAGA LATA JARUM

Sekian lama aku ditugaskan disini dan setelah 4 tahun telah berlalu dengan begitu cepat sekali seperti saja baru beberapa hari.

Dari mula aku ditempatkan disini, semuanya berkeadaan seperti tempat tinggal hantu jembalang dan hantu maksiat.

Setahun aku bermula dengan berkeadaan begitu dan kemudian mula mendapat perhatian dari boss aku dengan apa yang telah aku cuba buat untuk pembangunan semula.
 Pada ketika itu, aku perlu memantau bukan saja Lata Jarum, malah di Hutan Lipur Bukit Fraser, Lata Berembun di Sg. Chalit, Lata Lembik di Ulu Sungai dan hingga ke Parit Fall Cameron Highlands.

Setiap kawasan tersebut adalah tumpuan orang ramai untuk melancong dan berekreasi yang berkeluasan lebeh kurang 8-10 ekar.

Aku cuma diberi pembantu (Pekerja Awam Khas) seramai 2 orang sahaja.

Rata-ratanya kurang berminat dengan tugasan di hutan lipur dan lebeh berminat berkerja di unit operasi.

Mengapa....??? tak payahlah orang lain nak tau.
Biarlah orang jabatan hutan aje yang tau masalahnya.

Hebatkan.....dengan cuma 3 orang nak "cover" 5 tempat dengan elaun yang terhad pulak tu. OT dan harian,"Elek"
 Setelah seberapa daya aku cuba menaikan Lata Jarum dengan dibantu 2 "brother" tersebut.

Alhamdulillah....perkara-perkara yang aku rasa perlu dilaksana telah dapat diadakan seperti papan tanda, sistem paip saliran air graviti, kemasukan semula bekalan eletrik, pembaikan semua bangunan yang ada dan peralatan kerja yang diperlukan seperti mesin rumput, mesin penyembur racun dan angin, penyapu dan lain-lain lagi.

Apa pun, jasa baik pihak UKM yang banyak membantu aku tidak dapat aku lupa hingga ke mati.

Aku bukan sejenis manusia yang lupakan jasa orang.
Biarlah orang lupakan jasa aku, itu tak mengapa.

Dengan kekuatan bantuan UKM,Lata Jarum didatangi Menteri Pelancongan yang juga ahli parlimen daerah Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang mana kedatangannya menghasilkan peruntukkan RM1 juta untuk menaik taraf Hutan Lipur Lata Jarum yang ada sekarang.

Pada bulan april 2010 selesailah sudah kerja-kerja naik taraf Lata Jarum dan cantik berserilah semula kawasan rekreasi tersebut dan pelancong-pelancong tempatan dan luar serta pelbagai program dari pelbagai institiusi pengajian tinggi saban masa diadakan di Lata Jarum.

Aku sungguh gembira dan bangga sebagai penjaga disitu bagi pihak jabatan dan sebagai anak watan di daerah Raub.

Walau bagaimana pun, bukanlah satu kerja yang mudah dan ringkas seperti cerita yang dipaparkan ini untuk melakukan kerja seperti itu kalau tiada semangat yang tinggi dan paling penting adalah minat yang mendalam untuk melaksanakan kerja. Ahaaa....ini nasihat akulah.

Oleh itu aku berani kata, kalau nak berjaya kamu mesti ada macam-macam seperti, nawaitu (niat kerana Allah s.w.t ),semangat, minat, berani, rajin bercakap (perkara yang fokuslah) jangan cakap meraban-raban dan seterusnya  jangan suka mengarah orang, kenalah buat sesama kalau orang buat kerja, buat laporan dan dihantar pada boss, kenal orang penting-penting dan semua masyarakat setempat, kenalah belajar perkara-perkara yang berkaitan kerja dan jangan malu nak belajar walau pun dengan bebudak muda.

Apa pun, kuncinya nak RAJIN.

Kini, selepas hari raya 2011, aku amatlah berasa marah, kecewa, geram, bosan, malas dan macam-macam perasaan disebabkan sikap segelintir budak-budak bermasalah serta penduduk kampung berdekatan yang merosakkan banyak kemudahan yang ada di Lata Jarum.

Lihatlah gambar yang aku paparkan ini dan banyak lagi dalam blog dan facebook aku telah paparkan betapa sikap mementingkan diri dan tidak menghormati orang lain sangat menebal.

Kini.....apa lagi nak buat, semuanya dah macam nak balik asal seperti aku mula ditempatkan disini.

Semuanya dah hampir dirosakkan dan apalah ertinya lagi nak jaga beria sangat Lata Jarum. Bila cakap ada yang marah-marah.....tak kiralah siapanya, JKKK ke, orang politik ke, orang kampung ke, mat rempit ke atau siapa saja......Ahhhhhhhh  biasalah tuuuu, bukan budak siniiiiii....buat apa nak kisah sangaaaattttt.....

Oleh yang demikian, mungkin aku nak kata....."LANTAKLAH DEME, HOKME RASA BETOI SANGAT....AMBIK LAAA BALIK....."

BAGAIMANA MEMBANTU SELAMATKAN ALAM SEKITAR

Banyak sebenarnya perkara yang boleh dilakukan untuk menyelamat alam sekitar kita yang semakin tercemar masa ini. Gambar-gambar ini adalah antaranya yang boleh dilakukan dengan sedikit pengorbanan dari kemewahan yang ada masakini. 

 Ramai yang semakin melupakan basikal masakini disebabkan hambatan masa dengan kesibukan.
 Apakah boleh setiap hari cuti umum dilupakan mesin basuh untuk seketika...???
 Kaedah begini lagi semakin jauh disebabkan dapur gas dan eletrik semakin maju. Jika dapat dikurangkan penggunaan gas dan eletrik untuk memasak, mungkin harga bahan tersebut akan turun......gamaknya
 Lesung indik dah masuk musium, semua pakai blender yang menggunakan eletrik dan 3-4 tahun banyak yang tersadai dikawasan pelupusan sampah. Eletrik dan bahan buangan dari mesin blender dapat dikurangkan dan mungkin jatuh harga lagi. Dengan lesung indik ini kita boleh bersenam, bergembira beramai-ramai tampa kos yang tinggi dan tiada risiko.
Motorsikal dari bahan semulajadi begini lagi bagus kalau dapat dipraktikkan oleh perantis mat rempit. Tiada bunyi, tiada asap, tiada petrol, tiada cukai jalan dan banyak yang diselamatkan dari poket. Mungkin harga motor turun juga kalau dah ramai pakai motor begini. Tapi ringkasnya, siapalah nak berkorban dengan kemajuan yang ada masakini dengan model-model kenderaan yang merangsangkan nafsu siang dan malam.

BAS KANGKANG

The Stradding bus atau bas kangkang dalam bahasa malaysia telah dicipta oleh YouZho Song dari China.

Boleh memuatkan 1,200 penumpang dalam satu masa.

Dikatakan boleh menggantikan 40 bas konvensional.

Boleh menampung 860 tan bahan bakar yang digunakan 40 buah bas biasa setahun.

Mengurangkan 2,640 tan karbon.

Bas tersebut berkelajuan 40Km sejam.

Menggunakan tenaga letrik dan suria.

Boleh menjimatkan ruang jalan dengan menggunakan ruang yang sedia ada yang tidak digunakan.

Bas kangkang ini telah diuji oleh Shenzhen Huashi Future Parking Equipment 2011 di Beijing.

JANIN MANUSIA MENGGANTIKAN HERBA

TAIWAN : Sup kesihatan (Health sup) yang mana bahannya dari janin manusia berumur dari 6-8 bulan dijadikan makanan kesihatan disebuah daerah di Taiwan dikatakan boleh meningkatkan stamina dan tenaga batin pada pengamal makanan tersebut.

Mengikut jurnalis dari Taiwan tersebut semua janin yang terdapat disebuah restoran yang ditinjau, adalah janin perempuan belaka.

Untuk mengetahui lebeh lanjut dan lain-lain berita mengerikan lagi sila klik www.lyoiye.com/forum/viewtopic.php?=68&t_1500

SPESIES MENGIKUT KAUM KELUARGA

DILLENIACEAE

  • Simpuh  ( Dillenia Spp)
  • Simpuh beledu   (Dillenia ovata)
  • Simpuh daun merah   (Dillenia eximia)
  • Simpuh gajah   (Dillenia reticulata)
  • Simpuh paya   (Dillenia pulchella)
  • Simpuh padang   (Dillenia obovata)

ANNONACEAE

  • Mempisang - 
  • Antoi  (Cyathocalyx spp)
  • Jangkang paya   (Xylopia fusca)
  • Jangkang bukit   (Xylopia ferruginea)
  • Kenanga hutan   (Cananga odorata)


POLYGALACEAE

  • Minyak beruk - Xanthophyllum spp


HYPERICACEAE

  • Geronggang - Cratoxylon arborescens
  • Geronggang derum - Cratoxylon fornusum
  • Geronggan derum seluncur  - Cratoxylon ligustrinum


FLACOURTIACEAE

  • Setumpul - Hydnocarpus
  • Kepayang - Pangium spp
GUTTIFARAE

  • Penanga                                   ( Mesua farrea)
  • Bintangur                                 (Calphyllum spp)
  • Bintangur merah                       (Calphyllum canum)
  • Bintangur gunung daun besar   (Calophyllum coriaceum)
  • Bintangur gunung daun kecil    (Calophyllum cuneatum)
  • Bintangur bunga                      (Calophyllum curtisii)
  • Bintangur lekuk                       (Calophyllum depressinervosum)
  • Bintangur daun panjang            (Calophyllum incrassatum)
  • Bintangur batu                         (Calophyllum inophylloide)
  • Bintangur benut                       (Calophyllum macrocarpum)
  • Bintangur gasing                      (Calophyllum pulcherrimum)
  • Bintangur daun karat               (Calophyllum rubiginosum)
  • Bintangur laut                         (Calophyllum inophyllum)
  • Bintangur lilin                          (Calophyllum wallichianum)
  • Bintangur bukit                       (Calophyllum symingtonianum)
  • Bintangur putih                       (Calophyllum sp)
  • Bintangur kelim                       (Calophyllum scriblitifolium)
  • Bintangur jangkang                 (Calophyllum sclerophyllum)
  • Bintangur gambut                   (Calophyllum retusum)
  • Bintangur kuning                    (Calophyllum floribundum)
  • Kandis - Garcinia spp
TERNSTROEMIACEAE

  • Samak pulut     (Gordonia concentricicatrix)
  • Gegatal             (Schima noronhae)
  • Tetiup               (Adinandra spp)
  • Reriang             (Ploiarium alternifolium)

DIPTEROCARPACEAE
Semua kaum spesies meranti

Meranti merah : terdapat dua kumpulan - (Meranti merah tua/Meranti merah muda)
  1. 1 Meranti merah tua 
  • Meranti sarang punai bukit (Shorea ovata)
  • Meranti bukit (Shorea platyclados)
  • Meranti sengkawang merah (Shorea singkawang)
  • Meranti nemesu (Shorea pauciflora)
  1. 2 Meranti merah muda
  • Meranti batu                     (Shorea teysmanniana)
  • Meranti daun besar           (Shorea hemsleyana)
  • Meranti kepong                (Shorea ovalis)
  • Meranti kepong hantu       (Shorea macrantha)
  • Meranti langgung               (Shorea lepidota)
  • Meranti melantai                (Shorea macroptera)
  • Meranti paya                     (Shorea platycarpa)
  • Meranti pepijat                   (Shorea leptoclados)
  • Meranti rambai daun          (Shorea acuminata)
  • Meranti sarang punai          (Shorea parvilolia)
  • Meranti tembaga                (Shorea leprosula)
  • Meranti tengkawang air      (Shorea palembanica)
  • Gerutu-gerutu                     (Shorea lucida)
  • Gerutu pasir                        (Parashorea densiflora)
  • Gerutu pasir daun besar       (Parashorea globbbosa)

  1. .2 Meranti kuning - 
  1. Damar hitam pipit                       ( Shorea multiflora)
  2. Damar hitam bulu                       ( Shorea resina nigra)
  3. Damar hitam gajah                     ( Shorea gibbosa)
  4. Damar hitam katup                     (Shorea balanorarpoides)
  5. Damar hitam sengkawang putih   (Shorea maxima)
  6. Damar hitam siput                       (Shorea faguetiana)
  7. Damar hitam siput jantan             (Shorea hopeifolia)
  8. Damar hitam telepuk                   (Shorea peltata)

  1. 3 Meranti putih

  1. Meranti belang           (Shorea resinosa)
  2. Meranti bumbung       (Shorea dealbata)
  3. Meranti jerit               (Shorea sericeiflora)
  4. Meranti lapis              (Shorea lamellata)
  5. Meranti mengkai        (Shorea bentongensis)
  6. Meranti pa'ang           (Shorea bracteolata)
  7. Meranti pipit               (Shorea assamica F. globiteria)
  8. Meranti temak             (Shorea hupochra)
  9. Meranti temak nipis     (Shorea talura)

Ruj : Kitab Ilmu Pokok-Pokok ( F.G Browne pin. & tambahan Ismail Hj. Ali ) 1938, 1957

Selasa, 20 September 2011

TATACARA MENAMAKAN TUMBUHAN

Ramai yang tidak kisah sangat bagaimana nama-nama pokok diberikan dan mempunyai keluarga2 pulak.

Disini diberikan sedikit bagaimana tumbuh tumbuhan diberikan nama dengan apa yang aku tau.

Apabila sesuatu tumbuhan dijumpai dimana mana pun, mestilah dikenal pasti terlebeh dulu dengan pakar2 atau melalui bahan2 rujukan yang sedia ada yang mana banyak dihasilkan oleh para penyelidik terdahulu.

Selepas itu, kalau hendak diberikan nama baru pada tumbuhan tersebut hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (International Code of Botanical Nomenclature - ICBN ) berdasarkan sistem binomial (Latin: bis - 2 kali; nomen - nama) ciptaan Linnaeus.

Pemberian nama spesies dengan singkatannya sp. (spp. lebeh pada satu), akan dikumpulkan dalam genus pula.

Genus ialah tumbuhan yang macam sama dengan tumbuhan2 yang lain sifatnya dan dikelompokkan keluarga pulak (Family).

Nama2 keluarga biasa kita sebut diakhiri dengan aceae, contohnya Dipterocarpaceae. Tapi ada juga terkecuali pada sesetengah tumbuhan seperti Leguminosae, Coniferae dan Palmae yang diakhiri ae.

Apabila disusun begitu dengan siri menaik yang bertambah disebut sistem hierarki.

Contoh mudah dengan tatanama seperti sentang (Azadirachta excelsa) yang dikelaskan macam ini:

Famili               :      Meliaceae
Subfamili          :      Meliodeae
Tribus              :      Melieae
Genus              :      Azadirachta
Spesies            :      Azadirachta excelsa

Kebiasaan nama botani pokok.

Biasanya digunakan nama nama latin atau Greek (Yunani). Sebabnya bahasa utama dunia pada abad ke-17 semasa pengelasan ilmu tumbuh tumbuhan mula sekali dilakukan.

Isnin, 19 September 2011

SEPASANG DOKTOR GIGI BERMAIN PACAT

 Dr. Wan Sau Keng dan Dr. Chu Tiong Hsin berminat sekali meredah kawasan hutan dan sudah tentu bermain dengan pacat.

Jumaat, 9 September 2011

ADAKAH BENAR POKOK-POKOK INI WUJUD

 Semuanya diambil dari internet.

Aku naik sangsi mengenai pokok-pokok yang dipaparkan ini adakah benar benar wujud.

Sebahagian pokok-pokok yang dipublisitikan tersebut banyak yang 'seksi'.

Mungkin ada yang seronok melihat paparan ini disebabkan iman yang tinggi.

Namun begitu, aku tidak melihat kelucahan walau pun ada unsur unsur tersebut pada bentuk imej pokok pokok tertentu.


Kalau dilihat imej pokok disebelah ini memanglah agak lucah dan memang seperti bentuk anu lelaki.

Tapi aku melihat semuanya ini berkaitan kebesaran Allah s.w.t

Jika pokok-pokok ini benar wujud tak kiralah dimana pun didunia ini, menunjukkan betapa besarnya penciptaan Allah s.w.t dan sudah tentu mempunyai rahsianya yang tidak dapat diungkap kalau tiada ilmu.

Dari sudut sainsnya kita bolehlah kata bahwa ini adalah tumbuhan akar atau jangkang pokok tersebut.

Apakah spesies pokok tersebut dan bagaimana habitat disekelilingnya. Bagaimana tahap nutrien tanahnya, suhu kawasan tersebut, hidrologinya, biodiversitinya dengan radius 1000 km sekeling poko tersebut. Maklumat begini sudah tentu memerlukan penyelidik untuk mendapatkannya untuk pemahaman lebeh lanjut. Adakah pokok begini wujud di malaysia. Mungkin ada agaknya, tapi tak mau dipaparkan atau penemunya orang asli yang selalu berkeliaran didalam hutan tampa membawa peralatan berteknologi seperti kamera.

 Imej ini kelihatan seperti akar atau banir pokok yang kelihatan seperti ular besar.

Kalau orang melayu yang jumpa ni, dah tentu kata sumpahan asam kelambai.....

Maklumlah, imej seperti ini adakalanya kita jumpa pada batu dalam gua-gua dan macam-macam lagi imej.

Jika itu, adakah asam kelambai pernah lepas ke luar negeri seperti german, rusia atau sebagainya....???

Hahahahaha....memang lucah sekali tengok. tapi nak guane. Inilah bentuk pokok tersebut yang dapat dilihat dengan jelas.

Apa pun aku menganggap semuanya ini kejadian Allah s.w.t yang perlu kita lihat secara positive.

Bagaimana kalau pembaca tak setuju dengan paparan ini. Banyak pokok-pokok lain boleh dipaparkan....ya tak.

Tak mengapa kalau nak marah. Cuba renungkan kejadian tumbuhan yang sebegini mungkin Allah nak membuktikan tumbuhan pun ada jantan betina. Renungkanlah....Positive dan negative tu ada keindahannya belaka. Kan Allah s.w.t dah cerita semua belaka dalam al-qur'an.....bacalah......jangan cepat marah marah.....

Khamis, 8 September 2011

UNTUK MAKLUMAN

Buat masa kini selepas hari raya aidilfitri, tiada sebarang permohonan untuk menggadakan program di kawasan Lata Jarum.

Oleh yang demikian, pada yang ingin berminat menggadakan sebarang bentuk program, sila hantar surat permohonan pada alamat pejabat yang tertera dibawah blog ini dan segala maklumat kemudahan yang ada dan aktiviti yang telah dijalankan semuanya ada terpapar di blog ini.

Hingga kini, tiada sebarang permohonan dibuat walau pun banyak pertanyaan untuk menggadakan program di Lata Jarum sebelum bulan ramadhan dan selepasnya.

Oleh kerana kawasan Lata Jarum tidak seluas mana dan dengan kemudahannya yang sangat terhad, dalam satu masa hanya sesuai untuk satu program sahaja demi keselesaan pada yang berkumpulan.

Dengan kerjasama tersebut, semoga segala program dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Keselamatan sangat sangat diutamakan.

Dengan itu diucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua pihak.


Isnin, 29 Ogos 2011

Waterfall Survivors: What is wrong with Malaysian’s Mentality?

Waterfall Survivors: What is wrong with Malaysian’s Mentality?: It has been a busy week for me as I was working on a CSR project with Johnson & Johnson. We’ve planned a CSR campaign on the 4th March 2011 ...


Usaha berterusan bagi pemeliharaan alam sekitar, terutamanya bagi kawasan rekreasi awam. Namaun segala usaha yang dilakukan pelbagai pihak dipandang seperti sampah sahaja oleh sebahagian besar pengunjung kawasan rekreasi di Malaysia.

Kalau diperhatikan setiap masa, sebahagian besar pengunjung rekreasi hijau adalah bangsa Melayu yang beragama islam yang sangat menitik beratkan kebersihan. Namun masaalah sampah di Malaysia sangat mendukacitakan sekali.

Apakah dengan sikap tidak kisah dengan sampah ini sebagai tanda petunjuk jiwa orang-orang Malaysia juga kotor sebahagian besarnya.

Aku yang mengambil masa tiga tahun untuk memerhatikan masaalah ini dengan dukacitanya mengatakan majoriti orang Malaysia memang suka dengan sampah sarap dan tidak mempedulikan langsung pemeliharaan alam hijau. Mereka pandai bising bila sampah tidak diselenggara dan memburuk buruk imej pihak tertentu bagi memuaskan hati.

Oleh itu, anti bersih dijalankan secara tidak langsung di kebanyakkan kawasan rekreasi yang terdapat di Malaysia. Kalau anda tidak percaya, buatlah kajian dibeberapa kawasan rekreasi awam yang popular. Lihat dengan kepala sendiri.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

VANDALISM TAK TERKAWAL LAGI

 Huruf yang diperbuat dari kayu habis dikopak dan dirosakkan hingga mencacatkan papan tanda yang berharga ini.
 Batu tombol bulat sebagai perhiasan pagar balkoni pusat penerangan Lata Jarum ditanggalkan. Ini seperti usaha merobohkan pagar balkoni ini sebab bukan senang untuk menanggalkan tombol ni.
 Tandas awam dibelakang pusat penerangan Lata Jarum habeh dipecahkan dan kini tiada lagi untuk kemudahan orang ramai.
 Ini satu lagi sink basuh tangan yang telah dipecahkan dan kini telah dibersihkan untuk keselamatan orang ramai.
 Siling dalam tandas habis pecah.
Cermin tingkap dewan serbaguna hampir separuh yang ada telah pecah dilontar dengan objek keras.

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum,...
Ramadhan setahun sekali dan kita menjalankan ibadah puasa tuntutan agama islam. Bersahor, berbuka puasa dan bertarawih di Masjid dan surau-surau sudah menjadi kemestian. Memang sungguh meriah suasana malam bulan Ramadhan.

Apa pun kerja yang diamanahkan ibadah jua, kalau diabaikan.....sempurnakah ibadah kita. Wallahualam....

Isnin, 11 Julai 2011

AKU SERING KESEORANGAN UNTUK INI SEMUA

Kudrat semakin lama semakin kurang. Sekian lama mengabdikan diri dengan hutan belantara kadangkala sudah ingin berehat panjang. Tapi bila melihat suasana yang hijau yang banyak memberi manfaat pada diri, membuat aku masih meneruskan aktiviti hutan.

Mungkin ada yang berminat ingin bersama membantu...???

Adakalanya, ingin juga dibantu oleh insan-insan yang sealiran minat.
Jika ada, hubungilah aku dengan emailkan maklumat diri di shukri_greenity@yahoo.com