MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 2 Mac 2015

AMALAN YANG BOLIH MENCEMARKAN AIR SUNGAI


Ramai kini sudah tidak ingin mahu mengetahui petua-petua menjaga diri untuk kepentingan kesihatan diri dan kepentingan orang lain.

Begitu banyak sekali petua yang diamalkan orang terdahulu khususnya bima memasuki kawasan hutan.

Sudah tentu kawasan hutan tidak mempunyai kemudahan yang dibangunkan untuk kepentingan dan kesejahteraan orang ramai.

Namun tidak semestinya kita mengambil mudah tentang sesuatu perkara seperti melepaskan hajat sesuka hati.

Beberapa petua yang dapat dikongsikan seperti;

1. Melepaskan hajat diatas daratan agar air tidak tercemar yang mana kalau ada orang lain meminumnya waktu terdesak dikawasan hilir sungai tidak memudaratkan kesihatan orang lain.

2. Kencing diatas darat dan kalau ada batu pejal, kencingkan batu tersebut agar amalan tersebut sangat baik untuk kaum lelaki. Kalau perempuan pun bagus jugak agaknya. Aku belajar banyak petua untuk lelaki saja.

3. Menyelam dalam air selama mungkin agar badan menjadi tegar dan jika anda seorang yang suka menyanyi sangat bagus sekali mengamalkannya untuk kelunakan suara dan ketahanan nafas semasa menyanyi.

 4. Jangan merokok ketika melepaskan hajat disebabkan apabila menghisap rokok akan menghidu bahan-bahan toksik dari najis sendiri. Bila sudah jadi amalan akan merosakan otak sendiri dan bila dah banyak gas toksik najis dalam otak bolih membawa kesukaan pada perkara-perkara yang tidak baik seperti mencarut sesuka hati, tengok porno, mengumpat, dengki, khianat, makan rasuah dan sebagainya menyukai pada yang tidak baik.


5. Menutup kepala semasa membuang hajat agar syaitan tidak mengencing kepala. 

6. Semasa meneran kalau susah keluar, kancingkan gigi dan genggam sekuat mungkin tangan agar menguatkan tubuh dan menyeggarkan tubuh. Mengikut ramai yang memberi petua ini, bolih melambatkan air mani keluar ketika bersetubuh....Wallahualam

7. Jangan melihat najis ketika membuang hajat agar dapat mengekalkan ketajaman penglihatan atau melambatkan kekaburan pandangan mata.

8. Jangan bercakap-cakap atau berborak-borak semasa membuang hajat agar syaitan tidak memasuki mulut. Belajarlah ruang-ruang yang selalu dimasuki syaitan seperti ubun-ubun, hidung, mulut, kemaluan dan hujung jari kaki. Jagalah kawasan-kawasan tersebut.

9. Akhir sekali, kalau melepas tak tahan sangat silalah cari tempat yang agak tersorok dan memastikan tiada orang disekeliling. Apa pun juga, buanglah diatas daratan dan sebolihnya kambus dengan tanah atau sebarang objek supaya tidak dipijak orang lain. Paling malas pun, tandalah dengan sebarang objek "bom" anda.

Sekian dulu petua yang dapat dikongsikan bersama agar menjadi amalan kita bersama demi kesejahteraan diri dan orang lain.

KALAU YAKIN AMALKAN KALAU TIDAK, SILA RUJUK USTAZ YANG LEBIH MENGETAHUI.

Sekian, Wabilahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Tiada ulasan: