MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 24 November 2011

MAKLUMAN KONTRAKTOR LATA JARUM

Tandas belakang pusat penerangan (Tandas wanita) : Dua sinki basuh tangan pecah, cermin muka pecah dan beberapa tile dinding pecah. 

Tandas awam belakang pusat penerangan (Tandas lelaki) : Satu sinki pecah dan satu cermin muka pecah.

Tandas awam berhampiran gerai : Satu sinki pecah dan satu cermin muka pecah.

Tandas awam berhampiran gerai : Beberapa siling pecah.

Dewan serbaguna : Tiga bidang cermin pecah. Setiap satu bidang mempunyai tiga keping cermin tingkap gelap. (Frame cermin tingkap pun hilang)

Dewan serbaguna : Keadaan cermin yang pecah.

Astaka : Keadaan pendawaian eletrik yang tidak sempurna.

Tandas awam belakang pusat penerangan : Penutup lubang kubahan hilang dan pecah, perlu gantian segera.

Pusat penerangan : Beberapa keping atap rosak ditimpa ranting pokok.
Pusat penerangan : Sebuah pintu rosak serta tombol kunci.

Pusat penerangan : Pagar balkoni dirosakan dan perlu pembaikan.

LAWATAN KERJA PENOLONG PENGARAH HUTAN LIPUR NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Lawatan yang sungguh bermakna bagi Hutan Lipur Lata Jarum pada hari ini dengan ketibaan En. Rosilan Penolong Pengarah dan Renjer Za'aba dari Unit Hutan Lipur Negeri Pahang. Lawatan tersebut sebenarnya meraikan beberapa kakitangan UKM membuat tinjauan untuk mengadakan Seminar & Bengkel Pendedahan Potensi Eko-Pelancongan yang akan diadakan pada 27 Disember 2011.Mesyuarat ringkas juga telah diadakan di Pusat Penerangan Lata Jarum bersama Ketua-ketua Kampung serta Penghulu Ulu Dong.

Selepas mesyuarat dan tinjauan oleh pihak UKM beberapa sesi perbincangan dengan pihak Lata Jarum telah diadakan pula dengan sepenuhnya  bersama En. Rosilan serta Renjer Za'aba. Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan progres sekali dan mendapat perhatian yang sewajarnya dari En. Rosilan. Pihak Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian dapat berbincang tentang pelbagai perkara berbangkit dan diharap En. Rosilan tidak menghampakan dengan segala keperluan yang telah dinyatakan dengan disaksikan oleh Renjer Za'aba. 

Gambar di atas menunjukan bunga pakma yang masih belum berkembang. Mungkin beberapa hari lagi akan kembanglah tu. "Tuan tak bernasib baik, bunga takde yang kembang pulak....." apa pun, terima kasih sudi melawat kawasan Rafflesia Lata Jarum.

YANG PERLU DIKETAHUI SIKIT KETIKA BERADA DALAM HUTAN

Memang ada terdapat harimau putih di dalam dunia ini tapi selalu menjadi mitos masyarakat Malaysia jika terjumpa beberapa binatang buas berwarna putih bukanlah binatang yang sebenar. Ia lebih merupakan binatang jelmaan dari puaka hutan. Oleh yang demikian kalau terjumpa, buat tak tau saja dan kalau sedang memburu jangan di apa-apakan. Percaya atau tidak terpulanglah, bukankah di Malaysia tidak terdapat harimau putih dan juga rusa, kancil, pelanduk, kambing hutan atau kambing gurun...???

Harimau belang yang terdapat di Malaysia sudah agak berkurangan. Angka yang sebenar atau paling tepat tidak diketahui, cuma seperti andaian saja banyak diperolehi hanya untuk dokumentasi sebagai melakukan tanggungjawab saja.. Apa pun di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum sehingga kini, alhamdulillah tiada terdapat binatang buas kecuali pernah terjumpa ular sawa dan tedung saja.

TEMPAT MENARIK SEPERTI PHOTO YANG SEAKAN-AKAN BOLEH DICARI

Tempat seumpama ini banyak terdapat didalam hutan kita. Antaranya seperti di Sungai Salan Jerantut Pahang

Gua dibawah air terjun seperti ini sukar sikit dijumpai, kecuali orang-orang yang sangat selalu ke hutan seperti orang asli, orang kampong mencari rotan, pemburu, pembalak, goelogi atau penyelidik hutan mungkin ada menjumpai kawasan seperti ini.

Kawasan seumpama ini juga agak mudah dijumpai seperti pergi ke gunung stong kelantan.

Dimana mana boleh dijumpai jika berjalan diwaktu subuh atau selepas hujan.

Jalan seumpama ini juga agak mudah dijumpai.

Mungkin ada sedikit menyerupai kawasan Tasik Taiping.

Laluan berhutan begini mengingatkan aku di jalan Kuala Kubu ke Bukit Fraser berhampiran air terjun ditepi jalan tersebut.

Cubalah pergi ke Sungai Salan Jerantut Pahang. Mungkin ada sedikit persamaan kawasan air terjun ini dan malah mungkin lebeh menarik dari photo ini. Cubalah pergi sekali.....

Ahad, 20 November 2011

LATA JARUM MEMORIES 2011

Penang Botanic Garden Staff

Prof. Dr. Jumaat Adam


David & GF from Sabah

With me

Mr Subadron & me

Norashikin from Putrajaya

Monitoring

UKM

UKM Student with me

Student study the Rafflesia insect

Kids from Italy

Groups from Kuala Lumpur


Manfenny from Kuala Lumpur

Hashim tour guide Tuah Travel Agensi

Mr Hassan & wife from Tuah Travel Agensi

LAWATAN KAKITANGAN PENANG BOTANIC GARDEN KE LATA JARUM