LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Sabtu, 6 April 2013

BUAH-BUAHAN HUTAN YANG SEDAP DIMAKAN

 Rambai hutan

Jika terjumpa didalam hutan, buah rambai agak senang diambil disebabkan tidaklah tinggi sangat untuk dipanjat. Lazimnya ketinggian buah ini lebih kuran 10-20 kaki dari paras tanah.

 Buah keranji

Buah ini kalau nak ambil tersangatlah tingginya. Lazimnya kalau nak panjat pun nak betul-betul gagah perkasa sebab bolih mencapai 25-35 meter ketinggiannya dan perlu kehujung dahan pulak. Silap-silap bolih mati jatuh ke tanah. Olih itu, tak payahlah susah susah sangat.

 Kundang romania

Untuk nak ambil buah ini pun agak tinggi jugak jika pokoknya dah besar balak. Ada pun juga kekadang tu terdapat pokok yang rendah dan senang untuk diambil dengan menjoloknya dengan galah. Kalau pandai memanjat lagi bagus dan bolih makan sepuas hati diatas pokok.

 Buah rotan manau

Ada yang tinggi dan ada yang senang dicapai. Kalau betul-betul masak sangat sedap.

 Salak nangka

Pokok salak ni banyak duri cabaran untuk mengambilnya. Kalau sudah masak dari jauh lagi dah berbau nangka. Kalau lapar bolih jugak mengenyangkan perut. Ada pun juga jika tidak terdapat pada bahagian pokoknya, cuba gali kedalam tanah disebabkan ada yang masak dalam tanah. Lagi sedap pengalaman aku menjumpainya di hutan Ulu Tembeling dulu.

Buah Taban

Buah ini lebih kurang dengan tampoi. Beza tamban dengan tampoi, tumbuhnya taban pada batangnya dan tampoi pulak pada semua bahagian pokok. Taban agak kejun sikit isi dalamnya sementara tampoi agak lembut isinya. Sangat sedap dan mengenyangkan.


Tiada ulasan: