MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 5 Februari 2013

HOMESTAY DI KAMPUNG RIMBUNAN KASIH

 Rumah yang dibina dengan kayu chengal hampir keseluruhannya ini bolih dilihat di perkampungan tersebut yang baru sahaja disiapkan pada hujung tahun 2012. Pada ketika ini masih belum bolih diduduki lagi olih penginap yang berminat. Berkemungkinan kawasan yang dianggarkan lebih dari 20 ekar yang menempatkan peserta-peserta miskin tegar ini akan dirasmikan olih Perdana Menteri pada awal tahun 2013 ini mengikut sumber yang dipercayai.

Terletak di kampung Tanjung Besar 20Km dari pekan Benta Kuala Lipis.

HARI KELUARGA

Pada 22 - 24 December 2012 yang lalu lebih kurang 30 keluarga dari penduduk Ara Damansara telah mengadakan program "Family Day" yang dianjurkan persatuan penduduk di kawasan mereka.

PROGRAM PELAJAR UMP PAHANG

Ketibaan pelajar di perkarangan Lata Jarum

 Program tersebut telah diadakan pada 10 - 12 November 2012 yang lepas. Lebih dari 100 peserta bersama pegawai pengiring mengikuti program tersebut.

 Santai dahulu setelah tiba

 Berkumpul untuk taklimat

 Makan minum

 Bergambar kenangan sebahagian peserta

 Jungle & River trekking

 Anggota RELA turut terlibat untuk keselamatan


 Petugas mengendalikan program dari sukarelawan 

 En Hassan Tuah Pengurus Tuah Travel & Tours turut meraikan peserta program

Peserta menaiki bas untuk berlepas balik dan di iringi anggota RELA

Ketulusan Hati-Anuar Zain (Astro Oasis)

Hafizah Naser - Gatra (OST Kitab Cinta) (Original)

Sabtu, 3 November 2012

DISPLIN DI KAWASAN RIADAH

Gambar hiasan

Air di sungai Lata Jarum memanglah sejuk sangat. Namun begitu kalau tak tahan dengan air yang sejuk cepat-cepat naik dan lakukanlah sesuatu yang lebih sopan untuk memanaskan badan. Jangan lakukan sesuatu yang bolih menarik perhatian orang ramai hingga memalukan diri.

WARGA PERHUTANAN BENTONG MENINGGAL DUNIA HARI INI

Gambar hiasan ajer

Kuartes Perhutanan Bentong berhampiran masjid baru Bentong telah diceroboh penjenayah dan seorang warga perhutanan meninggal dunia akibat hetakan penjaenayah tersebut. Allahyarham baru beberapa tahun berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan dan mempunyai keluarga. Beliau adalah menantu pada bekas Renjer Hutan Abu Samah dari Temerloh. Sehingga catatan ini dibuat menurut rakan rakan dari perhutanan Bentong masih di hospital Bentong.

PACAT DI LATA JARUM

Pacat memang bayak disekitar Lata Jarum. Tambah pula ketika musim hujan ini.Walau bagaimana pun belum pernah membunuh manusia akibat sedutan manjanya itu. Malah apa yang diketahui, bolih menambah baikkan kesihatan tubuh badan manusia. Pacat mempunyai sistem biusnya yang tersendiri.

TEMPAHAN HARI DARI UMP PAHANG DM 10-12 NOV 2012

Ustaz Hasnur & Ustaz Basith serta k/tgn UMP

Beberapa minggu lepas Lata Jarum didatangi pegawai-pegawai dari Universiti Malaysia Pahang dari Pekan Pahang Darul Makmur berbincang untuk mengadakan program untuk pelajarnya seramai 100 orang. Mengikut tarikh yang diberikan pada 10 hingga 12 November 2012 ini. Apa pun keputusan muktamad belum diberikan olih pihak pentadbiran UMP tersebut ketika paparan ini dibuat.

WAJAH LATA JARUM KINI

 Musim hutan sudah tiba. Sudah tentu air sungai naik. Kepala air sudah biasa di hulu sungai. Hati hati ketika mandi di kawasan hulu sungai didalam hutan. Bolih akibat nyawa melayang. Di Lata Jarum adalah kawasan di hulu sungai di Ulu Dong Raub. Namun jika airnya naik sebelah pagi, disebelah petang seperti sedia kala semula. Begitulah adanya.

 Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum sentiasa menjadi perhatian untuk urusan program dari pelbagai pihak. Adalah lebih baik datang melawat sebelum program nak buat disini. Lata Jarum masih daif kemudahan asasnya seperti kelengkapan bilik penginapan, tiada sistem siar raya, Bilik air kurang mencukupi untuk peserta berskala besar, sistem airnya dari graviti yang mana bila air naik akan menggangu bekalan, peralatan kecemasan dan kemudahan keselamatan. Harap akan bertambah baik suatu hari nanti.

Inilah halaman induk Lata Jarum yang terdapat Pejabat pengurusan serta Pusat Penerangan dan juga astaka untuk pelbagai aktiviti dan juga rumah pelawat yang paling selesa untuk inapan 20 orang. Namun pernah di inapi seramai 60 orang. Walau apa pun tema Lata Jarum ini untuk perkhemahan saja. Tapi tapak perkhemahan yang khusus tidak ada. Bolihlah nak berkhemah mana-mana tempat yang agak sesuai seperti adanya.

Selamat Datang ke Lata Jarum dan terima kasih atas kesudian.

Rabu, 17 Oktober 2012

WAJAH AIR DI LATA JARUM KETIKA INI

Apabila hujan, beginilah rupa air di Lata Jarum dan kadangkala seperti merah. Mengapa....Ini disebabkan larutan air dari lantai hutan mengenai daun daun dan tanah tanih dipermukaan hutan serta akar kayu serta lumut-lumut batu mengakibatkan warna sedemikian rupa. Olih yang demikian, seolah olah seperti adunan herba yang dapat menyegarkan tubuh badan serta airnya yang sejuk dari waktu biasa. Mungkin masih ada yang belum merasai air yang sedemikian lagi. Datanglah merasai air yang sebegitu rupa agar apa yang diperkatakan olih aku ni benar atau sebaliknya. Namun itulah hakikatnya air di Lata Jarum sekian lama.Satu khazanah dari Allah SWT yang sudah pasti disukai insan insan yang mencintai alam sekitar.











BERKHEMAH DI TEPI AIR TERJUN LATA JARUM

 Kumpulan yang di ketuai olih En. Faiz dari Petaling Jaya
Ahli keluarga dari Tuan Faizal dan isteri Dr. Zanariah dari Kelang

Pihak Hutan Lipur Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beriadah dan berkhemah di tepi air terjun Lata Jarum. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan walau pun demikian di harap sudi datang lagi beriadah di Lata Jarum. Pihak kami sedaya upaya memastikan pengunjung bergembira dan rasa selamat semasa di kawasan Lata Jarum.

Selasa, 16 Oktober 2012

PEMBAIKAN AKIBAT VANDALISM SEDANG DIJALANKAN

Kerja-kerja membaiki sistem kubahan tandas awam di Lata Jarum sedang dijalankan akibat vandalism dan ketidak bertanggungjaban pengguna.

Masaalah vandalism sehingga kini belum lagi dapat diatasi dimana mana kawasan hutan lipur atau kawasan rekreasi. Mengapa dan kenapa. Sehingga kini jawapan yang bolih diandaikan untuk menjawab pada pihak tertentu atau untuk dokumentasi hanyalah seperti menyalahkan pihak pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Apakah alasan itu. Jika kawasan tersebut tidak mempunyai pagar, pengawal keselamatan, kakitangan yang ditempatkan disitu akan dijadikan sandaran dan pukulan penyebab akan perkara sebegitu terus terjadi. 

Apa pun yang tersandar dan terpukul, sikap anak muda yang sering didapati melakukan perbuatan vandalism amatlah dikesali sekali. Selama tiga tahun aku cuba mengenal pasti mengapa vandalism terus berlaku di kawasan Lata Jarum adalah perbuatan remaja yang berusia tiga puluh tahun kebawah. Kebanyakannya mempunyai masaalah karektor yang terdiri dari penduduk berhampiran. Disamping kesukaan melakukan vandalism, mereka juga terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti mencuri hasil pertanian, motorsikal, menagih dadah, mengambil minuman keras, menghisap gam, maksiat, tidak menamatkan persekolahan dan malas melakukan sebarang pekerjaan serta kurang mendapat perhatian dari keluarga.

Olih yang demikian, siapakah yang hendak dipersalahkan dengan wujudnya golongan-golongan remaja seperti itu. Sebahagian penduduk kampong lebih suka mendiamkan diri dari melakukan sebarang tindakan untuk membaiki atau mencegah keadaan golongan tersebut. Apa yang mendukacitakan, penduduk-penduduk kampong lebih gemar menyebut-nyebut perkara yang tidak baik dari perbuatan mereka sahaja.

Jika jenayah yang dilakukan agak serius, tindakan memanggil pihak polis untuk menangkap mereka akan dilakukan dan ada kes beberapa hari sahaja mereka akan dibebaskan semula dan kegiatan yang tidak di ingini akan terjadi lagi dengan kadangkalanya dari pelaku yang sama. Sampai bila terus begitu.

Walau pun pelbagai pihak keselamatan diwujudkan seperti RELA, SRS, BELIA dan sebagainya lagi, tidak mematahkan kegiatan yang tidak di ingini itu dari terus berlaku.

Adakah ini Fitrah manusia atau apa ya....

GENG MAKTAB PERGURUAN KUALA LIPIS BERSANTAI DI LATA JARUM