MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 28 Julai 2010

WAJAH LATA JARUM


Bangunan surau yang baru dinaik taraf untuk kemudahan pengunjung beribadat. Surau ni sentiasa menerima sumbangan orang ramai.

TAN SIEW PING DATANG LAGI SABTU NI..



Nama ni dah regular sangat kat Lata Jarum. Pelajar ni akan menghabiskan kajianya selama 2 tahun dalam hutan persekitaran Lata Jarum berkaitan kajian serangga di kawasan bunga pakma. Saban masa beliau datang dan balik ke UKM untuk kajian  tersebut. Turut menyertainya dua pelajar under grade selama setahun bersama beliau  bergelumang dgn pacat menghabiskan kajian disana.

NABILA NAK DATANG


Nabila bukanlah spesies rama-rama ataupun gorilla hutan. Ia adalah nama seorang wanita dari universitas trengganu yang akan membawa segerombolan kawan-kawannya ke Lata Jarum yang dijangkakan pada 6-7 Ogos ini. Penanguhan yang beberapa kali menunjukkan betapa mencabarnya seseorang itu menjalankan tanggungjawab terhadap organisasinya. syabas & sabar cik Nabila nasyabila..

PROGRAM PAKAIAN SERAGAM PERTAMA DAERAH RAUB


Sejak pengurusan perhutanan di tempatkan pada 2008, inilah julung kalinya program dari sekolah-sekolah daerah raub. Aktiviti kadet polis yang disertai dari pelbagai sekolah menengah daerah raub yang dianjurkan bersama oleh pasukan PDRM raub serta PGA kuantan serta guru-guru sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Menurut guru yang terlibat dengan program tersebut, tidak mengetahui bahwa Lata Jarum sudah pulih dari "pencemaran" yang begitu lama.