MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 9 Oktober 2010

SELEPAS HARI RAYA MELETUP LAGI

Pada bulan puasa yang lepas kesunyian Lata Jarum sangat terasa disebabkan tiada aktiviti dijalankan. Saya ingat selepas hari raya pun mungkin masih tiada aktiviti dan boleh lah berehat-rehat atau buat kerja yang sepatutnya.

Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila serangan bertalu-talu dari pelbagai pihak menjalankan aktiviti.

Masalahnya saya tiada pembantu yang betul-betul berminat. Setiap masa kedatangan pelbagai pihak saya terpaksa menguruskan keseorangan diri. 

Namun begitu saya agak selesa sedikit apabila kumpulan pelajar-pelajar dari universiti mempunyai pembantu dari kalangan pelajar master dan beberapa kakitangan.

Saya sangat mengalu-alukan sukarelewan dari mana-mana untuk membantu jika ada.

Ahad, 3 Oktober 2010

PUSAT PENERANGAN LATA JARUM DITIMPA POKOK

Sabtu Oktober 2010

Pusat Penerangan Lata Jarum yang juga merupakan pejabat Unit Hutan Lipur Daerah Raub Zone Timur telah ditimpa pokok mati dan dipercayai kejadian tersebut berlaku tengah malam tersebut.

Setelah pemeriksaan pada pokok tersebut didapati telah diserang oleh anai-anai dengan begitu teruk sekali.

Akibat dari kejadian, beberapa keping atap bangunan tersebut telah pecah beberapa keping.

Pemeriksaan dalam bangunan didapati beberapa keping si;ing juga telah rosak dan kesan-kesan air membasahi.

Laporan serta merta telah dibuat pada ketua renj Renger Tingkatan Kanan En. Najib Shauqi..

Bagaimana pun tindakan membaik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin oleh pejabat hutan daerah Raub.