MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 9 Ogos 2012

LAWATAN MEDIA & AGENSI PELANCONGAN SEMPENA IHYA RAMADHAN 2012

 Pendaftaran di Hotel RiverView pada 5 Ogos 2012 disambut olih pegawai2 tourism kelantan yang comel lotey sementara menunggu peserta2 dari kuala lumpur dan check in bermula jam 12 tengahari sehingga 2 petang.
 Jam 3 petang mula berkumpul untuk memulakan aktiviti ihya ramadhan ke masjid muhammadi kota bahru yang tidak jauh dari hotel penginapan dengan menaiki bas yang disediakan.
 Selepas aktiviti ibadah di masjid muhammadi dibawa ke perdana resort untuk makan co'lek
 Inilah dia makanan co'lek yang disediakan untuk kami sehingga sepuasnya. Terima kasih Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan yang sungguh enak sekali.
 En Zaidun pengurus besar perdana resort turut menyambut dan meraikan kami penuh mesra. Sebelum kepulangan kami disampaikan cenderahati untuk semua peserta program. Terima kasih pada pihak perdana resort yang sungguh mesra melayani kami.
 Sempat juga bergambar kenangan sebelum pulang ke hotel jam 12 tengah malam.
 Lawatan ke makam Tok Kenali salah seorang ulamak terkenal Kelantan. Turut menyambut kami ada pewaris keturunan Tok Kenali yang dikenali sebagai Tok Ayah dan menyampaikan taklimat2 yang sungguh bermaklumat pada kami.
 Di Kampong Laut kami berpeluang melihat pengusaha2 memproses serunding dengan skala sederhana untuk pasaran tempatan dan luar kawasan.
 Makam Tok Selehor dibawa juga untuk lawatan kami dan disambut olih pewaris yang dikenali sebagai cikgu faizal menyampaikan maklumat2 yang sangat bermafaat.
 Masjid Beijing yang dibina 2006 sebagai produk pelancongan kelantan.
 Rombongan kami disambut dan diumumkan pada jemaah di kawasan stadium muhamad IV yang mana terdiri khemah besar yang mana malam tersebut majlis tadarus bersama 3000 pelajar pondok seluruh kelantan disamping bertarawih yang di imamkan olih 3 imam dari Mesir secara bergilir-gilir. Program sebegini tiada terdapat di negeri2 lain di Malaysia kecuali di Kelantan sahaja. Di lihat dengan anggaran saya lebih kurang lebih dari 5000 jemaah menghadirinya hampir setiap masa. Subhanallah.....
 Selesai Tarawih dan tadarus ke restoran makan co'lek lagi dengan hidangan yang sungguh menyelerakan sekali sehingga hampir tak termakan. Masya'allah....
 Masjid kampong Laut dengan pembinaan tampa paku atau skrew. Semua peserta dibawa berjemaah disini sebelum ke Pulau Suri.
 Sempat bergambar kenangan di Masjid Laut sebagai kenangan.
 Hari ke3 kami dibawa ke Pulau Suri dengan menaiki bot sejauh 15 minit dan diberi pada keluarga angkat. Penduduk kampong suri mempunyai 500 rumah kediaman yang mempunyai bekalan letrik 24 jam dan air serta laluan2 bersimen.
 Penyampai radio IKIM berkesempatan menemuramah para peserta dengan bersiaran dikaki lima berhampiran pejabat Kementerian Pelancongan Kelantan.
 Bergambar kenangan sebelum berlepas pulang di hadapan Pusat Kraftangan Kelantan bersama2 pegawai pelancongan Kelantan.
Aku sempat juga bergaya dengan cermin mata terapi yang dibeli di Lapangan terbang Sultan Ismail sebelum kami semua berpisah ke destinasi masing2. Harap bini aku tak marah ni.....hohoho

Ahad, 29 Julai 2012

LIKE ALONE IN THE FOREST....???

Sometimes we need alone. Why...Why...Why...its everybody bisness. But where to go. Maybe the rich its does't matter to get away. But how & where....you need a friend instead guarding you inside the forest and maybe listening  your story....Maybe am suggested you my nature....and am will be your friends....remember, just you and me only....

2D1N Lonely Package : RM300 
Location for lonely : Nearby Lata Jarum. its very quiet pot...... warranty to you.


ALL ABOUT LATA JARUM

 This small rapid with cool river always welcome you to make you exciting
 This pool is familiar to the nature intrest swim all the day
 One more pool under the bridge you can swim and make happy day
 And this waterfall you can see only. Its dangerous here
 One of the activities at Lata Jarum i'll will take you river trekking with the cool river
 You can park your car beside my office and save
 After trekking you can check the liches all over your body. Don;t scare, its not killing you
 So if you have bus, you also can park at my office....hahahahaha
This is me will be with you from you arrive until you go home
Please call me if you intrested all about Lata Jarum activities

NATURE SERVANT

This picture was taken at MS Garden Hotel Kuantan Pahang with Mr. Hassan Tuah manager Tuah Travel & Tour and his wife after meeting all about the blogger. Am just follow Mr. Hassan activities because his kindness about the nature and now always with him to conduct the nature activities. Our suggested for all promotion tour is to Kenong Rimba Park and Lata Jarum as well. May be to know well about Rimba Kenong Park and decide to tour there please straight goes to 
TUAH TRAVEL & TOURS
KTMB Railway Station, Jalan Stesen,
27200 Kuala Lipis Pahang
Tel : 09 312 2291
Fax : 09 312 3277

BENGKEL BLOGGER PAHANG TOURISM

 Julungkalinya aku menghadiri program yang dianjurkan olih Tourism Pahang atau pun lebih dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser PKBF bertempat di MS Garden Hotel yang berlangsung pada 28 Julai 2012. Sebenarnya aku menghadiri diatas Tuah Travel & Tour Kuala Lipis yang mana aku sebagai cosultant aktivitinya secara sambilan. Bengkel tersebut di pengerusikan olih YB Dato' Haji Shaufiq Fauzan Exco Pelancongan Pahang yang juga pengerusi PKBF. Turut hadir Datuk Hanafiah Pengurus PKBF serta timbalannya En. Ishak. Juga turut hadir Datuk Hashim Pengurus Lembaga Pembangunan Pulau Tioman dan lain-lain kakitangan Tourism Pahang serta Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang.

 Objektif bengkel tersebut mengumpulkan Blogger yang berkaitan pelancongan khususnya di negeri Pahang. Taklimat disampaikan En. Mohd Khairul Azizi CEO Secretab Media dan En. Azhar pensyarah IKIP International Pahang. Turut berkongsi maklumat olih Cik Wan Fatin Suhana atau lebih dikenali sebagai fatinsuhana seorang blogger yang aktif. Pelbagai perkara mengenai blog telah disampaikan untuk dimanfaatkan olih para blogger yang hadir.

 Selesai sesi perkongsian ilmu YB Dato' Shaufiq Fauzan serta para ahli panel bengkel mengupas dan mengulung pengisian bengkel serta membuka ruang dialog dengan para peserta yang mana banyak perkara yang diutarakan bagi arah hala tuju objektif bengkel tersebut.

 Kesempatan diambil olih para peserta bengkel mengabdikan diri bergambar sebagai kenang kenangan bersama YB Dato' Shaufiq Fauzan untuk menterjemahkan secara tidak langsung bahawa program tersebut mencapai sukses dan mempunyai hala tuju bagi kepentingan Tourism Pahang dan juga para blogger.


 Majlis berbuka puasa disambut dengan meriah sekali bersama YB Dato' Shaufiq Fauzan serta para pegawai Tourism Pahang dengan makanan yang begitu enak dan lazat sekali. Terima kasih Tourism Pahang dengan penganjuran yang profesional untuk para blogger.


Penginapan yang disediakan olih Tourism Pahang pun sungguh selesa sekali untuk para peserta yang hadir dari jauh. Terima kasih diatas segala galanya semoga program yang seumpama tersebut berulang lagi bagi kemajuan pelancongan Pahang serta imej Tourism Pahang.

Sabtu, 21 Julai 2012

JABATAN PERTAHANAN AWAM UKM BERKURSUS DI LATA JARUM

Hampir tertinggal pulak berita ini :
Dari 6 hingga 8 Julai 2012 seramai 100 pelajar dan anggota pertahanan awam Selangor menjalankan kursus asas di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum.

Jumaat, 13 Julai 2012

BERSAMA WARGA BOTANI MALAYSIA DI GUNUNG JERAI

 Pada 8 hingga 13 Julai 2012 bersama sama warga botani dari Taman Botani Negara Shah Alam, Taman Botani Perdana DBKL, Tamana Botani Pulau Pinang serta dibantu olih warga Perhutanan Negeri Kedah membantu kami mengeledah hutan simpan jerai untuk kutipan sample.
 Tiba di Hutan Lipur Titi Hayun Yan Kedah untuk mendaki tangga ke puncak gunung jerai menjejak sample yang dikehendaki.
 Sebelum mendaki melakukan senaman regangan untuk memanaskan badan olih semua peserta yang terlibat.
Berkesempatan bergambar kenangan bersama sebelum berlepas kelokasi yang lain. Terima kasih kakitangan Perhutanan Kedah kerana sudi membantu kami dari mula hingga keakhir program semasa menjejak spesies untuk kutipan sample.

SESI DIALOG BERSAMA PELAJAR IPT

Secara tidak langsung sedang menjalankan tugas, sekumpulan pelajar dari pelbagai IPT tempatan dan luar bersua dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai kawasan sekitar hutan Lata Jarum dan lain-lain perkara berkaitan alam sekitar. Diharap suatu hari nanti mereka akan bersama di Lata Jarum beraktiviti meredah alam hijau yang mereka nantikan. 

Selasa, 26 Jun 2012

PELAJAR UNIVERSITI ISLAM SULTAN ZAINAL ABIDIN


 Mengabdikan kenangan sudah semestinya bagi sesiapa yang berkunjung ke sini. Hahahaha....ada yang control macho dan dengan gaya fotogenit pun ada......bantai la deme
 Jelas kelihatan kegembiraan pelajar, pengiring dan unit kenderaan UNiSZA di Gua Kecil
 Yusof sedang menerangkan sesuatu mengenai gua yang diterokai.
 Mungkin ada yang belum pernah trekking hutan, namun semangat dan jati diri mengatasi segalanya.
 Tak pernah sampai kesini....???? apa lagi...abdikan kenangan sepuasnya....sayang hanya beberapa jam di puncak Fraserdisebabkan menaiki bas yang sangat besar. Kalau menaiki coaster atau van mungkin hancur satu Fraser bolih dilawati. Nak bawak semua tempat dengan berjalan kaki tak mampulah saya.....


Diharap suatu masa nanti kalau nak explore kawasan kawasan hutan di mana mana kena excort dengan van atau 4X4.....baru banyak tempat bolih dilawati. Apa pun hampir semua kawasan pahang barat telah dijajahi. Sikit je lagi nak habis.....hanya Kuala Gandah dan Genting Highlands je lagi wehhhhh
Semasa perjalanan balik dari Bukit Fraser, sebuah trailer sawit felda terjerungkang dalam longkang yang membuatkan rombongan kami terlekat disini beberapa jam. Nasib bawak bekal mengalas perut.