MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 19 Julai 2010

PROGRAM DI LATA LARUM

Untuk makluman pada yang berminat mengadakan program di Lata Jarum di mohon dengan jasa baiknya menghubungi Lata Jarum untuk tujuan tersebut disebabkan setiap hujung minggu kini dipenuhi tempahan pelbagai pihak untuk menganjurkan program. Ini supaya dapat mengelakan berlaku program berlapis yang mana kemudahan disini amat terhad. Untuk itu juga dimaklumkan bahawa walau pun program telah mendapat kelulusan dari pihak jabatan perhutanan, kawasan hutan lipur Lata Jarum tidak akan ditutup pada orang ramai untuk berekreasi. Namun begitu pihak jabatan perhutanan akan melakukan pemantauan supaya program yang diadakan tidak diganggu. Kawasan hutan lipur Lata Jarum amat sesuai sekali untuk program yang disertai oleh kumpulan yang kecil umpamanya 50 orang supaya mendapat keselesaan yang sebaik mungkin. Namun begitu, jumlah yang sebegitu besar seperti 200 orang mungkin tidak selesa bagi peserta yang mengikuti program disebabkan kemudahan yang begitu terhad.

Terperuk di Lata Jarum sekian lama, sekali sekala nak juga tengok-tengok bandar. Kalau kat Lata Jarum dikelilingi hutan kayu, kat bandar dikelilingi hutan batu pulak. Bezanya hutan batu ni panas lah sikit dan kadang-kadang banyak panas Oooo.... kat hutan kayu tak de lah gitu. Cool aje. Namun begitu ada juga tempat yang sejuk kat hutan batu ni. Tempat ada "air-cond" la. So, sambil-sambil ubah angin tu dapat lah aku cari idea untuk menambah baikan kerja aku kat Lata Jarum tu. Bukan saja untuk itu, dapat juga lah bawak famili riadah sekali. Jadinya, sambil makan angin, dapat belajar, riadah sama famili, ziarah sedara, buka fikiran dan macam-macam lagi. Jangan bukak seluar udah le. Dalam hutan tak pa le.. monyet tak kisah....


PUSAT PENYELIDIKAN UKM BUKIT FRASER


Pada bulan Jun yang lepas aku berpeluang mengikuti satu lawatan yang dianjurkan pihak Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia di tapak pusat penyelidikan UKM Jeriau Bukit Fraser yang mana menerima lawatan sepuluh pakar penyelidik dari institiut penyelidikan Universiti Amerika Syarikat. Lawatan tersebut apa yang difaham oleh pegawai UKM pada aku yang tak berapa faham ini, merupakan satu lawatan tinjauan untuk menjalin usahasama penyelidikan bersama UKM dimasa akan datang dan berkemungkinan Bukit Fraser akan dijadikan salah satu kawasan penyelidikan berskala tinggi bagi kawasan tanah tinggi khususnya di semenanjung Malaysia. Jika segalanya menjadi kenyataan nanti, Bukit Fraser akan menjadi satu kawasan penyelidikan yang bernilai tinggi, bukan saja pada penyelidikan namun boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan saintifik lebeh pada eko-pelancongan. Harap-harap betul lah apa aku tulis ni. Kalau tak betul orang UKM komen lah. Boleh rubber balik...

BUKIT FRASER 2010


Bukit Fraser sebahagian dari daerah Raub Pahang Darul Makmur. Kawasan ini tidak lebeh dari tempat peranginan yang popular bukan saja bagi negeri Pahang tapi juga bagi semenanjung Malaysia. Kini setelah dinaik taraf pada semua bahagian pembangunan sedia ada telah merubah sedikit wajah little england ni. Bagaimana pun tiada pembangunan baru dilakukan dikawasan Bukit Fraser ini yang mana permukaan muka buminya yang sangat berbukit-bukit telah mengoptimumkan sebarang pembangunan yang baru. Malah dimasa ini, sudah terdapat banyak runtuhan disana sini dipersekitaran kawasan ini yang mana menunjukan bumi telah semakin tua dan sudah menjadi fenomena dunia. Tidak dapat tidak perkara tersebut perlu diakui pelbagai pihak. Apa pun, Bukit Fraser akan terus kekal seperti sedia ada yang dikelilingi oleh hutan yang asli yang akan menjadi "trade mark" sehingga bila-bila. Mungkin Bukit Fraser dimasa ini tidak menguntungkan bagi pihak tertentu, namun siapa tahu dimasa akan mendatang, bila kawasan berhutan sudah hampir tiada, akan menjadi kawasan yang bernilai tinggi untuk dilawati. Apakah mungkin sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Mungkin dijangka masa itu, itu melawati Bukit Fraser yang dikelilingi hutan asli anda terpaksa membayar RM 200 untuk sekali masuk dan untuk bermalam bagi semalaman anda terpaksa membayar RM 1,000 untuk sekadar menikmati udara hutan yang masih ada mungkinnya.