MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 27 Ogos 2012

ADAKAH BUNGA BERKEMBANG LAGI DIKAWASAN LATA JARUM ???

Beberapa bulan kebelakangan ini aku dah lama tak masuk hutan memantau perkembangan populasi bunga pakma. Entah ada entah takde lagi. Maklumlah setelah beribu orang masuk melihat bunga tersebut sama ada melalui jabatan atau persendirian, populasi bunga tersebut sudah semakin merosot pertumbuhannya.

Walau bagaimana pun, diharap populasinya akan terus berkembang dikawasan Lata Jarum seadanya untuk dilihat masyarakat setempat untuk pembelajaran serta kecintaan alam sekitar.

Diharap orang ramai dapat bekerjasama mengenai perkara ini tampa kompromi. Jika tiada kerjasama orang ramai mengenai pemeliharaan alam sekitar yang begitu kaya dengan khazanahnya, tiadalah lagi generasi akan datang untuk menikmati kewujudannya yang tiada nilainya.

Bunga yang dipaparkan setelah hari ke empat berkembang. Bunga pakma hanya cantik hanya tiga hari sahaja dari mula berkembang penuh. Selepas itu, ia akan mula kelihat kehitam hitaman untuk mereput. Olih itu kalau aku call, cepat cepatlah datang kalau nak tengok bunga yang terbesar di dunia ada di Lata Jarum Raub. Raub kaya dengan khazanah buminya, ingat emas aje ke ada. Uranium pun ada iaitu sejenis bahan membuat nuklear.