MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 2 Jun 2013

PROGRAM PAHANG BIODIVERSITI CENTRE BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG


 Program selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh Pusat Biodiversiti Pahang bersama pelajar Universiti Malaysia Pahang pada 7 hingga 9 April 2013 lepas adalah bertujuan memperkenalkan penubuhan pusat tersebut disamping objektifnya.

 Turut membantu program tersebut oleh Jabatan Perhutanan Daerah Raub dengan memberi sedikit taklimat "Jungle Survival" dalam kontek Perhutanan.

 Turut membantu dari segi keselamatan dari Jabatan Pertahanan Awam Raub seramai 16 orang yang berada sepanjang program tersebut.









 Pelbagai aktiviti dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Perhutanan Daerah Raub seperti Trekking hutan, sungai dan Rafflesia serta Night Walk.


 Mengenal tumbuh-tumbuhan juga diberikan pada peserta program sepanjang sesi trekking.


 Tak sedar dihinggap serangga ranting dibaju pegawai pengiring pelajar.

 Spesies kulat Kelentik Kering yang banyak terdapat dilantai hutan tropika

 Spesies serangga yang belum dikenal pasti


 Berehat sambil bergambar sebagai kenangan


 Sepanjang trekking dipantau oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam


 Nampak gembira sepanjang trekking melalui denai hutan dan persisiran sungai


KURSUS PEMANDU PELANCONG BERKEMAHIRAN ALAM SEMULAJADI SETEMPAT TAHAP II

Pertama kali aku berada di Taman Negara Sg. Relau Merapoh dengan para peserta dari Zon Pantai Timur satu pengalaman yang tidak dilupakan.

 Ini adalah kali pertama aku mengikuti kursus yang sebegini yang mana sangat menarik minat disebabkan mempelajari banyak perkara yang belum diketahui

 Walaubagaimana pun agak mudah sedikit kerana kebanyakan perkara yang dipelajari berkaitan dengan bidang kerja aku. Namun begitu aku cuba menyesuaikan diri seperti peserta baru belajar disini.

 Ini semasa kami dalam sesi pembelajaran lapangan di denai Negeram mempelajari tumbuh-tumbuhan disitu yang diberikan oleh Pegawai Perhutanan Pahang seperti baju hijau diatas.
Lata Serigala ini sering kali aku bersama-sama teman berkursus mandi manda dengan airnya yang begitu segar sekali.

 Aku seperti baru belajar disini dengan Boss aku sendiri. Senyum Boss aku tengok kelakar aku semasa sesi penerangannya di kuliah atau di hutan. Tapi Boss aku faham...

 Sempat bergambar kenangan dengan Tuan Nasir selepas menghabiskan sesi pembelajaran di hutan bersama peserta kursus yang lain.

 Ini bukan eksiden...cuma sesi taklimat Ikhtiar Hidup semasa di hutan dengan tunjuk ajar cara-cara menyelamat sekiranya berlaku kecederaan.

 Sesi "The Magic Show" yang mana mengambil barang dalam kotak yang telah dibungkus dan dibuka melihat apa barangannya dan bercerita berdasarkan barang tersebut dengan spontan amat menarik sekali untuk melihat kreativiti peserta bercakap dengan sesuatu perkara terjumpa dengan berfakta dan petah serta meyakin penonton. Menarik dan kelakar..

 Bila kursus biasalah dengan tugasan kerja yang diberi dan perlu disiapkan pada masanya. Maka tertonggeng-tonggenglah untuk menyiapakan tugasan sehingga adakalanya sampai 3 pagi. Letih, mengantuk, lapar tapi penuh kegembiraan dengan semangat setia kawan para peserta kursus.

 Adatlah bila letih dan tak cukup tidor beginilah jadinya. Ada ketikanya sampai berbuih-buih

 Semua botak...tapi yang bertopi tu adalah penceramah kami Dr. Wan Sabri Wan Mansor dari UPM Serdang yang mana pengasas kursus seperti ini.

 Latihan memasang khemah dan menyimpan serta pembungkusan barangan dalam bag galas.

 Mempelajari peta topo, kompas dan jarak dilapangan

 Setiap masa setelah disiapkan tugasan kerja, pembetangan setiap peserta diwajibkan. Adakalanya pelbagai gaya dan cerita yang sangat kelakar hingga kekadang tu macam raja lawak pulak.

 Aku pun sama kena buat pembentangan dengan gaya aku sendiri. Nama kumpulan aku Rafflesia yang dipersetujui oleh ahli kumpulan dan agak bertuah sikit disebabkan ahli kumpulan aku ada yang berijazah sarjana muda.

 Semasa pembentangan ada ahli panel penilai dan juri memerhati dan menilai setelah selesai pembetangan. Macam akademik fantasia pulak kadangkalanya.

 Dalam kesibukan, sempat juga kami meraikan harijadi salah seorang peserta dari Terengganu. Namun sebelum sambutan diberi diberikan lakonan Bang Bang Boom terlebeh dulu hinggakan sampai menangis. Hahahahahaha...memang macam-macam bila dah ramai dan sepakat.

 Lawatan kerja luar juga diberikan dalam kawasan Taman Negara dan luar kawasan sekitar Merapoh. Gembira dan menarik program ini untuk semua peserta yang pertamakali ke hutan.




 Agak jauh dan berbukit jugak untuk sampai ke Air Terjun.



 Aku pun pertama kali sampai ke santuari ini dan sangat teruja tengok ikan kelah yang banyak dan besar-besar serta boleh ditangkap dengan tangan. Sayang tak boleh bawak balik...

 Berada dipintu masuk denai mendaki Gunung Tahan

 Dengar taklimat sebelum masuk Gua Jinjang Pelamin di Merapoh. Aku tak dapat ambil gambar dalam gua tersebut sebab kamera aku ada masaalah. Namuan gua tersebut sangat menarik untuk dijelajah dengan kumpulan yang besar sebab besar dan luas.

 Taklimat dan tunjuk ajar mengenal serangga diwaktu malam oleh Tuan Khairul Nizam dari Pusat Biodiversiti Kuala Gandah Lancang Pahang.

 Ginilah bila otai belajar semula dalam kelas. Leka sikit tidor....

 Sepanjang kursus semuanya gembira dan bergurau senda sehingga balik....best giler

 Sempat lagi bergambar dengan pelancong yang mengidap disitu dari Amerika 

Inilah kesemuanya peserta kursus peringkat pantai timur seramai 22 orang yang tamat dengan jayanya selama 17 hari di Taman Negara Sungai Relau Merapoh Pahang. Usia dari 18 tahun yang paling muda dan 58 tahun yang paling lama duduk bersama mengikuti kursus dengan penuh keharmonian dan gembira setiap hari dari tiga kaum. Unitnya peserta kali ini seperti uniknya alam semulajadi....hahahahaha begitulah adanya yang akan menjadi sejarah hidup aku yang tak akan berulang lagi dimasa akan datang. Selamat majujaya semua dan yang belum pernah mengikuti kursus pemandu pelancong ini, cubalah pergi sekali seumur hidup...memang best giler....