MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 19 Oktober 2010

SUKSIS UNIVERSITI MALAYA DATANG SEKEJAP

Sebahagian dari kumpulan SUKSIS yang berada di Lata Jarum menjalankan aktiviti dikawasan perkhemahan Lata Jarum.

Sepanjang dari 2008 hingga kini sejak kakitangan perhutanan beroperasi di Lata Jarum ini adalah kali kedua pihak Universiti Malaya mengadakan aktiviti pelajarnya.

Kali pertama pada tahun 2009 dari fakulti perubatan.


Urusetia yang terdiri dari anggota PDRM yang sudah berada awal untuk penyediaan aktiviti. 

Isnin, 18 Oktober 2010

LATA JARUM TERUS MENJADI MINAT UNTUK BERAKTIVITI

9-10 Okt 2010 Pelajar-pelajar dari fakulti Arkitek & Landskap Universiti Islam Antarabangsa Gombak yang menjalankan aktiviti dikawasan berhutan Lata Jarum.

Menurut kehendak penyarah pelajar tersebut Dr. Rashidi inginkan kelainan di Lata Jarum tidak seperti dilain lain lokasi yang pernah dilawati.

Aktiviti yang dimaksudkan meredah sungai sepanjang 800 meter yang mana pelajar dapat menikmati suasana alam landskap semuladi disepanjang sungai tersebut dengan pelbagai tumbuhan liar yang berpokok mau pun yang renek. Disamping itu juga dapat melihat spesies ekuatik yang terdapat dipersekitaran sungai yang penuh berbatu.

Semoga aktiviti meredah sungai tersebut dapat memberi manfaat yang berguna pada para pelajar berkaitan jurusan yang dipelajari serta praktikal.

Walau apa pun pengalaman sehari meredah sungai di Lata Jarum bukanlah amalan praktikal yang menjuruskan kajian mendalam dalam segala aspek landskap semulajadi arkitektual.

Apa pun jua, aktiviti tersebut satu pendedahan merangkumi pelbagai aspek untuk diterapkan pada pelajar seperti menghayati kesukaran meredah hutan, melalui sungai yang berjeram, semangat kerjasama, mengiratkan siratulrahim, ketahanan mental dan fizikal.

Bagaimana pun Dr. Rashidi lebeh mengetahui apa objektif sebenarnya yang di inginkan untuk para pelajarnya.

Wallah'hualam....

JOM MAIN DALAM HUTAN

Mungkin ada yang berminat untuk berseronok seronok pada hujung minggu bersama sama keluarga, sahabat handai, rakan rakan kerja atau perseorangan untuk berjalan-jalan didalam hutan.


Oleh yang demikian setelah beberapa tahun melihat reaksi orang ramai yang ada berminat berjalan-jalan didalam hutan atau meredah sungai secara suka-suka saya sedia menawarkan perkhidmatan dengan mengenakan bayaran berpatutan.


Perkhidmatan ini hanya pada hujung minggu sahaja dan sebagai memenuhi kehendak orang ramai yang sering kali menanyakan aktiviti tersebut.


Aktiviti yang sedemikian boleh dibuat seperti 2 hari 1 malam dengan bermalam dimana pengunjung berminat.


Aktiviti sehari juga boleh dibuat dengan bayaran yang sangat minimum.


Bagaimanapun hubungilah saya jika ada yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut.