MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 23 Mei 2009

LAWATAN TIDAK RASMI NAIB CANCELOR UKM


23 Mei Sabtu 2009


Ketibaan naib cancelor UKM Prof. Dato Sharifah Hafsah Syed Shahabuddin, Dekan Falkuti Sains dan Teknologi Prof. Musa, Penyelaras pusat penyelidikan UKM Bkt. Fraser Prof. Dr. Jumaat Adam dan lain-lain pegawai ke Hutan Lipur Lata Jarum yang amat berminat melihat dari dekat bunga pakma (Rafflesia) berkembang.Secara kebetulan bunga pakma sedang berkembang dengan cantiknya.

Bagaimanapun pelajar-pelajar beliau telah beberapa kali mengadakan program di Lata Jarum bermula dari Februri 2009 khususnya dari fakulti Sains dan Teknologi.

HUTAN LIPUR LATA JARUM




Lata jarum setelah terbiar selama 4 tahun kini telah dipulihkan berperingkat-peringkat mengikut peruntukan yang ada.Kini setelah pemulihan dilakukan seperti mengadakan pusat penerangan dan pejabat renger hutan.Kebersihan kawasan dan semua infrastruktur telah dilakukan sebaik mungkin.Disamping itu juga pemulihan pada bekalan air graviti dan juga elektrik telah dilakukan untuk memudahkan pengunjung atau pelawat yang ingin bermalam di kompleks ini.Kawalan keselamatan juga diambil kira pada pengunjung yang beraktiviti disini dengan pemantauan oleh kakitangan jabatan perhutanan serta kerjasama pihak polis.Yambahan tarikan disini disamping air terjun dan sungai yang menyegarkan serta hutan tropika yang kaya dengan pelbagai speseis ditubuhkan satu kawasan bunga pakma (Rafflesia).Semenjak ditubuhkan pada hujung tahun 2008,kini lebih 1,200 pengunjung dari dalam negara dan luar.