MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 1 April 2012

REMPAH RATUS DARI JANUARI HINGGA MAC 2012

 Semenjak diuruskan olih Jabatan Perhutanan Daera Raub dengan sepenuhnya bermula tahun 2008, Hutan Lipur Lata Jarum terus menambat hati orang ramai yang pelbagai status. Seperti matlamat dan objektif hutan lipur yang telah dibuat Jabatan Perhutanan untuk rekreasi, pembelajaran, penyelidikan, dan kembara bagi tujuan mencintai alam sekitar tidak putus saban masa dikunjungi dengan tujuan seperti tersebut. Pelbagai Universiti tempatan yang menghantar pelajar menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang ditentukan tiada putus tiba silih berganti pelajar. Namun aku masih keseorangan untuk menanti dan melayan mengikut tanggungjawab pada jabatan dan tuntutan pengunjung. Alhamdulillah, tiada yang sukar jika semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya dan mengikuti peraturan yang diberi jabatan perhutanan.
 Masalah kerosakan infrastruktur Lata Jarum adalah biasa. Namun dengan langkah berjaga-jaga dan melaporkan pada pihak pengurusan pentadbiran untuk diambil tindakan sewajarnya sentiasa diambil. Paling mendukacitakan sangat adalah masalah vandalism yang tiada henti-henti paling memeningkan kepala. Kekadang persepsi timbul dengan gejala tersebut di Lata Jarum bahawa adakah perbuatan tersebut bermotifkan sakit hati atau khianat. Al-maklumlah semasa menjalankan tugas, ada ketikanya berkasar memberi teguran terutamanya pada bebudak yang merempit dan pelbagai kesalahan yang tidak mengikut peraturan. Sakit hati ada kemungkinan juga, mungkin disebabkan ada tempat yang berkurangan pengunjung disebabkan Lata Jarum.
 Kemudahan yang ada untuk orang ramai seperti tandas umpamanya selalu mendatangkan masalah. Pelbagai masalah sering timbul dengan tandas awam seperti vandalism, membuang sesuatu dalam mangkuk tandas menyebabkan tersumbat teruk, air graviti sering tersumbat disebabkan air sungai sering pasang surut dan juga keruh dan jernih tidak menentu. Walau apa pun tanggungjawab tetap diteruskan setakat yang mampu untuk mengatasinya. Malah bukan tandas awam saja perlu dipantau, tapi tiga bangunan lagi perlu dipantau untuk memastikan kelancaran air bukit tersebut mengalir lancar untuk pengguna. 
 Perkembangan Rafflesia atau bunga pakma nampaknya semakin hendak terhenti populasinya. Pada awal tahun 2012 ini banyak bunga pakma berkembang dengan tiada hentinya saban minggu dan sudah tentu para pelajar tiada henti tiba untuk menjalankan kajian dalam bidangnya. Para pelancong tempatan dan luar pun sentiasa tiba dan bertanya untuk melihat dari dekat. Apa yang sukar dikawal adalah penduduk kampong yang selalu menceroboh masuk ke kawasan hutan kawasan bunga pakma untuk mengikuti perkembangan bunga pakma tersebut untuk membawa pelancong. Para pelancong atau pelajar seringkali datang waktu hari cuti am atau pun cuti sabtu ahad. Pada waktu ketika cuti tersebut kakitangan hutan lipur Lata Jarum seramai tiga orang ada ketika tiada bertugas Ini akan memudahkan penduduk kampong dan orang ramai melakukan sesuka hati mereka untuk pelbagai tujuan. Namun apa yang bolih dilakukan jika ramai yang tidak suka menghormati, suka melakukan kerosakan, menggangu ketenteraman orang ramai, membuang sampah merata-rata dan menceroboh kawasan-kawasan larangan yang telah ditentukan. Dan yang paling sedih ada pihak yang ingat bertugas di Hutan Lipur Lata Jarum tak buat kerja atau pun kerja paling mudah dalam dunia.
Spesies kura-kura ini telah ditemui kali kedua dikawasan pertumbuhan bunga pakma. Kali pertama spesies berada berhampiran tepi bunga pakma berkembang dan kali kedua ini pula lebeh kurang 20 meter saja dari bunga pakma berkembang. Apakah kaitan spesies ini kelihatan dengan bunga pakma berkembang. Untuk maklumat ini mengambil masa 4 tahun memerhatikan segala aktiviti yang berlaku pada bunga pakma dan persekitarannya.

JAMBATAN KEDUA KE LATA JARUM HAMPIR SIAP

 Jambatan kedua ke Lata Jarum telah mula dibina pada januari 2012 lepas dan kini sedang melalui proses terakhir untuk disiapkan. Dengan adanya jambatan kedua ini nanti akan membolihkan kenderaan besar seperti bas bersaiz bas express melepasi sungai di Kampong Peruas Ulu Dong. Sebelum ini jika ada pelawat atau pengunjung yang menaiki bas besar terpaksa berjalan kaki ke Pulau Chekas atau ke Lata Jarum sejauh 2 Km atau diangkut dengan kenderaan lain.
Selepas ini, insya'allah...jika pelajar-pelajar menaiki bas besar tidak perlu lagi diangkut dengan van atau lori ke Lata Jarum seperti sebelumnya. Ada kemungkinan beberapa minggu lagi jambatan ini sudah bolih digunakan kenderaan besar untuk berprogram ke Pulau Chekas atau Lata Jarum. Apa yang diharapkan nanti bukanlah untuk menjalankan aktiviti pembalakan.

PELAJAR UiTM JENGKA BERKHEMAH DI LATA JARUM

 Pada 31 Mac Sabtu seramai 31 pelajar UiTM Jenka Pahang telah menggadakan aktiviti perkhemahan. Seperti yang dimaklumkan melalui surat dan pemberitahuan dari pejabat pengurusan daerah Raub, pelajar tersebut dibawah persatuan seni silat cekak UiTM Jengka. Pelajar tersebut turut di iringi oleh jurulatih persatuan tersebut.
 Ada yang menaiki motorsikal dan menaiki kereta. Dengan semangat berpersatuan dan pelajar, mereka sampai juga ke destinasi dengan selamat untuk berkumpul menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Mereka sampai berperingkat peringkat dari kumpulan yang mula sampai seramai 6 orang dengan menaiki motorsikal. Paling akhir kumpulan yang tiba pukul 1 pagi. Apa pun semua sampai seperti yang dijanjikan dan seperti nama yang disenaraikan. Tahniah atas sikap setia kawan dalam berjanji.
Kumpulan lelaki mendirikan khemah ditepi sungai dan yang perempuan berkhemah diatas astaka seperti gambar diatas. Sebanyak tujuh khemah telah didirikan dan dilihat mereka semua sungguh gembira dan meriah sekali. Apa yang diberitahu olih beberapa peserta program mengenai aktiviti tersebut lebih merupakan santai-santai selepas peperiksaan. Apa pun pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum mengucapkan terima kasih memilih Lata Jarum sebagai tapak aktiviti untuk beriadah sesama kawan atau berpasatuan. Datang lagi...

PELAJAR UiTM PUNCAK ALAM MERISIK LATA JARUM

Sekumpulan ahli jawatankuasa program pelajar UiTM Puncak Alam tiba untuk meninjau Lata Jarum dan mengadakan perbincangan untuk menjalankan aktiviti program mereka pada 6-7 April 2012 nanti. Menurut jurucakap pelajar tersebut Cik Aziana, akan menjalankan program Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat (BBOM) yang akan disertai 120 pelajar. Tentatif program juga telah diserahkan pada pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum untuk membantu segala yang perlu pada program itu nanti.