MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Isnin, 22 Jun 2009
JERIAU BUKIT FRASER
Semasa peserta mengintai burung sedang bermula, aku bersama student UKM yang di ketuai oleh Prof. Dr. Jumaat Adam meredah denai di Bukit Jeriau hingga ke petang. Dengan ketinggian 1256 meter a.p.l kami bersantai melihat pemandangan yang begitu indah sekali. Di samping itu kami menggeledah kiri kanan denai mencari speseis yang baru untuk bahan penyelidikan.
Semasa kami berada di puncak permatang bukit Jeriau, kami di timpa hujan lebat. Dengan keadaan basah kuyup kami meneruskan penerokaan denai untuk mencari bahan-bahan penyelidikan yang terbaru. Kami meneroka denai baru dengan menuruni jejari permatang hingga ke Hutan Lipur Jeriau. Kami tiba dengan keadaan basah kuyup berserta peralatan yang dibawa. Setibanya kami, sekumpulan wartawan menemuramah Prof. Dr. Jumaat Adam dengan soalan-soalan berasaskan alam sekitar. Huh, hebat juga kumpulan kami, hingga mendapat perhatian pihak wartawan dan orang ramai yang kebetulan ramai berada di situ berserta kumpulan mengintai burung. Kalau nak tau, kami lagi banyak bertemu burung-burung di puncak permatang bukit Jeriau. Sayang sekali kami tiada kamera yang mahal-mahal yang berkeupayaan tinggi untuk mengambil gambar burung yang sungguh cantik di puncak bukit Jeriau. Kami hanya mampu mengambil gambar bunga yang di atas tanah aje.
MENGINTAI BURUNG DI BUKIT FRASER
Pada 20 hingga 21 baru-baru ini Bukit Fraser telah mengadakan pertandingan mengintai burung. Pagi-pagi masa pendaftaran peserta di hadapan Puncak Inn di lihat peserta mengintai burung begitu sibuk sekali di meja urusetia. Kelihatan pelbagai peserta dari dalam dan luar negara berada di situ.
Kali ini rasanya sambutan begitu kurang sekali berbanding dengan masa yang lepas. Di mana silapnya tidaklah di ketahui. Namun pertandingan mengintai burung tetap berjalan langsung seperti di jadualkan oleh pihak penganjur.
Pihak peserta yang mengambil bahagian pameran juga berkurangan sekali. Seperti kelazimannya pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selalu berada mengadakan pameran di masa begitu, namun kali ini tiada mengambil bahagian. Mengapa begitu. Entah
lah, tiada diketahui mengapa jadi begitu.
Isnin, 8 Jun 2009
PERTUKARAN
Beberapa hari ini mendapat berita yang tiada siapa dapat mengesahkan bahwa ramai kakitangan jabatan perhutanan akan bertukar. Salah seorang daripadanya pegawai hutan daerah raub. Ada yang mengatakan akan bertukar ke ibu pejabat kuala lumpur. Siapakah akan mengantikan tempat beliau. Kalaulah betul berita ini, diharap siapa yang akan mengantikannya dapat menyokong penuh secara berterusan mempertingkatkan kawasan hutan lipur daerah raub khususnya Lata Jarum, Rafflesiaku yang disayangi.
PEMBERITAHUAN
Untuk makluman, dukacitanya Rafflesia tiada berkembang untuk jangka masa yang agak lama. Mungkin dalam masa dua bulan ke tiga bulan ini akan ada berkembang pula. Semua Rafflesia yang ada sejumlah 22 biji masih proses membesar. Yang paling besar dalam jangkaan 8 hingga 10 bulan. Untuk berkembang sesebuah Rafflesia mengambil masa satu tahun tiga hingga lima bulan. Rafflesia banyak bergantung kepada faktor cuaca. Ia memerlukan cuaca yang lembab dan sejuk. Parasit ini amat cantik jika dikawasan yang lembab tapi memerlukan juga sedikit cahaya. Jika terkena banyak pancaran cahaya matahari, ia tidak berkembang dengan sempurna. So, tunggulah seketika dan akan diberitahu apabila ada yang kembang kelak. Sabar....
Langgan:
Catatan (Atom)
