MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 27 Mac 2015

MINGGU KE4 MAC 2015 BEREXPIDISI DAN MEMANTAU DI HUTAN SIMPAN GUNUNG BENUM

Berexpedisi seorang dua memang sudah menjadi kebiasaan aku dimana-mana bila berkelapangan. Meronda-ronda dalam hutan antara bulan Februari dan Mac memang dinantikan setiap tahun disebabkan ketika tersebut musim tumbuhan berbunga.


Kebetulan bertemu dengan Janggut Adam atau pun disebut juga keladi murai.



Sudah kebiasaan bertemu kulat kelentit kering ni yang tiada bermusim.


Setelah beberapa jam berjalan berehat disebatang sungai.


Sahabatku Jamadil Sarif cuba menanggalkan spesies pokok yang tumbuh melekat pada spesies gapis.



Pucuk tapak hantu yang sangat subur ditemui secara kebetulan.


Kami sampai ke kawasan gugup dimana air sungai yang mengalir begitu kuat dibawah permukaannya yang jelas kedengaran. Kelihatan hakisan air yang kuat melalui kawasan gugup tersebut waktu banjir bulan disember 2014 yang lepas.





Tidak diketahui spesies ini.


Riang-riang (Cicadas) yang banyak dijumpai merata-rata sama ada atas permukaan lantai hutan, atas batang pokok, tepian sungai, atas daun, atas ranting.


Rasa bertuah dapat bertemu Jewel Orkid yang memang banyak taburannya dalam kawasan trekking kami. Alhamdulillah, walau agak lewat memasuki hutan untuk expidisi kami, banyak juga sempat dirakamkan dan diketemui apa yang kami cari sepanjang dua hari aku berdua makan angin dalam hutan.

Apa pun sudah setiap tahun aku berexpedisi dikawasan yang sama selama tujuh tahun berturut-turut. Semua spesies yang diketemui masih ada, malah bertambah subur bagi sesetengah spesies yang ditemui seperti janggut adam.

#Sayangilah Hutan Kita

Tiada ulasan: