MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Khamis, 21 Januari 2016
Isnin, 4 Januari 2016
KENANGAN BERKURSUS DI ILHAM RESORT PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN 2015
Mula sampai termenung dulu menadap laut....bukan selalu jumpa laut
Lepas mengadap laut, mengadap kolam pulak....macam nak shooting drama pulak
Sahabatku dari Gunung Jerai Kedah....asik nak makan jer kerjanya
Sambil dengar taklimat sambil shooting....apa pun semua faham dan dengar semua yang disampaikan pengurus eagle range
Sambil dibawa melawat sekitar eagle range olih pihak pengurusan sempat lagi shooting drama yang tak berskrip
Kononnya nak bukti sampai sini.....tutuh lagi satu shoot
Sahabatku dari Gua Kelam Perlis.....interpretor termashur di Perlis. Satu satunya interpretor perhutanan ada sayap air force malaysia....
Eagle Range berasaskan pekan cowboy dari amerika....
Dah nampak tajuk kursus apa aku ikuti kan....inilah barisan interpretor Eko-Park & Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Sebelum balik selfie dulu sebagai kenangan yang tak berulang lagi....
SEDIKIT ASAS INFO GUNUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pemandangan dari jalan ke hutan lipur Lata Berenbun Sungai Chalit Raub Pahang.
Jauh kelihatan berwarna putih tersebut adalah empangan air Lembah Klau yang mana
nanti dirancang sebagai pusat pelancongan yang mempunyai tarikannya tersendiri.
Pemandangan dari jalan mula memasuki Hutan Lipur Lata Berembun Sungai Chalit Raub
yang begitu indah jika cuaca panas. Kelihatan Bukit Agung dan kebun penduduk perkampungan Sungai Chalit.
Selasa, 9 Jun 2015
AKU DAN EKO-PARK
Setiap pagi selepas subuh aku meredah kabus ke tempat kerja
Bila tiba ke tempat kerjaku, aliran air yang jernih menyambutku
Desiran air tiada jemu "menyanyikan" lagu untuk ku sepanjang masa
Nyanyian air ini juga jadi terapiku sepanjang masa
Segala yang bersarang di mindaku, terlerai dengan lagu dendangannya
Bila membasahku, tubuhku segar diberikan semangat baru setiapku selami
Bila ilham mendatang, ku berlari masuk ke bilik ini menulis
Bila kepanasan, kelenguhan, kebosanan, kesepian.....aku terjun sekian kalinya
Anak-anak kampung sentiasa menemaniku disini memecah sunyi
Bila kesejukan, aku duduk diatas batu memandang indahnya seni khazanah
Kepelbagaian seni ada disini
Mengubat hati yang sepi
Bila turunnya hujan, warnanya coklat adunan khazanah tak ternilai
Terjunnya bagai gendang dipalu, mendendang irama tampa bertema
Fitrah alam umpama insan, yang hidup pastinya mati
Iklim micro kulat bersemai
Akar umbi kekuatan umat
Jika takutkan pohon, jangan berpejabat ditepi hutan
Jika takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai
Jika bertaut gundah gulana, aku lambaikan tangan
Jika tak takut, datang kesini kita masuk hutan
Bila senja mengamit, aku pun pulang
LAWATAN BIODIVERSITI DARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG
Pada 23 Mei 2015 Sabtu seramai 28 siswa siswi UPM dipimpin olih Prof. Madya Latifah Abd Manaf dan dibantu En. Farhan mengadakan lawatan ke Hutan Lipur Lata Jarum untuk menjalankan expidisi biodiversiti. Ketibaan disambut olih kakitangan jabatan perhutanan daerah Raub di ketuai olih Renjer Najid Shauqi (Pejabat Renjer Hutan Raub) dan Renjer Mokhtar (Pejabat Silvikulture Pahang Barat Raub).
Setelah menyambut ketibaan, diberikan taklimat olih Renjer Najid Shauqi.
Setelah diberikan taklimat sesi bergambar diadakan sebagai kenangan.
XPDC terus dijalankan dimulai dengan bacaan doa selamat olih siswa UPM.
Jurupandu XPDC dari jabatan perhutanan olih aku sendiri dengan memberi sedikit pengisian sepanjang denai yang dilalui.
Pengisian seperti mengenal beberapa spesis secara asas seperti mengenal spesis tualang (koompassia excelsa)
Tampa dijangka, dipenghujung denai ditemui bunga pakma berkembang yang mana memberi keterujaan pada peserta XPDC yang memang ingin melihat secara dekat bunga terbesar di dunia tersebut berkembang.
XPDC biodiversiti tamat dan berlepas pulang ke UPM Serdang jam 5 petang. Moga semuanya mendapat sedikit manfaat dan kepuasan hati dengan XPDC tersebut dan harapan kalian semua datang lagi. Jutaan terima kasih diucapkan memilih Lata Jarum. Segala kelemahan dari aku, dan segala yang baik dari Allah SWT..
ASSALAMUALAIKUM.
Langgan:
Catatan (Atom)