MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Khamis, 26 November 2009
GAMBAR GAMBAR EKSPEDISI
EKSPEDISI LATA JARUM 2009 SUKSES
Pada 16 hingga 21 November 2009 baru baru ini, ekspedisi Lata Jarum berjalan lancar dengan penuh cemerlang walau pun beberapa masaalah dihadapi.
Selasa, 10 November 2009
INILAH RAFFLESIA JANTAN
Bunga Rafflesia ni pun ada jantan betina. Memang gitulah kejadian ALLAH s.w.t Rupa rupanya yang jantan ada telur jugak. Tapi telor dia banyak sangat. Puas nak kira....dan lagi satu disekeliling telur dia ada bulu bulu warna perang. Kalau betina pulak, licin aje. So, nak tengok dari dekat marilah ke Lata Jarum. Minggu Ekspedisi ni ada satu akan kembang mekar.KAKITANGAN UKM DAH TIBA BERKAMPUNG DI LATA JARUM
Makanya, sebilangan orang kuat UKM dah sampai berkampung di Lata Jarum dengan berlori lori barang peralatan diangkutnya. Yang peliknya ada bawak motor sekali. Huh, nak main motor cross kat Rafflesia gamaknya. Yang bagusnya perempuan yang bawak tu...Emm boleh lah aku tenggek sekaki. Lupa pulak nak ambik gambar tadi. Dia orang sampai jam 5.00 petang waktu Malaysia.
Malang pulak, api letrik blackout. Tapi jam 10 dah okay. apa lagi, karaoke lah......
Malang pulak, api letrik blackout. Tapi jam 10 dah okay. apa lagi, karaoke lah......
EKSPEDISI LATA JARUM 2009
Pada 16 hingga 21 November 2009 bersamaan hari Isnin hingga Sabtu satu Ekspedisi Saintifik akan diadakan di Lata Jarum Ulu Dong Raub Pahang Darul Makmur. Sepanjang Ekspedisi selama 6 hari tersebut para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain institiut pengajian tinggi yang menyertai akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang masing masing.
Ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta lain-lain agensi kerajaan adalah julung julung kalinya diadakan di kawasan Lata Jarum Ulu Dong Raub.
Pada masa yang sama diminggu tersebut, Malaysian Createaria & Indicator MC&I akan mengadakan lawatan ke Lata Jarum. MC&I adalah satu badan NGO yang membuat lawatan pemeriksaan tatakerja Jabatan Perhutanan diseluruh Semenanjung Malaysia. Pegawai pegawai MC&I dijangkakan akan mengadakan lawatan pada 18 November bersamaan hari rabu. Jika pemeriksaan MC&I ini mendapati tatakerja yang dilakukan Jabatan Perhutanan mengikut prosedur yang ditetapkan, pengikirafan akan diberikan dan bolehlah dapat ISO beribu ribu. Oleh itu cemerlanglah, kalau tidak.... lu pikirlah sendiri....
Pada 21 November hari Sabtu satu lawatan Diraja iaitu KDYMM Sultan Pahang akan melawat daerah Raub pulak. Maka sibuklah rakyat jelata meraikan lawatan tersebut.
Lepas tu cuti sekolah pun bermula....haa....nak gi mana ya....ahh duduk rumah lagi baik...

Isnin, 2 November 2009
KULAT YANG TIDAK DIHARGAI
"BADANG" DI LATA JARUM ???
Selasa, 27 Oktober 2009
LATA JARUM ASHIK HUJAN AJE

Inilah gambaran kawasan air terjun Lata Jarum tempat sesiapa datang untuk mandi manda, apabila hujan lebat, macam inilah hebatnya kuasa air kat Lata Jarum. Oleh itu sesiapa nak mandi juga, bawak bawaklah bertaubat nasuha. Keadaan dalam gambar ni tak berubah bila airnya pasang, warnanya coklat. Kata orang kampung warna air akar kayu. Kalau ya, apa lagi mari lah kita minum air tongkat ali Lata Jarum, Percuma. TAPI,... rasanya pak ali ada tertinggal seluar dalam kat ulu sungai masa dia mandi baru baru ni. Haa... lagi power. Tongkat Ali + Seluar Dalam Ali....
DIFINISI DAN EVOLUSI EKOPELANCONGAN
Pada dasarnya, dititik beratkan dua ciri utama :-
- pendidikan alam sekitar
- pemuliharaan
Telah dibincangkan di Venezuela 1992, Kongres Eko-pelancongan.
- impak pada penduduk berhampiran.
- peka pada persekitaran hutan asli yang bercirikan kebudayaan dan isu alam sekitar.
- kecekapan pengurusan kawasan dan kerjasama penduduk berhampiran.
- memaksimakan penglibatan penduduk setempat bagi jangkamasa yang panjang terutama dalam proses menentukan jenis dan tahap pelancongan yang boleh diterima.
- memberi impak ekonomi pada penduduk setempat tampa meninggalkan amalan tradisional seperti berkebun, menangkap ikan, serta sistem sosial, dan
- memberi peluang pada penduduk setempat menggunakan sumber sumber semulajadi serta mempelajari dengan lebeh mendalam mengenai alam semulajadi supaya boleh menarik pelawat.
Konsep eko-pelancongan perlu diberi kesedaran bahawa aktiviti pelancongan massa boleh memberi impak pencemaran dan menjejaskan kualiti alam sekitar.Beberapa aspek secara evolusi eko-pelancongan :-
- Peningkatan permintaan rekreasi dan aktiviti dengan keupayaan kuasa beli yang baik. Minat pada suasana "sunyi" semakin membara dan sistem pengangkutan yang semakin baik. Faktor faktor ini lah daya pengalak pada aktiviti berasaskan alam semula jadi.
- Pengetahuan mengenai alam sekitar melalui pelbagai rangkaian media dan pengalaman individu terhadap perkembangan cuaca, pembangunan tidak mampan, tragedi dari pembangunan tanah tinggi, peningkatan penggunaan herba untuk kesihatan, kempen kempen hutan sebagai terapi oleh pengkaji luar dan tempatan membawa keinginan orang ramai untuk mengalaminya sendiri.
- Maklum balas kesan kesan negatif pelancongan massa dengan kumpulan yang besar telah memberi impak negatif pada alam sekitar.
Pelbagai contoh kesan pencemaran boleh dilihat yang mendatangkan kemudaratan pada manusia masa kini terlalu banyak untuk disentuh. Nak cerita jenuh pulak nak baca kan. Silap gaya ada yang marah marah pulak.
Oleh itu, orang ramai menjadi peka dengan dibantu oleh penyelidik penyelidik yang berwibawa secara terperinci sahaja yang mampu menyelamatkan pelbagai spesies flora dan fauna daripada terancam kepupusan dari habitat asalnya. Harap harap gitulah. Jangan kaji jadi kanji udah le...
PEMULIHARAAN SUMBER-SUMBER HUTAN
Macam mana nak tolong ???... Senang aje. Kalau pergi mana mana hutan lipur atau masuk hutan, tolonglah bawa sampah balik keluar. Nak kencing berak, gunakan tandas tersedia. Jangan buat bising kerana menganggu orang lain. KERJASAMA TUAN TUAN AMAT DIHARGAI DAN TERPUJI, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP TUAN TUAN.
KEPENTINGAN PEMULIHARAAN HUTAN LIPUR LATA JARUM
Dengan timbulnya kesedaran kepentingan hutan dengan pelbagai kepentingan, kini kawasan hutan asli menjadi tumpuan pelbagai pihak. Biar saya andaikan mungkin peningkatan urbanisasi dan gaya hidup yang menyebabkan ketegangan, ada insan insan yang ingin kembali pada unsur unsur asas. Asas hutan adalah tanah, dari asas tersebut segala galanya wujud yang disebut tumbuhan. Ringkasnya, secara umum tumbuhan dipecahkan pada pelbagai sudut ilmiah. Secara ilmiahnya hutan mengandungi air, batu, pokok, udara segar, haiwan, makhluk halus, bunga dan macam macam lagi.
Motivasinya, sudah ada ramai insan mencari cari tempat "bersunyi", mengalami ciri ciri kembara serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Kelazimannya kita melihat secara kasar, ramai ke hutan menikmati suasana persekitaran yang berhutan dengan udaranya yang segar lagi nyaman, air terjun yang dingin dengan harapan meningkatkan daya diri yang tinggi.
Dengan peningkatan pengunjung di sesuatu hutan lipur, boleh mendatangkan impak negatif terhadap ekosistem hutan. Mengapa saya kata begitu, bukan semua pengunjung yang datang mempunyai sikap yang terpuji, memang ada yang keji. Pembuangan sampah berasaskan plastik begitu teruk sekali. Baik diatas darat atau kedalam sungai. Yang paling terkutuknya membuang botol kedalam sungai yang memudaratkan pengunjung lain. Hampir enam guni saya mengutip botol baik yang elok atau yang sudah pecah didalam kawasan hutan lipur lata jarum. Yang kelakarnya bila tiada penyengaraan dibuat, pandai pulak komplen sana sini sampai dalam media.

Isnin, 26 Oktober 2009
MENGENAL RAFFLESIA JANTAN BETINA
sesuatu mengenai bunga pakma pada Dato Hj. Shafiq Fauzan semasa
mengadakan lawatan ringkas ke Lata Jarum Hulu Dong Raub Phg.
ringkas ke Lata Jarum.
LATA JARUM AKAN NAIK TARAF
membincangkan sesuatu bersama Pegawai Hutan Daerah
Raub & Cameron Highlands Tuan Hj. Zulkfakar (kemeja putih)
serta Prof. Dr. Jumaat Adam (T-shirt hitam) dari UKM Bangi
ketika berada dikawasan Bunga Pakma Lata Jarum baru baru
ini.
Pahang ke Lata Jarum menjalankan kerja-kerja kajian
untuk menaik tarafkan pembangunan sedia ada diseluruh
kawasan Hutan Lipur Lata Jarum. Turut serta meraikan
Unit Jurutera Pegawai Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands
Tuan Hj. Zulkfakar. (kemeja putih) serta Renjer Hutan Tingkatan
Kanan Najib Shauqi.(Uniform Jab. Hutan)
Langgan:
Catatan (Atom)