MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 17 Oktober 2012

WAJAH AIR DI LATA JARUM KETIKA INI

Apabila hujan, beginilah rupa air di Lata Jarum dan kadangkala seperti merah. Mengapa....Ini disebabkan larutan air dari lantai hutan mengenai daun daun dan tanah tanih dipermukaan hutan serta akar kayu serta lumut-lumut batu mengakibatkan warna sedemikian rupa. Olih yang demikian, seolah olah seperti adunan herba yang dapat menyegarkan tubuh badan serta airnya yang sejuk dari waktu biasa. Mungkin masih ada yang belum merasai air yang sedemikian lagi. Datanglah merasai air yang sebegitu rupa agar apa yang diperkatakan olih aku ni benar atau sebaliknya. Namun itulah hakikatnya air di Lata Jarum sekian lama.Satu khazanah dari Allah SWT yang sudah pasti disukai insan insan yang mencintai alam sekitar.











BERKHEMAH DI TEPI AIR TERJUN LATA JARUM

 Kumpulan yang di ketuai olih En. Faiz dari Petaling Jaya
Ahli keluarga dari Tuan Faizal dan isteri Dr. Zanariah dari Kelang

Pihak Hutan Lipur Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beriadah dan berkhemah di tepi air terjun Lata Jarum. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan walau pun demikian di harap sudi datang lagi beriadah di Lata Jarum. Pihak kami sedaya upaya memastikan pengunjung bergembira dan rasa selamat semasa di kawasan Lata Jarum.

Selasa, 16 Oktober 2012

PEMBAIKAN AKIBAT VANDALISM SEDANG DIJALANKAN

Kerja-kerja membaiki sistem kubahan tandas awam di Lata Jarum sedang dijalankan akibat vandalism dan ketidak bertanggungjaban pengguna.

Masaalah vandalism sehingga kini belum lagi dapat diatasi dimana mana kawasan hutan lipur atau kawasan rekreasi. Mengapa dan kenapa. Sehingga kini jawapan yang bolih diandaikan untuk menjawab pada pihak tertentu atau untuk dokumentasi hanyalah seperti menyalahkan pihak pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Apakah alasan itu. Jika kawasan tersebut tidak mempunyai pagar, pengawal keselamatan, kakitangan yang ditempatkan disitu akan dijadikan sandaran dan pukulan penyebab akan perkara sebegitu terus terjadi. 

Apa pun yang tersandar dan terpukul, sikap anak muda yang sering didapati melakukan perbuatan vandalism amatlah dikesali sekali. Selama tiga tahun aku cuba mengenal pasti mengapa vandalism terus berlaku di kawasan Lata Jarum adalah perbuatan remaja yang berusia tiga puluh tahun kebawah. Kebanyakannya mempunyai masaalah karektor yang terdiri dari penduduk berhampiran. Disamping kesukaan melakukan vandalism, mereka juga terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti mencuri hasil pertanian, motorsikal, menagih dadah, mengambil minuman keras, menghisap gam, maksiat, tidak menamatkan persekolahan dan malas melakukan sebarang pekerjaan serta kurang mendapat perhatian dari keluarga.

Olih yang demikian, siapakah yang hendak dipersalahkan dengan wujudnya golongan-golongan remaja seperti itu. Sebahagian penduduk kampong lebih suka mendiamkan diri dari melakukan sebarang tindakan untuk membaiki atau mencegah keadaan golongan tersebut. Apa yang mendukacitakan, penduduk-penduduk kampong lebih gemar menyebut-nyebut perkara yang tidak baik dari perbuatan mereka sahaja.

Jika jenayah yang dilakukan agak serius, tindakan memanggil pihak polis untuk menangkap mereka akan dilakukan dan ada kes beberapa hari sahaja mereka akan dibebaskan semula dan kegiatan yang tidak di ingini akan terjadi lagi dengan kadangkalanya dari pelaku yang sama. Sampai bila terus begitu.

Walau pun pelbagai pihak keselamatan diwujudkan seperti RELA, SRS, BELIA dan sebagainya lagi, tidak mematahkan kegiatan yang tidak di ingini itu dari terus berlaku.

Adakah ini Fitrah manusia atau apa ya....

GENG MAKTAB PERGURUAN KUALA LIPIS BERSANTAI DI LATA JARUM


JALAN JALAN KE BUKIT FRASER MUSIM HUJAN

Salah satu kawasan peranginan yang terdapat di daerah Raub Pahang adalah Bukit Fraser. Dari Raub cuma mengambil satu jam setengah untuk sampai ke pekan kecil "Little England" tersebut. Jalannya berliku liku yang mana kalau tidak tahan dengan menaiki kenderaan akan mengakibat muntah cekah hingga lembik. Kalau duduk sebelah awek jelita sekali pun padam perasaan stim giler disebabkan keadaan jalan sebegitu.

Olih itu aku lebih suka menaiki motorsikal buruk aku untuk kesana kalau keseorangan atau kalau ada yang nak tenggek. Naik motor memang kesukaan aku dari memandu kereta kalau jalan berliku liku. Bolihlah aku lipat sampai cecah telinga dan kadang kadang sampai koyak bahu jaket aku. Hahahahaha...hebatkan

Masa aku karang catatan ini macam musim hujan pulak. Namun disebabkan ada sedikit urusan di Bukit Fraser aku lanyak jugak pergi walau pun dalam hujan lebat. Kali ini aku kena pandu 4X4 buruk aku untuk kesana. Heeeee lecehnya memandu jalan berliku liku dan buat aku sedikit pening.

Di Bukit Fraser apabila hujan lebat sepanjang masa sangatlah sejuk. Hawa yang sedemikian rupa taklah berapa aku sukai. Kalau di luar negara tu lainlah. Ia bolih mencecah 20 darjah celsius. Hari tu aku lupa pulak bawa jaket tebal. Maka berlagaklah aku seolah olah sangat biasa dengan keadaan yang sejuk. Chehhh...mengeletar giler aku dibuatnya.

Siap saja urusan aku, tampa berlegah legah lagi aku pun cabut balik. Lain kali aku nak pergi lagi, memang selalu aku melalak kesana jejalan. Ada yang nak ikut aku ker. Kalau ada bila bila masa bolih call dengan talian yang ada itu. Any time....

DIMANAKAH ARAH TUJU WARGA PERHUTANAN

Pandangan negatif terhadap warga perhutanan telah lama berlaku. Mengapa dan kenapa dan dimana bermulanya jadi begitu. Namun tiada siapa sehingga ini olih warga perhutanan menafikan mau pun mengiyakan persepsi sebegitu. Sehingga kini masih ditafsirkan olih semua pihak bahawa warga perhutanan begitu mewah dan bergaya. Adakah benar sedemikian rupa ???

Bidang perhutanan di lihat bukan satu kerjaya yang popular seperti PDRM, BOMBA, TENTERA dan sebagainya. Tapi yang menjadikan ia popular disebabkan gaya segelintir warga perhutanan itu sendiri.


Apakah tiada warga dari agensi lain sedemikian rupa terutamanya dari kumpulan sokongan. Jawapannya sudah tentu ada dan saban masa didendangkan olih pelbagai media. Malah dari agensi yang dianggap berintegriti pun terdapat begitu.

Kerjaya sebagai ahli perhutanan sangat mencabar disebabkan melakukan kerja didalam hutan belantara yang ada ketikanya belum diterokai olih manusia. Keadaan geografi yang begitu mencabar serta habitat yang sangat merbahaya banyak terdapat didalam hutan yang bila-bila masa sahaja jika malang tak berbau mengakibatkan kehilangan nyawa. Bayangkanlah kalau ada sesuatu kawasan yang hendak melakukan tugasan terdapat banyak kumpulan gajah liar sedang berkeliaran atau kawasan yang terdapat ular yang sungguh berbisa.Itu adalah sebahagian ceritanya. Banyak lagi perkara-perkara yang menjadikan suatu cabaran didalam hutan. Itu belum lagi berkaitan hantu puaka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


Masyarakat secara amnya suka melihat perkara-perkara yang bolih dilihat secara nyata seperti selalu dilihat dan disebut masyarakat seringkalinya mengenai warga perhutanan menjalankan kerja di balai pemeriksaan hutan dimana kerja-kerja ditempat tersebut mengutip cukai atau hasil hutan yang mana menjadi suatu hasil utama kerajaan negeri dan negara. Tahukah masyarakat bahawa warga perhutanan yang berbaju hijau tua itu telah mengutip cukai hinggakan ratusan jutaan ringgit malaysia dalam sesuatu tahun. Jika tidak yakin apa yang dinyatakan ini, bolihlah menghubungi bahagian kutipan hasil di ibu pejabat jabatan perhutanan negeri pahang.

Dalam sistem kutipan cukai hasil perhutanan masih lagi dilakukan secara manual walau pun negara sudah begitu maju dalam penggunaan komputer. Namun begitu adalah beberapa kerat telah menggunakan sistem komputer dalam sistem kutipan cukai hasil hutan seperti di Jerantut. Balai bergerak masih dalam perancangan. Tak taulah bila nak dilaksanakan untuk kemudahan warga perhutanan menjalankan tugas dengan agak selesa. Harapannya kemudahan dengan mewujudkan balai pemeriksaan bergerak dengan menggunakan kenderaan akan terlaksana dengan segera dan tidak secara langsung akan menjadikan satu kebajikan kakitangan perhutanan dalam melaksanakan tugas mengutip hasil melibatkan ratusan jutaan ringgit malaysia dan menghabiskan waktu kerja dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan bersekang mata apabila pulang ke rumah untuk menutup cukai hasil sehingga jam 3.00 pagi untuk meneruskan tugas ke esokan harinya.

Itu sebahagian sedikit cerita mengenai hal ehwal di balai pemeriksaan hutan. Bagaimana pula kisah warga perhutanan di hutan belantara pula. Nantilah, ada masa akan diceritakan lagi. Rajin-rajinlah jengguk di blog ini untuk mengetahuinya lagi. Kalau ada nak tanya, bolihlah nak tanya. Apa bolih dijawab, akan dijawab. Yang tak bolih tetap tak bolih. Haha....