MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 11 Ogos 2009

EKSPIDISI LATA JARUM-SIAPA NAK IKUT HUBUNGI SHUKRI 019-9603959 SEBELUM 12.00 TGHARI JUMAAT 14 OGOS 2009

Pada 15 Ogos Sabtu 2009 ini saya dan Prof. Madya Dr. Wan Yaakob dari Fakulti Sains Sekitar UKM Bangi akan mengadakan ekspidisi di Lata Jarum bagi tujuan meninjau khazanah hutan yang telah di tinjau 10% di kawasan Lata Jarum dan akan menyusuri sungai Dong dari Lata Jarum hingga ke hulu sungai.
Apa yang telah di dapati khazanah hutan di kawasan Lata Jarum lingkaran 5 kilometer persegi setelah dibuat beberapa kajian begitu unik di semenanjung Malaysia. Mengapa di katakan unik. Contohnya seperti bunga pakma yang terdapat di semenanjung malaysia hanya mempunyai 3 spesies sahaja seperti Cantleyii,Adzlanii dan keryii daripada 15 spesies yang di kaji dan di jumpai di kawasan Asia Tenggara sahaja dalam dunia.
Maka, setelah dibuat kajian sekian lama oleh beberapa penyelidik bunga pakma, mengatakan spesies pakma Cantleyii hanya bersaiz tidak lebih 55 cm diameter besar dan kajian Prof. Kamaruddin Mat Salleh mendapati paling besar Cantleyii hanya 65 cm diameter di dapati di Lata Jarum dan paling mengejutkan apabila baru baru ini di jumpai spesies Cantleyii berukuran 97 cm diameter di bekas kawasan penyelidikan Prof. Kamaruddin Mat Salleh.
Oleh yang demikian penilaian yang berterusan perlu di lakukan lebih luas lingkungannya pada Lata Jarum.

Tiada ulasan: