MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 11 Disember 2010

SEBAHAGIAN KUMPULAN YANG TELAH MENJALANKAN PROGRAM DI LATA JARUM

Jejaka dari Pulau Indah Selangor 2 hari 1 malam.
 Dari Maktab Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur menggadakan program. 3 hari 2 malam
Unit Memanjat Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menggadakan kursus kali pertama selama 7 hari 6 malam.
Unit Memanjat Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengadakan kursus memanjat kali kedua selama 7 hari 6 malam.
Unit Memanjat Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menggadakan kursus kali ketiga selama 7 hari 6 malam.
 Penolong Pegawai Daerah Raub serta kakitangan meninjau pembangunan Lata Jarum.
 Universiti Kebangsaan Malaysia memantau pertumbuhan bunga pakma.
 Pelajar dari Universiti Sains Malaysia menjalankan kahian burung dan haiwan liar.
 Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi menjalankan kajian kepelbagaian biodiversiti.
 Riadah keluarga dari Kelang Selangor.

Perkhemahan 3 hari 2 malam.
 Majlis penutup majlis perwakilan pelajar Maktab Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur.
Pengunjung dari Johor Bahru 2 hari 1 malam

JOM REDAH HUTAN

 Minat dengan alam semulajadi adalah sentuhan pertama dihati. Dengan adanya minat, barulah datang keinginan untuk meredah hutan yang penuh mencabar.

Pada yang mempunyai pengalaman memasuki hutan tidaklah payah nak cerita apa pun macam susahnya masuk hutan.

Ini nak cerita pada yang tak pernah masuk hutan tapi teruja nak masuk disebabkan kekawan dah pernah masuk.
 Apa da dalam hutan tu....???

Kalau nak cerita, berbuih mulut sampai mati tak habeh, kalau banyak ilmu la tang hutan.

Kalau tau sesikit, taklah banyak mende nak diceritakan. Jadi bergantung pengetahuan seseorang.

Jutaan perkara boleh diceritakan terdapat dalam hutan kita di malaysia ini.

Dari tumbuhan, sungai, batu, bukit, gunung, tasik, gua hinggalah hantu, puaka, bunian dan banyak lagi.
 Kekadang ada pengunjung yang tak berapa mengetahui mengenai hutan ingin menunjuk ego.

Yang sebeginilah selalu mendatangkan masalah dalam kumpulan pabila memasuki hutan. Sudah banyak terjadi dimana mana.

Jika kita tidak mengetahui selok belok sesuatu kawasan hutan yang hendak kita pergi, eloklah kita mencari seseorang yang biasa dengan hutan ini dan janganlah sayangkan sedikit duit.
 Apa berjalan dihutan sama dengan dibandar....???

Tidak sama sekali,

Berjalan didalam hutan mempunyai keseniannya tersendiri. Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai seni silat atau pun seni tari boleh banyak membantu mengurangkan keletihan berjalan didalam hutan.

Kesenian yang saya maksudkan pabila berjalan dipelbagai bentuk muka bumi dan rintangan didalam hutan banyak menggunakan pandangan mata, imbangan badan, tangan dan kaki perlu peka dengan sentuhan lantai hutan supaya mengelakan kecederaan kaki terutamanya. Jika kaki tercedera, kesukaran untuk keluar dari hutan dengan segera jika kecemasan berlaku. Inilah yang perlu dijaga.
 Berada didalam hutan ada kemungkinan kita akan menemui perbagai benda yang pelik kekadang tu.

Jangan cuba mengambil apa apa yang dirasakan agak pelik atau lebeh senang saja jangan ambil langsung.

Terlalu banyak kejadian para peredah hutan yang tak berpengalaman mau pun yang dah teror dalam hutan sangat berlaku apabila mengambil sesuatu yang agak pelik.

Bagi orang yang yang berpengalaman seperti orang kampung atau orang asli mengatakan, ada sebilangan benda dalam hutan dijaga oleh makhluk hutan yang tidak dapat kita lihat.

Oleh itu berhati hati dengan benda yang cantik cantik dalam hutan.
Beraktiviti didalam hutan kadang kala tidak meletihkan sangat dan pabila kita keluar saja dari hutan, kita baru terasa akan keletihannya.

Mengapa....???

Semua orang mengetahui didalam hutan terlalu banyak oksigen yang segar yang disedut tubuh badan dan menyegarkan semua organ organ tubuh seperti paru paru, sel kulit, otak dan lain lain lagi.

Itu sebab jika kita berada dalam tempoh yang lama sikit akan menyegarkan minda seterusnya tubuh badan kita.

RAFFLESIA BERKEMBANG LAGI

Melihat bunga pakma berkembang memang amat dinantikan oleh para pengunjung ke Lata Jarum.

Objektif mewujudkan kawasan ini dan dibuka kepada orang ramai adalah bertujuan memberitahu bahawa bunga ini juga wujud di semenanjung malaysia dengan begitu banyaknya.

Persepsi oran ramai mengatakan bunga pakma hanya wujud di sabah serawak tidaklah benar sama sekali.
 Bunga pakma hanyalah tumbuhan perasit yang menumpang pada sejenis akar dan tidak boleh dimakan.

Ia memakan masa yang panjang untuk berkembang dan setelah mula berkembang hanya memakan masa beberapa hari saja.

Kelazimannya, selepas tiga hari berkembang, bunga ini akan mula bertompok tompok hitam dan seterusnya menghitam keseluruhannya seperti terbakar.

Oleh yang demikian, tiada lagi sebarang kajian untuk mengekalkan bunga ini cantik berkembang sepanjang masa untuk ditonton oleh orang ramai.
Bunga pakma ini mengeluarkan bau yang amat busuk bila telah layu dan kehitaman.

Beberapa jenis serangga seperti lalat banyak memasuki lubang bunga ini dan apabila telah buruk dan reput, terdapat banyak cacing halus dilubang bunga ini.

UKM BERTAPAK DI LATA JARUM ???

Lawatan kerja Profesor Dr. Sahrim Dekan Fakulti Sains & Teknologi UKM Bangi merupakan satu sesi tinjauan untuk membangunkan tapak pusat penyelidikan luar UKM di Lata Jarum.

Beberapa kakitangan yang lain turut mengiringi beliau serta ketua penyelaras pusat penyelidikan Bukit Fraser Profesor Dr. Jumaat Adam.
 Pada 27-30 Nov baru baru ini satu ekspedisi kajian komuniti penduduk Ulu Dong dijalankan dengan disertai 30 siswa siswi UKM.

Kajian tersebut berhubung kesan pembangunan Lata Jarum terhadap penduduk setempat dan juga berkaitan eko-pelancongan.
 Kajian juga dilakukan sehingga kekawasan penempatan pelancongan di CountryView Resort Jeram Besu yang mana sebahagian produk pelancongannya berorentasi eko-pelancongan.

Sebilangan pelancongan syarikat pelancongan tersebut dibawa ke Lata Jarum dari masa kesemasa.
 Kunjungan ke pejabat penghulu Ulu Dong bertemu En. Omar amat bermakna sekali dengan kerjasama yang diberikan serta maklumat terkini yang diberikan mendapat input yang tepat untuk sepanjang ekspedisi dijalankan.
 Menemuramah pelancong luar negara dapat memberi input kajian matlamat eko-pelancongan serta pelancongan saintifik.

Dengan adanya maklumat dari pelancong luar negara, sistem pengurusan eko-pelancongan dapat dipertingkatkan dengan lebeh baik lagi.
Pertemuan dengan Ketua Kampung Pamah Rawas Ulu Dong En. Ahmad bin Jantan serta keluarga memberi kenangan yang manis serta mendapatkan maklumat kampung secara terperinci.

UKM BERTAPAK DI LATA JARUM ???







AKTIVITI LASAK TAMPA HENTI DARI LATA JARUM - LATA BEREMBUN - CAMERON HIGHLANDS

 "The Foresters Club" team pada 20-24 Nov yang lalu telah membawa sekumpulan 'pencinta alam' dari Austria dan Iran meredah hutan dan sungai.

Aktiviti yang memerlukan stamina yang begitu baik untuk melansungkan kelasakan yang tampa henti ini.


Keceriaan berada di Cameron Highlands menikmati suasana hutan tanah tinggi dengan ladang ladang teh yang begitu luas.

Kesempatan untuk menjadikan kenangan diambil tampa membuang masa.
 Lawatan ke MARDI dan mengambil peluang melihat keseluruhan kawasan dengan pelbagai tanaman pertanian untuk kajian serta dilihat pelawat.

Tanaman strawberri juga berada dikawasan ini dan memberi peluang orang ramai untuk membelinya dengan memetiknya sendiri.
 Berada di hutan lumut (Moses Forest) untuk pertama kalinya memang mengujakan pengunjung.

Gambaran hutan tanah tinggi dengan pelbagai spesies dapat dilihat dari dekat.

Jika cuaca tidak berkabus, keseluruhan kawasan bandar Ipoh Perak dapat dilihat dari kawasan hutan lumut ini.
 Aktiviti meredah sungai yang berjeram dan berbatu boleh dilakukan semua orang jika ada kemahuan.

Meredah sungai yang sebegini memerlukan kesabaran dan kecekapan diri.

Sedikit kecuaian boleh mengakibatkan kecederaan atau pun kematian.

Mata sentiasa memain peranan semasa melalui kawasan sepanjang sungai ini untuk memastikan kawasan yang selamat untuk dilalui dan berwaspada pada habitat sungai yang berada disitu seperti ular sawa.
Rehat dan santai adalah konsep untuk riadah hutan. Jika kepenatan tidak terkawal boleh mendatangkan bahaya.

Namun begitu jika program "Jungle Servivor" lain pula konsepnya. Ia memerlukan perjalanan yang berterusan sekononnya untuk kelangsungan hidup untuk melepasi keluar dari kawasan hutan.

Apa yang dibawa oleh "The Foresters Club" team Lata Jarum cuma jalan dan santai untuk menikmati alam semulajadi disamping mengenali tumbuhan hutan.

SEPANJANG NOVEMBER

Hari keluarga sekolah menengah kebangsaan Benta diadakan dengan begitu meriah sekali bersama ahli ahli keluarga.

Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sesuana dan diakhir majlis hadiah hadiah disampaikan oleh pengetua sekolah tersebut.
 Sekumpulan warga pendidikan dari Kuala Lumpur
menggadakan aktiviti meredah hutan dan sungai di
kawasan Lata Jarum dan ingin menjadikan aktiviti
sedemikian sebagai acara bermusim dimasa akan datang untuk menguji tahap skill kelasakan mereka
sebagai dayaukur.
 Tidak puas di Lata Jarum aktiviti menjelajah gua juga
dilakukan kumpulan dari Kuala Lumpur ini.

Kesukaan melihat gambaran bentuk bentuk batu dapat ditafsirkan dengan persepsi mereka sendiri dengan dibantu pemandu arah dari "The Foresters Club" yang berpengkalan di Lata Jarum.

Lokasi Gua Kechik ini dengan 25 minit sahaja dari Lata Jarum tidaklah begitu jauh untuk pergi.
Tinjauan ke Lata Berembun oleh "The Foresters Club" team untuk memantau jalan keluar masuk serta lokasi perkhemahan dikawasan air terjun.

Jalan yang selalu digunakan kelab 4X4 Sungai Chalit menyebabkan jalan keluar masuk begitu mencabar sekali hinggakan kenderaan 4X4 standart tidak dapat melaluinya dan ada bahagian jalan sehingga motorsikal pun tidak dapat melaluinya, kecuali jika kesungguhan bersama kumpulan dilakukan, baru dapat melepasinya.



PILIHAN LOKASI BERGAMBAR


Sebahagian besar pengunjung ke kawasan ini suka merakamkan kenangan mereka untuk dikongsi bersama keluarga atau pun sahabat handai. Dengan persekitaran yang menghijau serta landskap semulajadi menjadikan latarbelakang gambar begitu menarik ditambah dengan air terjun yang berbatu besar.