MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 21 Jun 2012

WARGA BOTANI BERKUMPUL DI CAMERON HIGHLANDS

Pada 18 hngga 20 Jun 2012 para warga taman botani dari Pulau Pinang, DBKL, Shah Alam, FRIM serta kumpulan kerja taman flora gunung Cameron Highlands CHiMP Jabatan Perhutan Pahang mengikuti kursus asas pengenalan & pengecaman tumbuhan & teknik/kurasi herbarium seramai 40 orang yang dianjurkan pihak FRIM Kepong Kuala Lumpur bertempat di Hotel Cool Point.

Objektif kursus lebih merupakan mengumpulkan kumpulan tenaga kerja Taman Botani yang ada di Malaysia agar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti botani secara bersepadu dimasa akan datang yang merupakan satu kumpulan besar disatu hari nanti untuk kepentingan pemeliharaan biodiversiti negara dan juga akan menjadi pusat rujukan berstatus penting bagi para penyelidik tempatan dan juga luar negara dalam bidang pendidikan serta juga eko-pelancongan.

Insya'allah, ada kemungkinan Jabatan Perhutanan Pahang akan mewujudkan kumpulan tenaga kerja Unit Botani berasaskan Taman Flora Gunung Cameron Highlands yang mana jika akan direalisasikan nanti merupakan Unit Botani Perhutanan yang pertama di negara ini bertepatan dengan wawasan Jabatan Perhutanan menjadi pengurusan hutan terunggul di dunia.

JABATAN PERTAHANAN AWAM DI LATA JARUM

 Pada 15 hingga 17 Jun 2012 Jabatan Pertahanan Awam Daerah Raub telah menggadakan kursus dengan dihadiri olih 49 anggota JPAM dari pelbagai daerah.

Sepanjang kursus tersebut yang berjalan lancar di pantau anggota Jabatan Perhutanan Unit Hutan Lipur Raubagar tiada perkara perkara yang melanggari peraturan hutan lipur.


Sepanjang program tersebut tiada aktiviti yang dijalankan didalam hutan.

Semua aktiviti pembentangan dijalankan didalam dewan serbaguna yang terdapat disitu.

Seramai sepuluh orang jurulatih telah bertugas dengan begitu baik sekali menggadalikan peserta kursus sehingga tamat.

Aktiviti latihan memadam kebakaran api dijalankan dikawasan lapang yang tidak menjejaskan kawasan sekitar.
Majlis penutup dirasmikan olih pengarah JPA Pahang dan selesai jam 5.00 petang.

Kursus yang dijalankan olih JPA Raub tersebut dimaklumkan kali ke-2 dijalankan dikawasan terbuka seperti di Hutan Lipur Lata Jarum.

BERKUNJUNG KE TAMAN BOTANIKAL MELAKA

 Pada 2 Jun 2012 yang lalu, berkesempatan juga bersama keluarga berkunjung ke Melaka selepas balik dari majlis perkahwinan anak sepupu di Bukit Pasir Muar Johor.

Kesempatan itu juga seperti biasa kalau berkunjung ke Melaka sudah semestinya berkunjung ke Taman Botanikal Melaka yang mana bertempatnya Pejabat Perhutanan Melaka dimana sahabatku bertugas disitu.

Masih dilihat tiada apa-apa perubahan kecuali dipersekitarannya terdapat pelbagai pembangunan untuk pelancongan seperti Melaka Water World yang menarik untuk dikunjungi.

Semasa berada dikawasan Taman Botanikal tersebut, terpandang CCTV yang telah rosak yang rasanya telah terlalu lama diabaikan.

Alangkah baiknya jika CCTV tersebut dibaik pulih agar dapat membantu jika ada sebarang perkara yang berlaku seperti jenayah atau pengunjung yang merosakan tumbuh tumbuhan yang begitu terpelihara disitu dapat dipantau.

Muzium Perhutanan yang terdapat dikawasan taman tersebut nampak sangat terpelihara yang dilaksanakan
olih kakitangan Jabatan Perhutanan Melaka.

Namun, sayang sedikit tiada kakitangan Jabatan Perhutanan berada disana melayani pengunjung dihari cuti.

Replika yang agak tersorok dibelakang
chalet yang menterjemahkan sejarah kerja-kerja pembalakan dimasa dahulu sangat menarik untuk dilihat.

Banyak juga pertanyaan anak-anak aku mengenai replika yang terdapat disitu dan mereka dapat belajar sesuatu                                                             

Khamis, 26 April 2012

ADAKAH KITA MASIH MUDAH MENCARI KAWASAN RIADAH SECANTIK INI LAGI ???

 Mana lagi nak cari kawasan sebegini kalau tidak nun jauh di belantara
 Yakin sekali, kawasan seperti ini masih terdapat di Malaysia negara tercinta nan terindah. Namun kawasan yang seperti ini mungkin jauh kedalam hutan belantara yang masih belum diterokai orang atau pun ada yang menjumpainya, tapi hanya mendiamkan diri untuk pemeliharaan kawasan tersebut. Maklumlah diwaktu kini sudah terlalu ramai yang mencari kawasan sebegini untuk diterokai dengan pelbagai tujuan seperti ingin mendirikan resort untuk perniagaan berasaskan pelancongan, bertujuan riadah berkumpulan dengan aktiviti mencari ikan dan memburu, menjalankan upacara pemujaan mendapatkan nombor ekor dan pelbagai bagai lagi yan mana akhirnya akan mencemarkan kawasan yang seindah ini.

IMEJ & KEBAJIKAN WARGA PERHUTANAN

 Motorsikal sebegini banyak digunakan olih PDRM dan juga Bomba Penyelamat Malaysia bagi keperluan tugasan yang dijalankan setiap masa khususnya dalam bidang penguatkuasaan. Jabatan Perhutanan dari hingga kini masih menggunakan Land Rover sahaja dalam kerja-kerja penguatkuasaan. Pada satu ketika dulu, pernah sekejap menggunakan helikopter dan beberapa ketika dihentikan. Perkembangan menambah baik jentera penguatkuasa walau pun pencerobohan yang begitu hebat dipaparkan di media masih belum mendapat respon yang baik dari pegawai atasan. Jika penggunaan motorsikal berkuasa besar sebagai menambah jentera rondaan di sekitar lebuhraya utama dan scrambler di dalam kawasan hutan setiap masa ada kemungkinan pencerobohan hutan dibenteras 100%. Secara tidak langsung imej jabatan itu sendiri akan meningkat dengan lebih baik seperti yang dikehendaki jabatn itu sendiri. Penambahan kakitangan juga mungkin dapat dilakukan dengan penubuhan unit rondaan bermotorsikal berkuasa besar ini serta imej penguatkuasaan itu sendiri dari selalu diperkatakan orang ramai secara negatif.

 Kelaziman warga perhutanan memasuki hutan menaiki Land Rover Defender 110 dengan muatan barangan bekalan sekali. Walau pun berkeadaan bersasak sasak dengan barangan bekalan keperluan masuk hutan seperti bekalan makanan dan peralatan sendiri, mereka terus mendiamkan diri walau pun adakalanya bersungut dengan kesukaran tersebut. Tiada siapa yang ingin mencadangkan satu penambah baikan dalam kemudahan yang banyak wujud sekarang untuk keselesaan warga hutan yang masa memasuki hutan. Jika kenderaan seperti diatas dapat diadakan, sudah tentu menjamin sedikit keselesaan dengan segala kemudahan yang ada seperti tersebut tampa lagi mencari kongsi tinggalan pembalak, rumah sewa, mendirikan tapak perkhemahan yang mengorbankan kayu kayu kecil untuk mendirikan khemah.
Khemah yang sdia ada dibekalkan pada warga perhutanan adalah seperti biasa seperti sesiapa lihat dikawasan perkhemahan dimana-mana dan ada masih menggunakan khemah layang. Walau apa pun bentuk khemah yang dibekalkan, tiada siapa yang membantah pada pihak pengurusan atau sesiapanya. Hingga sekarang masih dengan cara khemah layang dan diduduki beberapa orang menggunakan strecher disorong kayu. Untuk mendirikan khemah layang pun memerlukan kayu kayu sebesar lengan yang agak banyak. Jika jenis khemah seperti gambar diatas, ada kemungkinan dapat sedikit keselesaan dan keselamatan dari serangan haiwan haiwan liar seperti ular, babi hutan, harimau dan sebagainya. Apa pun mungkin bekalan khemah seperti gambar diatas tidak terdapat disini.

Selasa, 24 April 2012

UiTM PUNCAK ALAM SELANGOR


 Seramai 80 pelajar serta pensyarah pengiring mengadakan program perkhemahan bencana alam di Lata Jarum di bawah persatuan bulan sabit merah. Program dikendalikan kalangan peserta perkhemahan tersebut serta pensyarah dan alumni. Aktiviti yang berkonsepkan bencana alam dijalankan penuh didikasi dan disiplin yang tinggi.



 Aktiviti jungle trekking dan river trekking dengan bantuan kakitangan jabatan perhutanan dari unit hutan lipur Lata Jarum menerapkan nilai-nilai kerja berpasukan serta displin yang tinggi dalam kontek bantuan bencana alam melalui kawasan hutan yang sukar sudah tentulah memberi cabaran pada peserta.
Kehijauan menggarap ria
 Walau bagaimana pun kesukarannya melalui kawasan hutan yang begitu mencabar masih berkesempatan bergembira memberi posing yang harapannya memberi kenangan dan nostalgia berpanjangan.
Duri dan ranjau di cabari melangkaui sungai memanjat batu batan tidak mematahkan semangat juang dalam misi membantu insan yang takdir dalam bencana. Namun ada peserta yang kecundang tidak direncana menghampiri bencana. Habis nak macam mana....

KEMBANGAN TERAKHIR....???

 Pelajar yang mengikuti pengajian master di UKM yang sudah dua tahun empat bulan menjalankan kajian serangga bunga pakma seringkali ke Lata Jarum dan bermalam untuk menyelesaikan pengajiannya. Walau pun kajiannya hanya pada serangga bunga pakma, secara tidak langsung segala perkembangan bunga tersebut telah direkodkan sepenuhnya.
 Bunga pakma yang berkembang pada bulan Mac 2012 ini tidaklah merekodkan kebesarannya yang luar biasa. Setelah ditemui kebesaran bunga yang paling besar belum pernah direkodkan di Lata Jarum atau di Semenanjung Malaysia pada tahun 2009 dengan kebesarannya 97cm atau 27 inci, belum lagi sehingga kini dapat menandingi rekod tersebut di Lata Jarum. Kebesaran dengan ukuran 22-23 inci adalah biasa dan malah kecil dari itu.
Spesies keluarga halia ini turut berkembang semasa bunga pakma diatas berkembang mekar. Kedudukan spesies tepus liar ini secara kebetulan ditemui berhampiran bunga pakma diatas berkembang. Adakah spesies ada hubung kait dengan bunga pakma berkembang kerana semasa banyak bunga pakma berkembang spesies ini juga akan mengeluarkan bunga dan berkembang sama.

Ahad, 1 April 2012

REMPAH RATUS DARI JANUARI HINGGA MAC 2012

 Semenjak diuruskan olih Jabatan Perhutanan Daera Raub dengan sepenuhnya bermula tahun 2008, Hutan Lipur Lata Jarum terus menambat hati orang ramai yang pelbagai status. Seperti matlamat dan objektif hutan lipur yang telah dibuat Jabatan Perhutanan untuk rekreasi, pembelajaran, penyelidikan, dan kembara bagi tujuan mencintai alam sekitar tidak putus saban masa dikunjungi dengan tujuan seperti tersebut. Pelbagai Universiti tempatan yang menghantar pelajar menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang ditentukan tiada putus tiba silih berganti pelajar. Namun aku masih keseorangan untuk menanti dan melayan mengikut tanggungjawab pada jabatan dan tuntutan pengunjung. Alhamdulillah, tiada yang sukar jika semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya dan mengikuti peraturan yang diberi jabatan perhutanan.
 Masalah kerosakan infrastruktur Lata Jarum adalah biasa. Namun dengan langkah berjaga-jaga dan melaporkan pada pihak pengurusan pentadbiran untuk diambil tindakan sewajarnya sentiasa diambil. Paling mendukacitakan sangat adalah masalah vandalism yang tiada henti-henti paling memeningkan kepala. Kekadang persepsi timbul dengan gejala tersebut di Lata Jarum bahawa adakah perbuatan tersebut bermotifkan sakit hati atau khianat. Al-maklumlah semasa menjalankan tugas, ada ketikanya berkasar memberi teguran terutamanya pada bebudak yang merempit dan pelbagai kesalahan yang tidak mengikut peraturan. Sakit hati ada kemungkinan juga, mungkin disebabkan ada tempat yang berkurangan pengunjung disebabkan Lata Jarum.
 Kemudahan yang ada untuk orang ramai seperti tandas umpamanya selalu mendatangkan masalah. Pelbagai masalah sering timbul dengan tandas awam seperti vandalism, membuang sesuatu dalam mangkuk tandas menyebabkan tersumbat teruk, air graviti sering tersumbat disebabkan air sungai sering pasang surut dan juga keruh dan jernih tidak menentu. Walau apa pun tanggungjawab tetap diteruskan setakat yang mampu untuk mengatasinya. Malah bukan tandas awam saja perlu dipantau, tapi tiga bangunan lagi perlu dipantau untuk memastikan kelancaran air bukit tersebut mengalir lancar untuk pengguna. 
 Perkembangan Rafflesia atau bunga pakma nampaknya semakin hendak terhenti populasinya. Pada awal tahun 2012 ini banyak bunga pakma berkembang dengan tiada hentinya saban minggu dan sudah tentu para pelajar tiada henti tiba untuk menjalankan kajian dalam bidangnya. Para pelancong tempatan dan luar pun sentiasa tiba dan bertanya untuk melihat dari dekat. Apa yang sukar dikawal adalah penduduk kampong yang selalu menceroboh masuk ke kawasan hutan kawasan bunga pakma untuk mengikuti perkembangan bunga pakma tersebut untuk membawa pelancong. Para pelancong atau pelajar seringkali datang waktu hari cuti am atau pun cuti sabtu ahad. Pada waktu ketika cuti tersebut kakitangan hutan lipur Lata Jarum seramai tiga orang ada ketika tiada bertugas Ini akan memudahkan penduduk kampong dan orang ramai melakukan sesuka hati mereka untuk pelbagai tujuan. Namun apa yang bolih dilakukan jika ramai yang tidak suka menghormati, suka melakukan kerosakan, menggangu ketenteraman orang ramai, membuang sampah merata-rata dan menceroboh kawasan-kawasan larangan yang telah ditentukan. Dan yang paling sedih ada pihak yang ingat bertugas di Hutan Lipur Lata Jarum tak buat kerja atau pun kerja paling mudah dalam dunia.
Spesies kura-kura ini telah ditemui kali kedua dikawasan pertumbuhan bunga pakma. Kali pertama spesies berada berhampiran tepi bunga pakma berkembang dan kali kedua ini pula lebeh kurang 20 meter saja dari bunga pakma berkembang. Apakah kaitan spesies ini kelihatan dengan bunga pakma berkembang. Untuk maklumat ini mengambil masa 4 tahun memerhatikan segala aktiviti yang berlaku pada bunga pakma dan persekitarannya.

JAMBATAN KEDUA KE LATA JARUM HAMPIR SIAP

 Jambatan kedua ke Lata Jarum telah mula dibina pada januari 2012 lepas dan kini sedang melalui proses terakhir untuk disiapkan. Dengan adanya jambatan kedua ini nanti akan membolihkan kenderaan besar seperti bas bersaiz bas express melepasi sungai di Kampong Peruas Ulu Dong. Sebelum ini jika ada pelawat atau pengunjung yang menaiki bas besar terpaksa berjalan kaki ke Pulau Chekas atau ke Lata Jarum sejauh 2 Km atau diangkut dengan kenderaan lain.
Selepas ini, insya'allah...jika pelajar-pelajar menaiki bas besar tidak perlu lagi diangkut dengan van atau lori ke Lata Jarum seperti sebelumnya. Ada kemungkinan beberapa minggu lagi jambatan ini sudah bolih digunakan kenderaan besar untuk berprogram ke Pulau Chekas atau Lata Jarum. Apa yang diharapkan nanti bukanlah untuk menjalankan aktiviti pembalakan.

PELAJAR UiTM JENGKA BERKHEMAH DI LATA JARUM

 Pada 31 Mac Sabtu seramai 31 pelajar UiTM Jenka Pahang telah menggadakan aktiviti perkhemahan. Seperti yang dimaklumkan melalui surat dan pemberitahuan dari pejabat pengurusan daerah Raub, pelajar tersebut dibawah persatuan seni silat cekak UiTM Jengka. Pelajar tersebut turut di iringi oleh jurulatih persatuan tersebut.
 Ada yang menaiki motorsikal dan menaiki kereta. Dengan semangat berpersatuan dan pelajar, mereka sampai juga ke destinasi dengan selamat untuk berkumpul menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Mereka sampai berperingkat peringkat dari kumpulan yang mula sampai seramai 6 orang dengan menaiki motorsikal. Paling akhir kumpulan yang tiba pukul 1 pagi. Apa pun semua sampai seperti yang dijanjikan dan seperti nama yang disenaraikan. Tahniah atas sikap setia kawan dalam berjanji.
Kumpulan lelaki mendirikan khemah ditepi sungai dan yang perempuan berkhemah diatas astaka seperti gambar diatas. Sebanyak tujuh khemah telah didirikan dan dilihat mereka semua sungguh gembira dan meriah sekali. Apa yang diberitahu olih beberapa peserta program mengenai aktiviti tersebut lebih merupakan santai-santai selepas peperiksaan. Apa pun pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum mengucapkan terima kasih memilih Lata Jarum sebagai tapak aktiviti untuk beriadah sesama kawan atau berpasatuan. Datang lagi...

PELAJAR UiTM PUNCAK ALAM MERISIK LATA JARUM

Sekumpulan ahli jawatankuasa program pelajar UiTM Puncak Alam tiba untuk meninjau Lata Jarum dan mengadakan perbincangan untuk menjalankan aktiviti program mereka pada 6-7 April 2012 nanti. Menurut jurucakap pelajar tersebut Cik Aziana, akan menjalankan program Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat (BBOM) yang akan disertai 120 pelajar. Tentatif program juga telah diserahkan pada pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum untuk membantu segala yang perlu pada program itu nanti.

Ahad, 4 Mac 2012

BUNGA PAKMA AWAL TAHUN 2012 HINGGA KINI

 Seperti kebiasaan, penghujung bulan Februari memasuki bulan Mac bunga gapis akan menjadi tanda ukur permulaan musim bunga bagi sebilangan spesies dalam kawasan hutan. Walau bagaimana pun tidak semua spesies di lihat mengeluarkan bunga serentak dan ada spesies yang berbunga selepas sebahagian spesies berbunga pada bulan Mac hingga April
 Pelajar kajian serangga bunga pakma ini mengambil pengajian Master dalam bidangnya yang bermula dari Januari tahun 2009. Beliau menjangkakan akan menghabiskan pengajian dan kajiannya di Lata Jarum Raub pada bulan Desember 2010 yang lalu. Namun diatas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui, beliau masih meneruskankan pengajiannya dan kajian di Lata Jarum hingga kini mengikut perkembangan bunga pakma yang ada. Oleh kerana permulaan tahun 2012 ini perkembangan bunga pakma agak baik berkembang, pelajar ini sentiasa berada di kawasan hutan Lata Jarum menjalankan kajiannya.
Bunga pakma spesies Cantleyi yang terdapat di Lata Jarum yang sedia ada tidak disangka begitu banyak berkembang dari bulan Januari hingga catatan ini ditulis. Walau bagaimana pun selepas ini mungkin tiada lagi bunga pakma akan dilihat berkembang disebabkan kekurangan tumbuhnya dikawasan-kawasan yang sedia ada sebanyak tiga plot saja lagi dari enam plot kawasan populasinya. Diharap bunga pakma dikawasan Lata Jarum akan tumbuh banyak kembali setelah direhatkan dari dimasuki orang ramai kelak.

Khamis, 26 Januari 2012