MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 9 Ogos 2012

LAWATAN MEDIA & AGENSI PELANCONGAN SEMPENA IHYA RAMADHAN 2012

 Pendaftaran di Hotel RiverView pada 5 Ogos 2012 disambut olih pegawai2 tourism kelantan yang comel lotey sementara menunggu peserta2 dari kuala lumpur dan check in bermula jam 12 tengahari sehingga 2 petang.
 Jam 3 petang mula berkumpul untuk memulakan aktiviti ihya ramadhan ke masjid muhammadi kota bahru yang tidak jauh dari hotel penginapan dengan menaiki bas yang disediakan.
 Selepas aktiviti ibadah di masjid muhammadi dibawa ke perdana resort untuk makan co'lek
 Inilah dia makanan co'lek yang disediakan untuk kami sehingga sepuasnya. Terima kasih Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan yang sungguh enak sekali.
 En Zaidun pengurus besar perdana resort turut menyambut dan meraikan kami penuh mesra. Sebelum kepulangan kami disampaikan cenderahati untuk semua peserta program. Terima kasih pada pihak perdana resort yang sungguh mesra melayani kami.
 Sempat juga bergambar kenangan sebelum pulang ke hotel jam 12 tengah malam.
 Lawatan ke makam Tok Kenali salah seorang ulamak terkenal Kelantan. Turut menyambut kami ada pewaris keturunan Tok Kenali yang dikenali sebagai Tok Ayah dan menyampaikan taklimat2 yang sungguh bermaklumat pada kami.
 Di Kampong Laut kami berpeluang melihat pengusaha2 memproses serunding dengan skala sederhana untuk pasaran tempatan dan luar kawasan.
 Makam Tok Selehor dibawa juga untuk lawatan kami dan disambut olih pewaris yang dikenali sebagai cikgu faizal menyampaikan maklumat2 yang sangat bermafaat.
 Masjid Beijing yang dibina 2006 sebagai produk pelancongan kelantan.
 Rombongan kami disambut dan diumumkan pada jemaah di kawasan stadium muhamad IV yang mana terdiri khemah besar yang mana malam tersebut majlis tadarus bersama 3000 pelajar pondok seluruh kelantan disamping bertarawih yang di imamkan olih 3 imam dari Mesir secara bergilir-gilir. Program sebegini tiada terdapat di negeri2 lain di Malaysia kecuali di Kelantan sahaja. Di lihat dengan anggaran saya lebih kurang lebih dari 5000 jemaah menghadirinya hampir setiap masa. Subhanallah.....
 Selesai Tarawih dan tadarus ke restoran makan co'lek lagi dengan hidangan yang sungguh menyelerakan sekali sehingga hampir tak termakan. Masya'allah....
 Masjid kampong Laut dengan pembinaan tampa paku atau skrew. Semua peserta dibawa berjemaah disini sebelum ke Pulau Suri.
 Sempat bergambar kenangan di Masjid Laut sebagai kenangan.
 Hari ke3 kami dibawa ke Pulau Suri dengan menaiki bot sejauh 15 minit dan diberi pada keluarga angkat. Penduduk kampong suri mempunyai 500 rumah kediaman yang mempunyai bekalan letrik 24 jam dan air serta laluan2 bersimen.
 Penyampai radio IKIM berkesempatan menemuramah para peserta dengan bersiaran dikaki lima berhampiran pejabat Kementerian Pelancongan Kelantan.
 Bergambar kenangan sebelum berlepas pulang di hadapan Pusat Kraftangan Kelantan bersama2 pegawai pelancongan Kelantan.
Aku sempat juga bergaya dengan cermin mata terapi yang dibeli di Lapangan terbang Sultan Ismail sebelum kami semua berpisah ke destinasi masing2. Harap bini aku tak marah ni.....hohoho