MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 6 Mei 2011

SEBENTAR DI TASIK RABAN

 Mei 1 lepas aku pergi ke Grik Perak menghantar adik bernikah. Puhh....sikit punya jauh nak pergi dari Raub Pahang. Tapi nak guane, jodoh dia dah gitu.

Dari Kuala Kangsar ke Grik aku melalui kawasan Temenggor iaitu kawasan pelancongan negeri Perak. Kawasan ni aku lihat macam pamah saja dan jauh-jaug kelihatan permatang gunung yang tidaklah begitu tinggi sangat.

Aku singgah sebentar di perhentian Tasik Raban berhampiran jambatan yang diberi nama Raja Muda Perak.
 Dukacita dilihat kawasan yang secantik ini telah terbiar sepi tampa sebarang aktiviti perniagaan atau sebagainya.

Mengapa jadi begini ya. Sudah tentu pembinaan kawasan yang sebegini menelan belanja yang sangat besar tapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai kawasan pelancongan.

Apa pun mungkin kerajaan negeri tau apa nak buat.

Resort yang kelihatan dari hentian rehat Tasik Raban ni nampaknya sangat cantik. Tentu ramai pengunjung kesana untuk menikmati keindahan Tasik Raban ini.
Sayang aku tak mempunyai masa yang panjang untuk meninjau kawasan ini lebih dekat lagi. Mungkin satu hari kot.

KAWASAN TANAH RUNTUH

Beberapa minggu yang lepas aku melalui jalan ke Cameron Highlands dari Raub - Sg. Koyan - Betau - Ringlet - Cameron Highlands.

Pada waktu itu cuaca asyik hujan saja.

Menjadi kebiasaan jalan yang baru siap dibina itu selalu mengalami kejadian tanah runtuh. Oleh itu berhati-hatilah ketika melalui jalan ke Cameron Highlands terutama waktu malam hari dan hujan.

IKM KUALA LUMPUR BUAT PROGRAM


Jumaat petang (6 Mei) pengajar serta pelajar IKM tiba di Lata Jarum untuk mengadakan program yang berbentuk rohani dan jasmani.

Mereka akan berada disana dari jumaat hingga ahad ini.

Seperti biasa aku akan keseorangan lagi untuk berada bersama kumpulan ini sebagai tuan rumah. Dalam masa yang sama aku nak berkejar ke sekolah anak aku yang menggadakan sukan tahunan.

Khamis, 5 Mei 2011

VANDALISM

Perbuatan merosakan kemudahan awam bukanlah satu perkara baru.

Di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, semenjak dari dulu hingga kini, gejala merosakan segala kemudahan yang ada menjadi kegilaan sebilangan budak-budak kampung.

Menjadi fobia melihat sesuatu yang sempurna disini.

Beberapa kali dilihat budak-budak kampung melakukan vandalism dikawasan ini dan apabila disedari oleh pihak bertanggungjawab disini mereka akan melarikan diri. Ada sebahagiannya dibawah umur yang dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lebeh berusia suka melakukan perbuatan yang sebegini. Ramai yang sedar perkara sebegini berterusan, tapi tiada tindakan yang diambil. Melaporkan pada pihak polis juga telah dilakukan dan mendukacitakan juga. Mungkin semua beranggapan, ini tanggungjawab kakitangan yang bertugas di situ seramai tiga orang perlu mengawal keadaan disitu.

 Cermin tingkap yang menjadi sasaran perbuatan vandalism sudah menjadi perkara lumrah di Lata Jarum.

Mungkin pelaku perbuatan ini sungguh fobia melihat cermin tingkap gelap hinggakan tidur malam mengenangkan tingkap ini.

Oleh itu, lebeh baiklah dipecahkan supaya boleh tidur malam dan hati pun puas.

Seperkara lagi, adakah mungkin dengan merosakan kemudahan disini akan merosakan pretasi kakitangan disini dan mengurangkan pengunjung yang datang kesini saban hari.

Sembilan keping tingkap habeh musnah dibaling dengan batu. Sudah tentu untuk membaikinya semula memerlukan kos yang banyak.

Dewan ini agak jauh dari pusat penerangan dimana kakitangan yang bertugas berada disana.

Pengawal keselamatan memang tiada disini. Untuk mengambil tanggungjawab mengawal siang dan malam disini, sudah tentu tidak mungkin berlaku oleh kakitangan yang sedia ada.

RAFFLESIA LATA JARUM

 Baru-baru ini satu tinjauan dilakukan ke kawasan bunga pakma untuk melihat perkembangan pertumbuhannya.

Hasil dari tinjauan disemua kawasan yang terdapat pertumbuhan spesies tersebut didapati banyak kudup-kudup bunga tersebut telah rosak disebabkan serangga dan mungkin juga disebabkan kelembapan yang berlebehan yang mana sejak kebelakangan ini setiap hari hujan turun dikawasan Lata Jarum.

Kedapatan juga banyak pokok-pokok besar dikawasan tersebut tumbang disebabkan kereputan teras dan batang. Dengan keadaan yang sebegini, boleh juga dikaitkan dengan pemanasan global yang melanda waktu kini.

Walau bagaimana pun, tumbuh tumbuhan disepanjang jalan menuju kekawasan bunga pakma ini yang sepanjang satu kilometer didapati tumbuh dengan begitu subur. Oleh yang sedemikian, boleh juga diandaikan kawasan "secondry" ini sedang dalam proses pertumbuhan komuniti baru dalam perkembangan genarasinya.
Sarang burung ini didapati baru saja disini yang mana mungkin beberapa ketika kebelakangan ini kurang pengunjung datang kesini.

Ini menunjukan sebagai tanda ukur kawasan ini perlu dikawal dari pengunjung yang begitu ramai menganggu kehidupan fiona disini.