MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 12 Ogos 2010

WAJAH STUDENT UMT TERENGGANU


Sebelum balik ke Terengganu, sempat posing untuk kenangan di Lata Jarum. Rasa-rasa nak datang lagi ke....Aku cuma nak komen....dari dulu aku jaga Lata Jarum dah hampir 3 tahun ....kalau datang student tak kira dari mana....cuma nak tanya....yang LELAKI dah hampir pupus ke....

WAJAH LATA JARUM


Ini bukanlah kali pertama pelacong dari Rusia singgah di Lata Jarum. Selalunya dibawa oleh pemandu pelancong tempatan yang bertauliah dengan Kementerian Pelancongan dan kebanyakannya tidak bertauliah. Jadinya, apabila yang dibawa oleh pemandu pelancongan yang tidak bertauliah ini, banyak maklumat yang tidak tepat diperolehi pelancong luar. Ada kalanya, pemandu pelancong yang tidak bertauliah terlampau kelentong sangat, umpamanya apa yang saya lihat dan dengar sendiri penerangan yang diberikan melalut lalut hinggakan aku nak mendengarnya berguling-guling suka. Ada ke patut pokok Mersawa yang berdiameter 65 cm perpang paras dada kat Lata Jarum tu yang terbesar di Asia Tenggara. Ada pula kata air sungai kat Lata Jarum tu yang tersejuk di dunia. Apa la gitu....aku dengar pun lari...malu...Cam mana pulak dia orang crita pasal binatang liar...agaknya tentu ada crita gajah pun ada kat situ...yang paling ngeri kalau pemandu pelancong ada cerita dinosaur pun ada kat Lata Jarum...lagi haru. Oleh yang demikian pegawai-pegawai kat Kementerian Pelancongan tengok-tengoklah sikit akan perkara ini. Kalau banyak sangat maklumat yang tak betul, sekali aje lah pelancong ni datang...Kebanyakan pelancong yang datang, apa yang pernah aku kenal bukan yang berkerjaya biasa. Profesor, saintis, Doktor, Jurutera, Diplomat dan pelbagai profesional lagi. Sekali sekala tu ada la yang biasa, itu pun student yang bercuti. Mana ada mat rempit sangat yang datang. Oh ya, kat negara luar mana ada mat rempit. Patut le kat Lata Jarum pelancong tercegang-cegang tengok mat rempit beraksi dan lintang pukang bila Polis datang memburu bersama anggota RELA. Ini pun satu hal kat mana-mana pusat rekreasi,..banyak mat rempit tunjuk aksi free...

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

8 Ogos Ahad tiba-tiba sampai konvoi kereta yang di iringi oleh polis. "Siapa plak ya" sedang aku rancak bersembang-sembang dengan student UMT. Rupanya Dato Hasan Timb. Men. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah serta ADUN Dong Dato' Sahariruddin...Apa pun, ini adalah lawatan kerja dan seperti biasa taklimat diberikan dan membawa melihat persekitaran apa yang ada dan apa yang kurang...Memang  Lata Jarum memerlukan pelbagai kemudahan lagi..Segalanya nampak okay....tapi dalamnya kosong....Kata Dato'...nanti kita tengok macam mana...

Sebenarnya, Dato' Hasan nak merasmikan Homestay Pelancongan Pulau Chekas tak berapa jauh dari Lata Jarum. So...sambil-sambil tu jalanlah tengok apa yang ada kat mana-mana sementara menanti majlis yang nak dirasmikan dipenuhi oleh orang kampung. Hai...makan free pun susah nak datang jugak ya...

Ahad, 8 Ogos 2010

DUKACITA RAFFLESIA TIADA YANG KEMBANG

7 Ogos hari kedua pelajar UMT Trengganu di Lata Jarum berkesempatan meredah denai sehingga ke kawasan bunga pakma (Rafflesia) sejauh 1.5 Km. Mereka sangat dukacita tiada didapati bunga berkembang seperti yang diharapkan. Mengikut pengiraan saya, bunga yang dipegang tu dijangkakan akan berkembang penuh pada minggu ini,..so tengok yang pegang tu aje le kembang...keh keh keh ( budak pecah panggung ).

PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pada 6-8 Ogos sejumlah pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu menggadakan aktiviti luar mereka bagi menjayakan program Sekreteriat Rukun Negara Lead 2, Mahasiswa-siswi ini sampai ke Lata Jarum lebeh kurang jam 6.00 petang dalam keadaan kepenatan berada dalam bas selama hampir 10 jam. Amboi jauh nya. Menurut pengarah program SRN Cik Nabila, mereka berlepas dari UMT jam 8.00 pagi mengikuti jalan Kemaman Gambang dan terus ke Bentong. Bagaimana pun tiadalah sesat barat kerana ada peserta program tersebut dari daerah Raub.

Dalam Kepenatan sampai, mereka terpaksa memasak pula dan baru dapat makan jam 9.30 malam dan terus memulakan agenda program sehingga 12.00 tgh malam. Lepas didapati semua mereka masuk tidor dengan pengsan sama sekali. Peserta lelaki menginap berasingan dgn pompuan dan ditidorkan dalam dewan serbaguna. Yang pompuan aje kat rumah pelawat.

Rabu, 28 Julai 2010

WAJAH LATA JARUM


Bangunan surau yang baru dinaik taraf untuk kemudahan pengunjung beribadat. Surau ni sentiasa menerima sumbangan orang ramai.

TAN SIEW PING DATANG LAGI SABTU NI..



Nama ni dah regular sangat kat Lata Jarum. Pelajar ni akan menghabiskan kajianya selama 2 tahun dalam hutan persekitaran Lata Jarum berkaitan kajian serangga di kawasan bunga pakma. Saban masa beliau datang dan balik ke UKM untuk kajian  tersebut. Turut menyertainya dua pelajar under grade selama setahun bersama beliau  bergelumang dgn pacat menghabiskan kajian disana.

NABILA NAK DATANG


Nabila bukanlah spesies rama-rama ataupun gorilla hutan. Ia adalah nama seorang wanita dari universitas trengganu yang akan membawa segerombolan kawan-kawannya ke Lata Jarum yang dijangkakan pada 6-7 Ogos ini. Penanguhan yang beberapa kali menunjukkan betapa mencabarnya seseorang itu menjalankan tanggungjawab terhadap organisasinya. syabas & sabar cik Nabila nasyabila..

PROGRAM PAKAIAN SERAGAM PERTAMA DAERAH RAUB


Sejak pengurusan perhutanan di tempatkan pada 2008, inilah julung kalinya program dari sekolah-sekolah daerah raub. Aktiviti kadet polis yang disertai dari pelbagai sekolah menengah daerah raub yang dianjurkan bersama oleh pasukan PDRM raub serta PGA kuantan serta guru-guru sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Menurut guru yang terlibat dengan program tersebut, tidak mengetahui bahwa Lata Jarum sudah pulih dari "pencemaran" yang begitu lama. 

Isnin, 19 Julai 2010

PROGRAM DI LATA LARUM

Untuk makluman pada yang berminat mengadakan program di Lata Jarum di mohon dengan jasa baiknya menghubungi Lata Jarum untuk tujuan tersebut disebabkan setiap hujung minggu kini dipenuhi tempahan pelbagai pihak untuk menganjurkan program. Ini supaya dapat mengelakan berlaku program berlapis yang mana kemudahan disini amat terhad. Untuk itu juga dimaklumkan bahawa walau pun program telah mendapat kelulusan dari pihak jabatan perhutanan, kawasan hutan lipur Lata Jarum tidak akan ditutup pada orang ramai untuk berekreasi. Namun begitu pihak jabatan perhutanan akan melakukan pemantauan supaya program yang diadakan tidak diganggu. Kawasan hutan lipur Lata Jarum amat sesuai sekali untuk program yang disertai oleh kumpulan yang kecil umpamanya 50 orang supaya mendapat keselesaan yang sebaik mungkin. Namun begitu, jumlah yang sebegitu besar seperti 200 orang mungkin tidak selesa bagi peserta yang mengikuti program disebabkan kemudahan yang begitu terhad.

Terperuk di Lata Jarum sekian lama, sekali sekala nak juga tengok-tengok bandar. Kalau kat Lata Jarum dikelilingi hutan kayu, kat bandar dikelilingi hutan batu pulak. Bezanya hutan batu ni panas lah sikit dan kadang-kadang banyak panas Oooo.... kat hutan kayu tak de lah gitu. Cool aje. Namun begitu ada juga tempat yang sejuk kat hutan batu ni. Tempat ada "air-cond" la. So, sambil-sambil ubah angin tu dapat lah aku cari idea untuk menambah baikan kerja aku kat Lata Jarum tu. Bukan saja untuk itu, dapat juga lah bawak famili riadah sekali. Jadinya, sambil makan angin, dapat belajar, riadah sama famili, ziarah sedara, buka fikiran dan macam-macam lagi. Jangan bukak seluar udah le. Dalam hutan tak pa le.. monyet tak kisah....


PUSAT PENYELIDIKAN UKM BUKIT FRASER


Pada bulan Jun yang lepas aku berpeluang mengikuti satu lawatan yang dianjurkan pihak Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia di tapak pusat penyelidikan UKM Jeriau Bukit Fraser yang mana menerima lawatan sepuluh pakar penyelidik dari institiut penyelidikan Universiti Amerika Syarikat. Lawatan tersebut apa yang difaham oleh pegawai UKM pada aku yang tak berapa faham ini, merupakan satu lawatan tinjauan untuk menjalin usahasama penyelidikan bersama UKM dimasa akan datang dan berkemungkinan Bukit Fraser akan dijadikan salah satu kawasan penyelidikan berskala tinggi bagi kawasan tanah tinggi khususnya di semenanjung Malaysia. Jika segalanya menjadi kenyataan nanti, Bukit Fraser akan menjadi satu kawasan penyelidikan yang bernilai tinggi, bukan saja pada penyelidikan namun boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan saintifik lebeh pada eko-pelancongan. Harap-harap betul lah apa aku tulis ni. Kalau tak betul orang UKM komen lah. Boleh rubber balik...