Setiap pagi selepas subuh aku meredah kabus ke tempat kerja
Bila tiba ke tempat kerjaku, aliran air yang jernih menyambutku
Desiran air tiada jemu "menyanyikan" lagu untuk ku sepanjang masa
Nyanyian air ini juga jadi terapiku sepanjang masa
Segala yang bersarang di mindaku, terlerai dengan lagu dendangannya
Bila membasahku, tubuhku segar diberikan semangat baru setiapku selami
Bila ilham mendatang, ku berlari masuk ke bilik ini menulis
Bila kepanasan, kelenguhan, kebosanan, kesepian.....aku terjun sekian kalinya
Anak-anak kampung sentiasa menemaniku disini memecah sunyi
Bila kesejukan, aku duduk diatas batu memandang indahnya seni khazanah
Kepelbagaian seni ada disini
Mengubat hati yang sepi
Bila turunnya hujan, warnanya coklat adunan khazanah tak ternilai
Terjunnya bagai gendang dipalu, mendendang irama tampa bertema
Fitrah alam umpama insan, yang hidup pastinya mati
Iklim micro kulat bersemai
Akar umbi kekuatan umat
Jika takutkan pohon, jangan berpejabat ditepi hutan
Jika takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai
Jika bertaut gundah gulana, aku lambaikan tangan
Jika tak takut, datang kesini kita masuk hutan
Bila senja mengamit, aku pun pulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan