MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa
Khamis, 26 Januari 2012
ZINGIBERACEAE AT RAUB AMENITY FOREST
Rabu, 25 Januari 2012
RAFFLESIA 2012 AT LATA JARUM
Isnin, 2 Januari 2012
BENGKEL & SEMINAR EKO-PELANCONGAN DI LATA JARUM ULU DONG RAUB

Lata Jarum 27-30 Disember 2011 : Satu program pendedahan eko-pelancongan untuk penduduk setempat dengan objektif impak pembangunan Hutan Lipur Lata Jarum pada penduduk berdekatan.
Majlis cukup meriah dengan kehadiran penduduk setempat untuk mendapatkan penerangan mengenai eko-pelancongan bagi kepentingan ekonomi dan pengetahuan.
Urusetia penganjur program dari UKM Bangi bersedia menerima pendaftaran

Ketibaan perasmi majlis oleh Wan Ismail Pegawai Daerah Raub yang di iringi oleh Pengerusi Majlis Prof. Dr. Jumaat serta Dekan Fakulti FST UKM Bangi Prof. Dr. Shahrin
Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan
Bengkel diadakan seawal jam 8.00 pagi sehingga lewat malam jam 12.00 tengahmalam
Pameran dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Sabtu, 24 Disember 2011
KENONG RIMBA PARK

Berada dipintu masuk Taman Rimba Kenong

Chalet penginapan menempatkan 4 orang dengan katil double decker

Chalet dua bilik dengan katil kelamin

Pusat penerangan Jabatan Perhutanan di Taman Rimba Kenong
Rumah injin menjana bekalan eletrik keseluruhan kawasan
Ahad, 18 Disember 2011
RUMAH PELAWAT LATA JARUM 2008 HINGGA KINI
Ruang lobi

Bilik hadapan - lantai di bentang tikar getah saja

Bilik belakang - lantai di bentang tikar getah saja
Rumah pelawat adalah satu satunya rumah penginapan yang ada di Lata Jarum yang selesa untuk 20 orang atau paling selesa 10 orang. Namun, oleh kerana itulah sahaja yang ada, terpaksalah kekadang itu menempatkan sehingga 60 orang yang terdiri dari pelajar. Tiada kemudahan didalam rumah pelawat ini seperti katil, tilam, cadar, selimut, almari, meja, penyangkut baju dan sebagainya.
Walau bagaimana pun, hutan lipur Lata Jarum berkonsepkan perkhemahan dan jika ada permohonan untuk menjalankan aktiviti disini akan dimaklumkan bahawa tiada kemudahan yang selesa untuk penginapan dan juga sebagainya. Semuanya kemudahan secara asas sahaja.
Bekalan air cuma menggunakan sistem graviti yang salirkan dari hulu sungai Lata Jarum tersebut. Bekalan eletrik 24 jam dari TNB ada terdapat di sini.
setor rumah pelawat
KONTRAKTOR MENENTUKAN PROJEK DI LATA JARUM
Dalaman surau muslimah
Aku pun mulalah nak menerangkan benda-benda nak di buat yang telah aku kenal pasti. Kemudian pergi menunjukan benda-benda yang perlu sangat hendak dibuat. Aku juga telah nyatakan semua perkara yang hendak dibaik pulih telah disenaraikan dan telah dihantar ke pejabat. Aku meminta senarai dari kontraktor perkara yang hendak dilakukan.
Aku terpingga pingga bila ada senarai itu tiada dalam perkara yang perlu dilakukan seperti memasang tile lantai kedua-dua surau yang ada. Aku bertanya adakah cukup peruntukan untuk nak buat semua yang diperlukan. Kontraktor tersebut menjawab dengan selamba "Tak lah, sebab peruntukan sikit aje nak buat semua yang diperlukan".
Rupa-rupanya pihak kontraktor meminta subnya buat senarai kerosakan tampa merujuk pada pengurusan hutan lipur terlebeh dulu dan adalah perkara yang sangat diperlukan tidak dapat dibaik pulih. Mengapa begitu....mungkin pihak pentadbiran yang arahkan kontraktor melawat dan tentukan perkara yang dapat dibuat mengikut peruntukan. Namun begitu pihak kontraktor menganggap seperti tiada pengurusan disitu. Pandangan aku mengenai perkara ini, mengapa pihak pentadbiran jabatan tidak mengikut senarai perkara yang telah dibuat dan meminta pihak kontraktor menilainya sama ada boleh atau tidak menjalankan kerja.
Aku tak hairanlah mengapa begitu. Sebab memang dari dulu-dulu lagi kontraktor mempunyai kuasa yang lebeh dari pegawai kerajaan. Sudahlah buat kerja tak sempurna pulak, aleh-aleh suruh aje orang tanda tangan apa dia buat.
Apa pun senarai kerja yang akan dilakukan kontraktor nanti seperti berikut;
1. Mengubah sistem paip air tandas awam sebanyak dua buah.
2. Mengubah sistem paip air di Pusat Penerangan.
3. Mengubah sistem paip air di rumah pelawat.
4. Memasang sinki sebanyak lima buah di dua buah tandas awam. (3 buah di tandas1 dan 2 buah di tandas 2)
5. Membaiki wayar eletrik di astaka yang tidak sempurna.
6. Menggantikan cermin tingkap sebanyak 8 keping di dewan serbaguna berserta bingkainya sekali.
7. Memasang tile lantai surau lelaki dan perempuan keseluruhannya.
8. Membaiki kebocoran atap surau lelaki.
9. Mengantikan 5 keping atap yang bocor di Pusat Penerangan. (Telah dilaksanakan)
Peruntukan yang dinyatakan oleh pihak kontraktor cuma RM10,000 saja yang diberikan oleh jabatan.
Ralatnya tidak dapat dilaksana untuk baik pulih dengan keperluan segera seperti;
1. Menggantikan satu pintu papan serta kunci dan jenangnya yang telah rosak di Pusat Penerangan.
2. Membaik pulih satu penghawa dingin di Pusat Penerangan yang telah rosak.
3. Memasang tile lantai di rumah pelawat yang selalu dijadikan penginapan.
4. Menaik taraf bilik mandi rumah pelawat sebanyak 2 buah.
5. Pemeriksaan semula keseluruhan sistem elektrik yang ada disebabkan sistem eletrik seperti tidak mencukupi bekalan bila semua bangunan menggunakan tenaga elektrik. Dulu pihak TNB Raub dan kontraktor naik taraf nyatakan tak cukup voltage, sekarang dengan pemeriksaan baru pihak TNB Raub nyatakan cukup pulak dan menyatakan kelemahan sistem pendawaian yang bukan dibidang kuasa TNB.
Yang mana satu ni.....apa pun perlu pemeriksaan semula pada sistem pendawaian.
6. Menaik taraf sistem bekalan air yang sedia ada kepada penggunaan master pump. Sekarang menggunakan sistem paip graviti yang mana memerlukan penyelenggaraan sentiasa seperti membaiki saluran paip dan membuang tanah serta sampah sarap yang bertakung dalam tangki poly diatas siling yang menyumbatkan saluran air kedalam bangunan.
Inilah senarai perkara yang sangat perlu diutamakan dulu dari memasang tile lantai surau yang memakan belanja yang besar juga. Bukankah karpet dilantai surau tersebut sangat cantik lagi.
Yang sepatutnya dulu diberi perhatian di buat, bukan yang tak sepatutnya dibuat dulu. Mengapa suka buat benda dari belakang kedepan.
Apa yang diharapkan pihak pentadbiran jabatan dapat memberi perhatian dengan perkara yang sebegini. Aku taulah kontraktor ni pemurah dengan korang.
Dalaman surau lelaki
Dalaman surau muslimah

Dua buah surau
Selasa, 6 Disember 2011
PUSPEN SUNGAI RUAN TERUS MEMILIH LATA JARUM ADAKAN PROGRAM
Ini bukanlah kali pertama mereka menggadakan program disini. Dalam tahun 2011 ini saja sudah tiga kali menggadakan program seumpama ini di Lata Jarum.
Mengapa mereka berminat dengan Lata Jarum ???
Menurut pegawai-pegawai yang mengiringi pelatih-pelatih tersebut disebabkan keadaan kawasan tempat yang nyaman, tenteram dan berhawa sejuk. Kawasan yang agak berjauhan dengan kawasan penduduk kampung juga menjadi faktor pemilihan dilakukan supaya tidak menggangu dan diganggu.
Program yang berterusan pihak PUSPEN disini nampaknya ada impaknya pada pelatih. Siapa tahu tempat seumpama ini mungkin ada keserasiannya untuk motivasi insan yang tiada siapa tahu untuk merungkaikannya. Sayang, orang tempatan tidak endahkan perkara sebegini yang mana mungkin sebab tempat mereka dari lahir lagi atau berfikiran, apa untungnya aku tempat sebegini. Semuanya tempat aku, tak kisahlah. Mungkin itu yang berada dipemikiran orang-orang tempatan. Bagaimana dengan orang jabatan hutan ??? Hissh.....tak untung langsung duduk kerja di Lata Jarum. Baik aku duduk dekat pejabat renj. Boleh jugak jumpa tokey balak......hahahaha mentaliti dulu kini dan selama-lamanya orang jabatan hutan kot. Apa pun aku seronok disini. Namun apakah ada titiknya nanti, maklumlah, aku yang menurut perintah.....hahahaha
KONTRAKTOR HANYA REPAIR ATAP
Alhamdulillah, setelah beberapa lama menanti pembaikan atap pusat penerangan, pada hari ini dengan sekejap saja kontraktor membaik pulihkannya. Siling didalam pun dah hampir reput akibat air hujan yang tidak berhenti-henti kebelakangan ini. Apa nak buat, peruntukan baru dapat.
Sebanyak lima keping atap digantikan akibat ditimpa ranting kayu.
Apa pun, banyak kerosakan akibat vandalism masih menanti untuk dibaik pulih.
Diharap semua kerosakan di Lata Jarum dapat dibaik pulih dengan kadar segera dengan landakan pengunjung yang selalu mengadakan program disini. Aku sudah habih daya upaya untuk menjaga segalanya di Lata Jarum. Tampa sokongan pihak jabatan dan kementerian pelancongan menyalurkan peruntukan, apa lagi nak aku harapkan. Budak-budak kampung jahanam merosakan sedikit demi sedikit segala kemudahan yang ada. Aku terus bersabar dengan segala cabaran yang sudah atau yang mendatang. Aku sangat berharap satu hari nanti pagar besar serta pengawal keselamatan akan wujud di Lata Jarum. Dan juga aku berharap budak-budak jahanam yang selalu merosakan segala kemudahan akan dirembat polis atau pun petir.
Langgan:
Catatan (Atom)




































