MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 27 Mei 2009

PEMBERITAHUAN

Pada masa ini tiada Bunga Pakma yang kembang. Kalau ada pun yang sudah memburuk atau sudah berwarna h itam. So, nak buat macam mana. Bunga Pakma apabila kembang tidak bertahan lama. Ia berkembang cantik cuma tiga hari saja. Lepas tu sudah bertukar warna hitam dan terus memburuk serta mengeluarkan bau yang sangat busuk. Seperti bangkai. Yang merisaukan adakah Bunga Pakma akan kembang bila Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen datang nanti. Mengikut pemantauan, tidak ada lagi. Tapi kalau ada yang kembang, bolehlah kata memang Lata Jarum bertuah betul.

PEMANTAUAN SENTIASA DILAKUKAN


SERONOKNYA PROF. DATO' DR. SHARIFAH HAPSAH BERSAMA RAFFLESIA


KEDATANGAN PEGAWAI-PEGAWAI PELANCONGAN

Lebih kurang jam 6.44 ptg serombongan pegawai-pegawai pelancongan tiba di Lata Jarum. Mereka diberikan taklimat perkembangan Lata Jarum. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk pembangunan Lata Jarum. Setelah dua jam kemudian mereka berlepas pulang. Hujan turun mencurah-curah menyejukkan lagi suasana Lata Jarum. Semoga segala usaha kami di Lata Jarum beroleh keberkatan.

LAWATAN MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA KE LATA JARUM

Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan Malaysia akan mengadakan lawatan rasmi ke Lata Jarum Hulu Dong Raub pada 31 Mei hari ahad dan dijangka akan tiba jam 8.30 pagi. Menurut jurucakapnya lagi rombongan beliau dijangka seramai 40 orang termasuk pelbagai pihak media. Ini adalah lawatan kedua pembesar negara ke Lata Jarum selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang merasmikan Lata Jarum pada 20 April 1999.

Selamat Datang Ke Lata Jarum.

Selasa, 26 Mei 2009

PENGANTIN BARU DARI NEGARA CINA


PENGUNJUNG DARI NEGERI CINA

Lebih kurang jam 2.30 ptg sepasang suami isteri yang baru kahwin dari negeri cina berkunjung ke Lata Jarum dibawa oleh rakan mereka dari Raub. Rakan pengantin baru ini lebih merupakan seorang jurubahasa kerana mereka tidak pandai berbahasa Melayu atau pun Inggeris. Mereka cuma boleh berbahasa cina aje. So, mereka dibawa melawat ke kawasan Rafflesia yang masih berkembang dengan cantiknya lagi. Huh, aku tertelik leher mereka kesan disedut ular sawa. Hebat, hebat...

Isnin, 25 Mei 2009

LATA BEREMBUN WATER FALL


JERIAU FRAZER'S HILL WATER FALL




DI PUNCAK BUKIT JERIAU BUKIT FRASER 1,253 m apl


HUTAN REKRASI RAUB

Bukan saja Lata Jarum, tapi ada tiga lagi tempat menarik. Salah satu Jeriau Bukit Fraser. Baru ni aku merayau-rayau di hutan Bukit Fraser sambil membuat pemantauan. Turut sama seorang Prof. Dr. Jumaat dari UKM. Kami bersantai kat puncak Jeriau yang setinggi 1,253 meter paras laut.

SPESEIS TEPUS HUTAN (GINGER FAMILY)


STUDENT UKM NI SUKA MADU ???


FLORA DAN FIONA

Hutan bagaikan sebuah makmal yang tiada berdinding. Atapnya langit. Lantainya unit. Kandungannya tidak ternilai untuk dihitung. Semuanya bolih dikaji selagi mampu untuk apa saja. Nak jadi bomoh boleh, nak jadi pemburu boleh, nak cari ikan boleh, nak jadi doktor boleh, nak jadi kaya boleh, nak jadi tokey balak boleh, nak jadi kaki curi balak boleh, nak jadi prof. pun boleh, nak jadi jurugambar boleh dan boleh apa saja kat makmal yang besar ini. Aku minat sangat tengok Rafflesia kembang. Tah ngapa. Satu lagi suka tengok lebah madu. So, tengoklah gambar aku dengan madu-madu ku.

PERKARANGAN KOMPLEKS LATA JARUM


RUMAH PELAWAT LATA JARUM


KOMLEKS LATA JARUM

Kawasan yang berkeluasan 3.04 ha. Mempunyai pejabat Pusat Penerangan dan Pejabat Renger Hutan. Terletak dalam hutan simpan Gunung Benum. Kemudahan-kemudahan yang ada disini seperti rumah pelawat dua bilik yang mana boleh memuatkan manusia kecil besar 15 orang sebilik. Kalau nak satu rumah pelawat termasuk bilik ruang tamu,dapur,bilik mandi,tandas dan ruang parking 100 orang ngam-ngam.

PERTAMA KALI JUMPA TERGANTUNG



PROF. DATO' SHARIFAH HAPSAH BERSAM LAIN-LAIN PROF. UKM


RAFFLESIA TAK BOLEH DIMAKAN


RAFFLESIA

Banyak kajian dilakukan dan masih tinggal persoalan seperti bagaimana kaedah sebenar untuk dibiakkan supaya boleh dijadikan nilai komesial. Bagaimana benihnya dan rupabentuknya. Adakah macam biji lada atau biji kacang ??? Sapa nak jawab. Sehingga kini tak ada cerita atau gambar menunjukan biji benihnya dan bagaimana untuk mendapatkanya. Kata orang macam telor kambing. Ahh, tak kan lembik gitu.

Ahad, 24 Mei 2009

MENTERI PELANCONGAN NAK DATANG LATA JARUM ?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, menteri pelancongan malaysia akan melawat Lata Jarum dan melawat kawasan Rafflesia pada 31 Mei 2009 Ahad depan. Apa pun jika lawatan itu nanti akan mengharapkan satu perubahan bukan saja pada pemulihan namun pada pemuliharaan, pemeliharaan menjuruskan kepada kecintaan alam sekitar. Namun begitu besar harapannya kawasan Lata Jarum akan dijadikan Mini Taman Negeri yang membolehkan mempunyai kawasan 1,000 ha yang mana dapat dijadikan bukan sekadar kawasan rekrasi, malah menjuruskan kepada kawasan penyelidikan dan pembelajaran yang mana bukan saja berasaskan alam semulajadi namun dilengkapi dengan teknologi yang terkini. Ini bermakna daerah raub akan mempunyai satu kawasan rekresi berasaskan alam semulajadi yang termaju disamping menyokong usaha-usaha masyarakat dunia memulihara alam sekitar untuk kepentingan sejagat. Lata Jarum berada didalam hutan simpan gunung benum bersama Lata Berembun sg. chalit yang mempunyai air terjun yang lebih menarik. Kekayaan speseis yang tiada ternilai seperti pokok chengal, meranti, kempas, keruing, merbau, tualang dan banyak lagi disamping tumbuhan herba yang tiada terhitung, periuk kera yang kini mempunyai nilai komesial yang terdapat di Lata Berembun hingga ke Lata Jarum. Kawasan sungai yang buta, air terjun bertingkat-tingkat, terdapat ikan kelah, bunga pakma yang cantik berkembang sepanjang masa disepanjang sungai Lata Jarum, sarang lebah pada pokok tualang. Tumbuhan berbunga, pokok berbunga dan pelbagai-bagai lagi perkara yang tidak dapat dirungkaikan dari dulu hingga kini. Mengapa kita tak nak jaga untuk pelbagai kepentingan bersama. Pengharapan yang begitu tinggi diberikan, bukan saja sekadar lawatan namun lebih dari itu. Hari-hari orang datang Lata Jarum jauh dan dekat kata, Huh, cantiknya tempat ini.

LAWATAN SETIAUSAHA POLITIK MENTERI PELANCONGAN

Ahad, Mei 24 2009
Lebih kurang jam 1.30 ptg, En. Wong Ban Seng setiausaha politik kepada Menteri Pelancongan Malaysia sampai ke Lata Jarum serta pembantu khas ahli parlimen Raub Tuan Hj. Mohidin Ibrahim berminat melihat Rafflesia yang sedang berkembang dan terbesar didunia. Turut serta mengiringi ketua kampung Peruas Hulu Dong En. Jamaluddin. En. Basri Ramli pegawai jabatan perhutanan yang bertugas membawa ke kawasan Rafflesia sejauh 1.2 km dari komleks Lata Jarum. Sementara seorang lagi pegawai yang bertugas sedang berada dikawasan Rafflesia ketika itu mengiringi Penyelaras penyelidikan fakulti sains sekitaran Prof. Dr. Jumaat Adam serta lain-lain pegawai UKM menjalankan tinjauan untuk penyelidikan. Setiap hari , dimasa kini pegawai jabatan perhutanan yang cuma tiga orang sahaja yang ditempatkan di Lata Jarum begitu sibuk menerima pengunjung dari pelbagai status dan hampir dari seluruh negara mengunjungi Lata Jarum serta kawasan Rafflesia. Hampir semua pengunjung tidak percaya kewujudan Rafflesia di Lata Jarum. So, siapa cakap ada kat sabah aje. Kat Lata Jarum hulu dong Raub berlabak-labak. Bermakna banyak sangat. Daripada puluhan jenis Rafflesia ditemui diseluruh asia tenggara 2 jenis telah dikenal pasti dikawasan hulu dong. Rafflesia Cantleyii kat Lata Jarum dan Rafflesia Azlanii kat sg. kenau kg. peruas.