MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 2 Januari 2010

SUKSIS UiTM MENAMATKAN PROGRAM DENGAN JAYANYA




BERITA TERKINI

Penolong Pegawai Hutan Daerah Raub En. Yusof bin Shafie yang bertugas di Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands telah meninggal dunia jam 11 malam (2 Jan 2010 Sabtu) di kampung beliau di Ulu Cheka Jerantut. Saya mengucapkan takziah pada ahli keluarga dan semoga roh beliau ditempatkan bersama sama para solihin. Allahyarham pernah bertugas di Ibu Pejabat Perhutanan Johor Bahru, Pulau Pinang dan bertukar ke Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Beliau sepatutnya telah bertukar dan menangguh akibat sakit. Allahyarham dipercayai akan dikebumikan pada hari esok (3 Jan 2010) di kampung Ulu Cheka Jerantut.

Sehubungan dengan itu salah seorang anggota jurulatih kadet polis UiTM yang menjalankan program di Lata Jarum pada 28 Dec 2009 hingga 2 Jan 2010 baru baru ini telah meninggal dunia di Hospital Raub setelah tiba tiba tumbang di Lata Jarum pada hari ketibaan allahyarham pada 26 Dec 2009. Allahyarham dipercayai menghidap sakit jantung. Takziah pada keluarga allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama sama para solihin.

KEM PERKHEMAHAN KADET POLIS UiTM SHAH ALAM

Peserta Kadet Polis UiTM Shah Alam melawat Rafflesia di Lata Jarum yang tiada berkembang
Berada dikawasan gugup sungai melihat air yang keluar dari gua batu yang menyejukan

Sukarelewan Siswa/Siswi Kadet Polis UiTM Shah Alam sedang beraksi dihalaman kompleks Lata Jarum. Pelbagai aktiviti sepanjang berada di Lata Jarum yang dikendalikan oleh pasukan jurulatih PDRM (Gerak Am). Seramai 112 peserta dari 200 orang telah mengikuti program kem perkhemahan tersebut dengan jayanya dan penuh gemilang.