MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 18 Ogos 2014

Alhamdulillah...pada 2 Jun 2014 yang lalu aku telah terpilih menerima Sijil Eco-Park Tour Guide dari Dato' Proffesor Dr. Abdul Rahman Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Bermakna aku telah ada dua sijil Tour Guide yang satu lagi yang aku ambil sendiri atas komitmen sendiri dengan pihak Perhilitan iaitu Sijil Pemandu Pelancong Semula Jadi Tahap II.

Dukacita pihak Perhutanan tidak mengiktiraf Sijil Pelancongan Alam Semula Jadi Tahap II yang aku dapat. Namun aku bangga mempunyai dua sijil tersebut dimana Green Badge dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan satu lagi dari jabatan aku sendiri dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pula. Fungsinya dalah sama iaitu membawa pelancong alam semulajadi setempat.

Nombor Green Badge aku TG 12368

Terima kasih.

PARKING DI LATA JARUM

 Kemudahan parking bukanlah satu isu yang besar di Lata Jarum. Masaalah timbul apabila ada pihak yang menjalankan program tidak langsung berbincang dengan pihak pengurusan Lata Jarum yang berpejabat disana. 

Kawasan parking yang ada di Lata Jarum sangat terhad yang mana boleh menampung lebeh kurang 50 kenderaan pada satu masa dengan selesa.
 Ini gambaran susur keluar dari Lata Jarum yang sangat padat dengan kenderaan yang mana di kawasan Lata Jarum telah dipenuhi oleh kenderaan yang begitu padat.

Ini pula gambaran yang paling selesa bagi pemilik kenderaan yang berkunjung bukan waktu puncak atau terdapat program yang kurang oerancangan rapi.

Oleh yang demikian jika ada pihak yang boleh memberi perhatian terhadap masaalah parking tersebut khususnya di Lata Larum boleh menambah ruang sedikit lagi dibahagian bawah kawasan Lata Jarum.

Terima kasih

BERITA TERKINI DARI LATA JARUM

Ogos 18 Isnin - Kedatangan pensyarah Polyteknik Kuantan (Polysas) ke Lata Jarum atas perancangan awal telah menjadi kenyataan. Tujuan kedatangan adalah untuk mengadakan perbincangan dan juga meninjau kawasan untuk perancangan program pihak Polysas yang dijangkakan pada awal September depan.


 Perbincangan bersama Ketua Kampong Pamah Rawas Ulu Dong

Pihak Jabatan Kerja Raya memulakan kerja-kerja menurap premix yang baru di kawasan Lata Jarum serta jalan-jalan yang ada. Pihak Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak yang memberi perhatian mengenai turapan baru tersebut dan pihak JKR Raub diatas kerja-kerja tersebut. Pandangan peribadi aku, jika semua perkara diambil perhatian dan tindakan terhadap Hutan Lipur yang ada, akan memeriahkan lagi tarikan pelancong dalam dan luar. Kemudahan di Hutan Lipur amat daif. Apa pun masih ada pihak boleh menerima segala kedaifan yang ada dengan terus datang mengadakan program dengan bermalam walau pun banyak kekurangan untuk keperluan.

Terima kasih atas kesudian membaca.

ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA / HELLO

Agak lama tak mengeluarkan cerita disini walau pun banyak aktiviti telah disempurnakan. Kepada semua yang pernah singgah di blog ini dan sedang singgah, diucapkan jutaan terima kasih dan singgah lagi.

Pada yang telah singgah dan menghubungi saya, jutaan terima kasih dan boleh menghubungi saya pada bila-bila masa saja bertepatan dengan "We Are The Host"

Yang lebeh mengharukan lagi perasaan dengan penuh gembira pada yang menghubungi dan datang berjumpa dan mengambil package saya yang tak seberapa.

Kesibukan dengan pelbagai perkara menuntut masa yang sangat diperlukan pada waktu kedatangan tuan/puan/

Oleh itu, saya memohon jasa baik semua yang menghubungi, jika kesudian berjumpa dapat membincangkan masa pertemuan. Sebab boleh dikatakan saya menjalankan aktiviti yang saya buat adalah "One Man Show"

Mohon ampun dan maaf kalau saya katakan, kalau nak enjoy betul-betul ke Nature Park, datanglah seorang atau empat orang.

Terima kasih / Thank You

Jumaat, 17 Januari 2014

KEMERIAHAN AKTIVITI DI AIR TERJUN DI ANTARA MAKSIAT DAN PAHALA

Bahaya tapi teruja 


 Menarik perhatian pengunjung tempatan

 Perkhemahan terkini

 Penyelidikan berterusan menyediakan sample herbarium

 Sudah lazim mencari cinta di pusat rekreasi

 Kreativiti berasaskan cabaran

 Memanjat doa di dalam hutan yang sepi dan sunyi

 My friend Subramaniam (madi) at Cameron Highlands doing nature talk

 Tree climbing antara yang digemari pelancong alam rimba

 Flying fox pada yang berani di atas kanopi hutan

 Satu ketika dulu arwah Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh bersama pelajarnya menyelidik

 Jalan-jalan diatas 'board walk' banyak membantu pembelajaran, penyelidikan dan terapi

Hiasan:: This man is very bloody fool did not use the toilet

Pengamalan perubatan secara tradisional seringkali dilihat agak pelek

AKTIVITI MINGGU INI DI LATA JARUM



Sebagai pembuka tirai 2014 setelah semua Hutan Lipur dan Taman Negeri dibawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di tutup dari 28 December 2013 hingga 16 Januari 2014 akan dibuka semula kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti.

17 & 18 hb (Sabtu & Ahad) - Penyelidik Rafflesia dari UKM Bangi yang diketuai olih Profesor Dr. Jumaat Adam dibantu olih Afiq Aizat pembantu penyelidik serta pelajar-pelajar Ph.D.

21 hb Selasa - Kayuhan basikal anjuran Countryview Resort Jeram Besu dari Pekan Dong hingga ke Lata Jarum. Peserta terdiri dari pelancong Singapura dan masyarakat tempatan.

FIRST WEEK FIRST BLOOM 2014


THE ART OF RAFFLESIA AT LATA JARUM



Kebijaksanaan Allaf SWT menjadikan segala yang dikehendakinya dengan segala ciptaanya yang menjadi rahsianya yang tidak dapat diungkap manusia.

WAJAH-WAJAH TAK KU KENALI MUNCUL DI FB AKU





Ramai yang mempunyai akaun facebook dan adakalanya didatangi seseorang yang tidak dikenali. Sudah tentu pertanyaan siapa dan kenapa bermain dikepala hotak. Begitu juga aku seringkali didatangi seseorang yang yang tidak dikenali....tapi aku mengambil sikap terbuka dengan membiarkan saja dan kalau terlalu menggangu sangat baru aku "remove". 

Dunia tampa sempadan dan selaras dengan itu aku pun kena berfikiran positif dalam dunia tampa sempadan juga yang kekadang mengundang kepeningan jugak dibuatnya...hehe

Siapakah gerangannya ini ya....masih aku tertanya-tanya hingga kini

RAFFLESIA DIAMBANG 2014



 Minat dan kesukaan memasuki hutan melihat bunga pakma berkembang mekar bukan saja dilaku keseorangan, malah adakalanya isteri turut serta bersama menjalankan aktiviti ini bila ada kesempatan. Kalau orang lain menghabiskan waktu dengan minatnya pada golf. memancing, berbasikal, motor cross, superbike dan lain-lain lagi yang mana minat tersebut memerlukan kos yang besar....tapi aku cuma kos yang kecil saja...cuma petrol dan makanan ajer....hehe

 Paparan ini sebenarnya mengambarkan ada dua bunga pakma (Rafflesia) berkembang sekali. Yang ini adalah gambaran bunga kedua.

Kadangkalanya rakan-rakan turut serta melihat bunga pakma yang mana masih begitu ramai lagi belum melihat secara dekat bunga tersebut berkembang mekar. Persepsi bunga pakma (Rafflesia) hanya wujud di Sabah masih menebal dikalangan orang ramai. Dan olih itu sudah seperti tugasan pulak memberitahuan orang ramai yang berminat dengan bunga tersebut yang mana banyak tumbuh di serata Semenanjung Malaysia seperti di Pahang, Perak, Kelantan, Trengganu dan Kedah....di negeri-negeri lain belum jumpa lagi atau memang tiada....Wallahu'alam

MELANGKAH 2014


Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi mengurniakan usia pada aku untuk melangkah masuk ke tahun 2014 dan tidak apa yang diketahui apakah pulak yang akan berlaku. Adakah akan berulang perkara-perkara yang lepas atau disebaliknya.

Doa aku supaya ditakdirkan dengan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan seperti cemerlang kesihatan yang paling utamanya dan selebihnya keluarga yang sejahtera serta kaum keluarga sekali. Ini adalah teras kehidupan seseorang yang paling utama sekali. Jika gagal dalam kesihatan, keluarga (yang berkahwin la)...segala kecemerlangan yang lain akan jadi kecelaruan belaka.

Doaku lagi, agar terus melangkah selagi hayat dianugerahkan Allah SWT dalam apa jua perkara dan bidang yang aku suka dan minat. Kalau tak suka dan tak berserta minat, mana mungkin nak jadi cemerlang. Sebabnya dengan perkara dan bidang yang kita minatlah menjadi sesuatu yang terbaik untuk diri, keluarga, kerjaya serta masyarakat keseluruhannya.

Semoga Allah SWT izinkan lagi aku diatas muka buminya dan melakukan yang baik-baik belaka untuk berolih keberkatan dan bekalan ke akhirat kelak....In Shaa Allah

Marilah kita bersama-sama lakukan segala yang terbaik dari yang terbaik....In Shaa Allah Allah SWT permudahkan kita. 

Isnin, 28 Oktober 2013

MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE & SHOWCASE 2013 ( MICCOS )


Pada 24 - 27 Oktober berlansungnya MICCOS dengan bertema "Sustainable Commonity For A Better Tomorrow" dan aku berpeluang menghadiri salah satu seminar yang dianjurkan Malaysia Timber Industry Board (MTIB) bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bertajuk Bamboo : Potential Alternative Resource yang diadakan pada 25 Oktober (Jumaat).

Antara slot seminar tersebut seperti :

Pelan tindakan pembangunan industri buluh di Malaysia - Tn Hj Kamaruzaman (MTIB)
Pengenalan pokok buluh - Prof. Madya Dr. Hj. Azmy Muhamed (UPM)
Prosedur pengeluaran hasil buluh asli - En. Aldrich Richard (JPSM)
Penyelidikan & Inovasi dalam produk berasaskan buluh - Dr. Wan Tarmeze Wan Ariffin (FRIM)
Pembangunan buluh bagi industri pembinaan - En. A. Rahim M. Ismail - Design Principle
Pembangunan buluh bagi industri makanan - En. Norhisham Yusoh (Tunas Budi Sdn. Bhd.)

Secara jujurnya sepanjang aku mengikuti seminar buluh tersebut, tiada yang betul-betul memberikan input yang hebat seperti yang aku harapkan. Apakah penceramah dah tentukan untuk peserta yang hadir secara percuma agaknya. Mungkin kalau berbayar dengan harga yang besar lain input ceramahnya.

Aku tak tahu bagaimana peserta lain rasakan pulak, tapi ada kedengaran beberapa orang tak berpuas hati saja namun redha sajalah.


Negara tertentu telah lama membuat kajian dari sumber buluh dan ada yang membuat kajian mereka bentuk kereta dan sebagainya. Kita sekali tekan butang sekali terangkat. Akhirnya tak kemana. Kemudian tekan butang lagi, begitulah menurut salah seorang penceramah di seminar tersebut.

Apa pun secara positifnya, diharap ada yang berjuang seperti En. A. Rahim M. Ismail yang begitu kreatif menggunakan sumber buluh sebagai teras perniagaan beliau dan dibantu oleh pihak yang sepatutnya memajukan pada tahap yang lebeh berdaya maju agar menjadi teladan pada insan-insan yang lain khususnya di Malaysia yang mempunyai sumber buluh yang kaya dan digunakan secara optima.



FACEBOOK : PERJUANGAN DI DUNIA TAMPA SEMPADAN

Alam dunia tampa sempadan pun mengikut arus perdana. Suatu ketika dulu laman blog menjadi perhatian ramai, namun kini secara perlahan-lahan facebook telah mengambil tempat yang begitu hebat disebabkan ruang berkomunikasi yang lebeh luas dan mudah.

Jika laman web lebeh merupakan paparan maklumat, blog pula paparan maklumat dan komunikasi dan yang lebeh penting percuma.

Facebook antara laman percuma dan mudah untuk dikendalikan secara terus menjadikan Web dan Blog sudah ketinggalan. Namun maseh relevan dari aspek apa pun. Banyak lagi perniagaan yang besar atau yang kecil maseh menggunakan web dan blog untuk pemasaran mereka. Namun dengan arus perdana masakini, facebook adalah makanan rutin masyarakat dunia. Agak-agak dah berbillion orang menggunakan facebook secara akaun individu atau akaun berkongsi.

Suka tak suka dimasakini, para peniaga atau tujuan tersendiri terpaksa mewujudkan web, blog dan facebook serta instagram, twitter dan sebagainya lagi. Oleh itu, bayangkan untuk menggendalikan halaman sebanyak itu memerlukan masa yang banyak untuk updated setiap masa.

Bagi peniaga mungkin tak jadi masaalah, tapi bagaimana individu yang mempunyai halaman yang sebanyak itu untuk menggendalikan setiap masa sedangkan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri lebeh bermakna seperti kerjaya yang memerlukan banyak masa, keluarga yang besar, saudara mara, sahabat handai dan masyarakat..

Sudah tentu individu yang mempunyai halaman yang sebegitu banyak seperti itu mana mungkin dapat menumpukan sepenuhnya. 

Oleh yang demikian, memandailah dengan blog, facebook, email bagi tujuan bertukar maklumat agar masa menghadap komputer, tablet atau apa pun aksesnya dapat dimanimakan agar tidak terbeban secara langsung yang mana mungkin lama kelamaan akan menghadapi masaalah psikologi yang tidak disedari.

Masaalah diri lazimnya tidak disedari kecuali disedari oleh seseorang yang rapat. Sama ada seseorang itu orang yang bijak atau sebaliknya akan menghadapi psikologi jika terlalu lama menghabiskan masa dihadapan komputer atau sebarang akses internet.

Aku banyak membuat pemerhatian setiap masa baik di facebook aku atau diluar. 

Kalau dilihat sebahagian kecil "friends" aku, ada yang sanggup berjaga atau "online" hingga ke subuh bagi tujuan yang tidak diketahui. Yang aku tahu ada yang mempunyai kerjaya dan pelajar universiti. Mungkin yang berkerjaya bertukar-tukar maklumat mengenai kerjaya mereka dan pelajar sudah pasti agaknya lagi banyak perkara yang diperlukan.

Apa pun, bila disemak sedikit di halaman "wall" mereka didapati banyak perkara suka-suka seperti hal remeh temeh, hal kawan-kawan mereka, hal makan minum, hal ahli-ahli keluarga dan paling hebat habis hal ehwal perasaan sampai kedalam kelambu pun nak cerita.

Adakah begitu mudah musuh negara mencari maklumat peribadi penduduk setiap negara melalui facebook dan sebagainya, yang mana sesiapa mengetahui pengkalan facebook di Amerika sebagai negara yang suka menjajah dalam bentuk baru bagi kepentingan ekonomi khususnya.

Positifnya, sesiapa juga boleh jadikan semua halaman dunia tampa sempadan ini sebagai wadah kajian untuk meningkatkan perniagaan bagi kemajuan ekonomi atau kehidupan seharian supaya mengenal apa itu dunia hari ini.

Perlu ingat, setiap kemajuan ada baik dan buruknya. Semuanya terpulang dengan takdir sendiri. Jika rezeki nak dapat keburukan, terimalah dengan redha dan jika kebaikan pula, terimalah dengan Alhamdulillah kerana mungkin disitu Allah letakkan rezeki mu.

Bukan semua orang mendapat manfaat dari internet malah ada yang parah disebabkan ditipu dengan cinta palsu, perniagaan palsu dan pelbagai lagi yang buruk. Bagi yang mendapat ganjaran yang lumayan hingga bergelar jutawan dari facebook dan sebagainya, itu kehendak Allah SWT jua. Namun kekadang biasalah bila orang berjaya dah tentu nak ikut juga. Tapi ramaikah yang berjaya dengan orang yang berjaya dengan facebook ???

Semua orang bijak pandai belaka ketika ini, kalau berniaga senang saja nak tau kehendak pelanggan. Mereka sudah pasti inginkan yang bermutu, harga yang murah, barang yang cantik, layanan yang terbaik dan paling dukanya, nak free....beli satu nak free banyak.

Maka, sebijak mana seseorang itu di facebook atau sebagainya, lakukanlah seperti berjuang dalam medan peperangan yang tidak diketahui dimana hujungnya peperangan itu sama ada beroleh kemenangan atau disebaliknya nanti. Yang pasti semua akan mati dan meninggalkan apa yang diwujudkan untuk mengikut arus dunia masakini.

Selamat berjuang.......

Rabu, 17 Julai 2013

SENARAI SPESIES KAUM PALMACEAE [Jenis-jenis rotan] BHG 3

JENIS-JENIS ROTAN

Merupakan golongan menjalar dan memanjat serta jenis penumpang dari keseluruhan spesies rotan yang terdapat di hutan tropika.

Rotan sega (Calamus caesius)
Tumbuh - kawasan tanah pamah dan bukit bakau
Sifat batang - panjang 
Jumlah serumpun - lebeh kurang 100-150 batang
Panjang ruas - 7-14 inci
Batang - diselaputi kelopak daun yang berduri (kelaziman rotan) lazimnya 6-8 pasang setangkai pada batangnya dan panjangnya lebeh kurang 8 inci. 
Warna daun - hadapan hijau dan sebelah belakang berwarna kelabu

Rotan sega air (Calamus hendersonii; C. riparius)
Serupa spesies rotan sega tetapi belakang daunnya hijau.
Tumbuh - ditepian sungai atau didalam kawasan berpaya

Rotan semambu (Calamus scipionum)
Tumbuh - kawasan pamah dan berpaya 
Batang - agak besar
Sifat - tumbuh serumpun
Panjang ruas - 4 kaki atau lebeh
Daun - pengasuh berwarna hijau serta berduri besar dan tunggal atau bertiga
Warna - kuning
Sifat daun - berpelepah dan panjangnya 1-3 kaki

Rotan seni (Calamus javensis)
Batang - panjang
Tumbuh - kawasan pamah dan lereng bukit
Sifat - tumbuh serumpun 
Panjang ruas - 4-14 inci
Daun - pengasuh berwarna hitam manis serta berduri sedikit dan berpelepah 7-10 pasang setangkai 
Panjang daun - lebeh kurang 10 inci

Rotan batu (Calamus Spathulatus)
Tumbuh - kawasan tanah pamah dan lereng bukit
Serumpun - lebeh kurang 25 batang
Panjang ruas - 7-12 inci
Duri - berwarna hitam hujungnya
Daun - berpelepah 2-5 pasang setangkai
Panjang daun - lebeh kurang 8 inci seperti sudu

Rotan tunggal (Calamus pallidulus)
Jenis rotan besar dan tumbuh tunggal
Tumbuh - kawasan pamah, lereng bukit 
Daun - kecil dan berpelepah 
Panjang daun - tidak lebeh 6 inci
Daun pengasuh - berwarna hijau dan tidak berduri

Rotan lilin (Calamus exilis)
Habitat tumbuh - lereng bukit
Tumbuh serumpun
Daun - pengasuh berwarna kuning-kekuningan serta berduri dan berpelepah lebeh kurang 20 pasang setangkai.

Rotan dahan (Calamus ornatus)
Habitat tumbuh - lazim di hutan tanah pamah
Rotan besar dan bercabang cabang

Rotan manau (Calamus manan)
Rotan batang besar
Habitat tumbuh - kawasan lereng bukit
Batangnya tunggal
Durinya besar dan lazimnya tiga berpasangan
Daun - berpelepah dan panjang lebeh kurang 2 kaki

Rotan air (Calamus aquatilis)
Habitat tumbuhan - ditepi sungai atau kawasan berpaya
Tumbuh serumpun dengan jumlah yang banyak
Panjang ruas - 1-2 kaki
Daun - berpelepah serta berduri dan lebeh kurang 100 pasang setangkai serta panjangnya 1 kaki.



Sumber dari terjemahan Ismail bin Haji Ali 1957
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G. BROWNE 1938