Hiking di hutan bukan sekadar berjalan jalan, namun pelbagai elemen kepentingan tubuh badan terserap tampa disedari.
Melalui kawasan air terjun sebagai nilai tambah terapi alam tampa disedari merehatkan minda sekali gus menyegarkan tubuh. Berhenti seketika melihat air terjun atau terjun basahkan tubuh sebolih mungkin. Rasa dan sentuh segala yang ada dipersekitaran memberikan pengalaman dan terapi. Jika sekadar berdiri dan melaluinya saja sangat membazirkan atau mempersia-siakan masa semasa hiking.
Bergambar kenangan berlatar belakangkan persekitaran yang dilalui adalah seperti kewajiban semasa hiking. ADAKALANYA sesuatu yang tampa diduga berlaku, umpamanya sesuatu objek semasa hiking terlepas pandang tapi apabila melihat gambar kembali selepas hiking sesuatu yang menarik perhatian sendiri ditemui.
Melalui kawasan mencabar adalah sesuatu pengalaman yang memberi nilai pembelajaran yang tampa sedar. Kaedah mengimbangi badan sangat dituntut. Semangat setia kawan bantu membantu sangat dituntut. Kaedah menghadapi rintangan dan cabaran adakalanya terilham dengan sendiri disamping pengalaman sedia ada dari masa lampau. Akhirnya jika semua berjaya dan selamat memberikan satu pengalaman menyegarkan minda sekali gus keseluruhan tubuh. Setiap menghadapi cabaran dituntut berkomunikasi antara satu sama lain sebagai pemudah cara yang rutin dan dituntut.
Akhirnya terhasil kegembiraan dari kepuasan beraktiviti berasaskan persekitaran alam asli.
Thanks all of you for making me as your guide. Hoping coming again and we hike more adventure into the forest. Luv our rain tropical forest....and more you hike, and more make you confetable.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan