MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Isnin, 19 Julai 2010
PROGRAM DI LATA LARUM
Untuk makluman pada yang berminat mengadakan program di Lata Jarum di mohon dengan jasa baiknya menghubungi Lata Jarum untuk tujuan tersebut disebabkan setiap hujung minggu kini dipenuhi tempahan pelbagai pihak untuk menganjurkan program. Ini supaya dapat mengelakan berlaku program berlapis yang mana kemudahan disini amat terhad. Untuk itu juga dimaklumkan bahawa walau pun program telah mendapat kelulusan dari pihak jabatan perhutanan, kawasan hutan lipur Lata Jarum tidak akan ditutup pada orang ramai untuk berekreasi. Namun begitu pihak jabatan perhutanan akan melakukan pemantauan supaya program yang diadakan tidak diganggu. Kawasan hutan lipur Lata Jarum amat sesuai sekali untuk program yang disertai oleh kumpulan yang kecil umpamanya 50 orang supaya mendapat keselesaan yang sebaik mungkin. Namun begitu, jumlah yang sebegitu besar seperti 200 orang mungkin tidak selesa bagi peserta yang mengikuti program disebabkan kemudahan yang begitu terhad.
Terperuk di Lata Jarum sekian lama, sekali sekala nak juga tengok-tengok bandar. Kalau kat Lata Jarum dikelilingi hutan kayu, kat bandar dikelilingi hutan batu pulak. Bezanya hutan batu ni panas lah sikit dan kadang-kadang banyak panas Oooo.... kat hutan kayu tak de lah gitu. Cool aje. Namun begitu ada juga tempat yang sejuk kat hutan batu ni. Tempat ada "air-cond" la. So, sambil-sambil ubah angin tu dapat lah aku cari idea untuk menambah baikan kerja aku kat Lata Jarum tu. Bukan saja untuk itu, dapat juga lah bawak famili riadah sekali. Jadinya, sambil makan angin, dapat belajar, riadah sama famili, ziarah sedara, buka fikiran dan macam-macam lagi. Jangan bukak seluar udah le. Dalam hutan tak pa le.. monyet tak kisah....
PUSAT PENYELIDIKAN UKM BUKIT FRASER
Pada bulan Jun yang lepas aku berpeluang mengikuti satu lawatan yang dianjurkan pihak Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia di tapak pusat penyelidikan UKM Jeriau Bukit Fraser yang mana menerima lawatan sepuluh pakar penyelidik dari institiut penyelidikan Universiti Amerika Syarikat. Lawatan tersebut apa yang difaham oleh pegawai UKM pada aku yang tak berapa faham ini, merupakan satu lawatan tinjauan untuk menjalin usahasama penyelidikan bersama UKM dimasa akan datang dan berkemungkinan Bukit Fraser akan dijadikan salah satu kawasan penyelidikan berskala tinggi bagi kawasan tanah tinggi khususnya di semenanjung Malaysia. Jika segalanya menjadi kenyataan nanti, Bukit Fraser akan menjadi satu kawasan penyelidikan yang bernilai tinggi, bukan saja pada penyelidikan namun boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan saintifik lebeh pada eko-pelancongan. Harap-harap betul lah apa aku tulis ni. Kalau tak betul orang UKM komen lah. Boleh rubber balik...
BUKIT FRASER 2010
Bukit Fraser sebahagian dari daerah Raub Pahang Darul Makmur. Kawasan ini tidak lebeh dari tempat peranginan yang popular bukan saja bagi negeri Pahang tapi juga bagi semenanjung Malaysia. Kini setelah dinaik taraf pada semua bahagian pembangunan sedia ada telah merubah sedikit wajah little england ni. Bagaimana pun tiada pembangunan baru dilakukan dikawasan Bukit Fraser ini yang mana permukaan muka buminya yang sangat berbukit-bukit telah mengoptimumkan sebarang pembangunan yang baru. Malah dimasa ini, sudah terdapat banyak runtuhan disana sini dipersekitaran kawasan ini yang mana menunjukan bumi telah semakin tua dan sudah menjadi fenomena dunia. Tidak dapat tidak perkara tersebut perlu diakui pelbagai pihak. Apa pun, Bukit Fraser akan terus kekal seperti sedia ada yang dikelilingi oleh hutan yang asli yang akan menjadi "trade mark" sehingga bila-bila. Mungkin Bukit Fraser dimasa ini tidak menguntungkan bagi pihak tertentu, namun siapa tahu dimasa akan mendatang, bila kawasan berhutan sudah hampir tiada, akan menjadi kawasan yang bernilai tinggi untuk dilawati. Apakah mungkin sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Mungkin dijangka masa itu, itu melawati Bukit Fraser yang dikelilingi hutan asli anda terpaksa membayar RM 200 untuk sekali masuk dan untuk bermalam bagi semalaman anda terpaksa membayar RM 1,000 untuk sekadar menikmati udara hutan yang masih ada mungkinnya.
Khamis, 24 Jun 2010
KAJIAN SERANGGA RANTING
Dari 21 June 2010 yang lalu dua pelajar dari California Universiti Amerika tiba bersama Dr. Fadzli pensyarah UKM Bangi untuk menjalankan kajian serangga ranting yang mana kajian tersebut banyak dilakukan diwaktu malam disebabkan mudah mengesan serangga tersebut kerana diwaktu malam serangga tersebut bergerak dan diwaktu siang hari serangga tersebut melakukan penyamaran seperti ranting kayu. Kajian Ph.D pelajar tersebut di Lata Jarum berakhir pada 27 June 2010.
Rabu, 9 Jun 2010
TERIMA KASIH EN. KAMARUDDIN
Empat keluarga dari Kelang Selangor telah mengadakan kem perkhemahan 3 hari 2 malam baru baru ini yang diketuai oleh En. Kamaruddin sangat terpuji kerana bukan saja membawa ahli keluarga beriadah bersama-sama tapi disamping itu memupuk semangat mencintai alam sekitar serta kebersihan dengan mengadakan gotong royong sebelum meninggalkan Lata Jarum. Syabas dan jutaan terima kasih En. Kamaruddin sekeluarga diatas budi baik yang tidak terhingga oleh pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum. Diharap saya akan berjumpa lagi keluarga yang beraktiviti di Lata Jarum akan datang. Pihak pengurusan Lata Jarum bagi pihak Pejabat Hutan Daerah Raub mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih dan segala komen komen ahli-ahli keluarga En. Kamarudin akan diberi perhatian sewajarnya.
Tapak perkhemahan En. Kamaruddin serta ahli keluarga beliau di kawasan air terjun Lata Jarum.
TV 3 DI LATA JARUM
Santai selepas meninjau Lata Jarum sambil mengadakan perbincangan bersama Profesor Dr. Jumaat Adam dan Pensyarah Institiut Perguruan Teknik Cheras En. Syabil yang secara kebetulan sedang mengadakan program perwakilan pelajar beliau di Lata Jarum 3 hari 2 malam.
Wartawan TV3 sedang menemuramah Profesor Dr. Jumaat Adam dari UKM Bangi mengenai peranan beliau di kawasan hutan Lata Jarum serta pelajar-pelajar beliau yang giat menjalankan penyelidikan.
JEJAKA JELITA DARI TEMERLOH PAHANG BERKHEMAH
Sekempulan jejaka dari Temerloh mengadakan aktiviti perkhemahan di Lata Jarum semalaman. Pujian untuk mereka dengan aktiviti yang sebegini dapat mewujudkan siratulrahim antara mereka dan memberi contoh pada pemuda yang lain dengan aktiviti yang sihat. Datang lagi ke Lata Jarum. Sapa nak berkenalan dengan mereka ni tak de pulak meninggalkan alamat. Harap mereka masukkan kat ruangan komen kat bawah ni.
AKTIVITI PERWAKILAN PELAJAR INSTITIUT PERGURUAN TEKNIK CHERAS DI LATA JARUM
Kenangan Perwakilan Pelajar Institiut Perguruan Teknik Cheras bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Teknik Cik Hajah Rosnah selepas majlis penutup program.
Aktiviti semasa program
Ahad, 25 April 2010
UiTM DI PUSAT PENYELIDIKAN UKM JERIAU BUKIT FRASER
BUKIT FRASER-Sabtu 24 April baru baru ini 50 pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan UKM Jeriau berhampiran kawasan Hutan Lipur Jeriau. Pelajar di iringi oeleh 2 orang pensyarah iaitu Dr. Siva dan Puan. Anita. Ketibaan disambut oleh penyelaras pusat tersebut dengan didahului jamuan makan di gerai Mak Joyah yang terletak di kawasan gerai baru berhampiran klinik desa Bukit Fraser. Seterusnya diberikan taklimat ringkas dan dibawa ke denai hutan menuju puncak Jeriau. Turut serta Pengawas Hutan dari Jabatan Perhutanan Daerah Raub membantu pegawai penyelaras UKM memberi penerangan serta membantu pelajar membuat pengecaman pokok serta herba. Lawatan ditamatkan lebeh kurang jam 5.00 petang dengan hidangan minum petang. Semua pelajar berlepas balik turun ke Gap jam 6.00 petang. Menurut Puan Anita, lokasi adalah pilihan pelajar UiTM sendiri dan pihak pengurusan UiTM hanya menguruskan saja. Para pelajar tersebut dijangkan akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland pada tahun hadapan. Apa pun Insha'allah kami akan datang lagi ke Pusat Penyelidikan UKM Jeriau Bukit Fraser ujar Puan Anita pensyarah UiTM yang turut mengiringi pelajar.
Jumaat, 16 April 2010
Ahad, 11 April 2010
TERKINI
Kerja-kerja naik taraf telah pun selesai di Lata Jarum. Bagaimana pun penyerahan kunci bangunan belum di buat lagi oleh pihak kontraktor pada pihak Jabatan Perhutanan.
Pihak Kementerian Pelancongan Malaysia pula telah meletakan papan tanda besar di sepanjang jalan besar dari Raub hingga ke Benta.
Pengunjung tempatan dan luar negara telah mula meningkat ke Lata Jarum. Pelajar-pelajar dari IPT tempatan pun telah menunjukkan minat ke Lata Jarum dan kawasan hutan persekitarannya untuk menjalankan kajian yang pelbagai. Yang terkini dari Universiti Putra Malaysia datang meninjau untuk kajian orkid.
Aku sangat bangga dapat menaikkan semula nama Lata Jarum setelah 8 tahun terbiar sepi dan usang tampa perhatian yang khusus.
Kini setelah di naik taraf semula diharap Lata Jarum menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar. Namun masaalah lama tak akan selesai seperti pencemaran sampah sarap.
Jika ada sesiapa mempunyai idea bagaimana untuk mengurangkan pencemaran sampah sarap diharap dapat memberi komen disini dengan kadar segera.
Perhatian terhadap sampah sarap yang begitu banyak boleh menjejaskan persekitaran Lata Jarum serta habitat asli persekitaran hutan yang sedia ada.
Rabu, 24 Mac 2010
KERJA-KERJA NAIK TARAF LATA JARUM HAMPIR SELESAI
Salah satu bangunan yang telah siap dinaik taraf serta kawasan letak kenderaan yang baik. Bangunan ini adalah dewan serba guna yang boleh menjalankan aktiviti seperti kursus, taklimat, karaoke, mini seminar, majlis jamuan, suai kenal serta penginapan. Bangunan ini amat selesa untuk 50 orang pada satu masa bagi menjalankan apa jua aktiviti nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)
















