MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 13 Ogos 2010

KENALI BUAH GELUGOR


Spesies ini ada yang diberi nama tempat dan paling bestnya bahan penyedap makanan macam laksam....buat bahan gulai-gulai tu biasa la. ada ke yang tak kenal....kat Lata Jarum ni banyak...

ARTIS LATA JARUM DARI TERENGGANU



Ada kalanya terlalu kerap kesesuatu tempat dan dengan kumpulan yang kecil pula tentu membosankan. Oleh itu ada patutnya juga kekadang tu kandar alat karaoke melalak sampai pagi untuk hilangkan boring. Artis ni dari nganu jugok dan sedang menuntut di UKM bangi.

WEH....DIE-MER NOK TINGOK BUNGA JUGOK YA....YEH..ORG RAUB



"Yeh..mak ngah nak tingok juga....jauh ke jauh lah...cucu keh ada nak kandarnya"..Emm...lawa cucu wan ni.. Ooo...cucu wan blajar kat UiTM ya.....

PEPATUNG LATA JARUM


Pepatung atau Dragonfly spesies yang tidak dipedulikan oleh sesiapa, penyelidik terdiri dari pelajar yang hendak menghabiskan ijazah, master atau Ph.D. Sementera penyelidik yang berkerjaya jika ekspidisi dan jika ada pembentangan kertas dimana-mana yang telah dimestikan. Kajian telah lama dilakukan dan banyak keputusan hasil penyelidikan tersebut telah lakukan. Dari tesis, kertaskerja, buku dan pelbagai lagi telah menceritakan segalanya. Bagi aku atau siapa saja selalu memikirkan secara tidak rasional apakah faedahnya dengan peruntukan yang begitu besar menyelidiki benda yang semacam ini.

Ya, memang orang ramai tak peduli sangat perkara yang sedemikian. Selidiklah apa nak selidik, aku peduli apa. Apakah begitu mindset kebanyakan orang ramai. Aku termasuk golongan itu.

Tiada siapa yang membangkitkan apa hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik di negara kita yang telah menghabiskan berjuta atau berbillion ringgit dan apa mafaatnya pada negara dan rakyatnya.

Tentu para cendiakawan yang diajukan soalan mempunyai jutaan ayat untuk menjawabnya. Namun dihati orang ramai tiada publisiti dari media berterusan mengenai cerdik pandai kita ada negatifnya. Tentu persepsinya penyelidik hanya pandai menghabiskan peruntukan aje dari menghasilkan sesuatu untuk faedah negara dan rakyatnya. 

Apa pun. pihak media jangan terlebeh popularkan artis aje. Persepsinya, kalau pandai menyanyi tak payah nak pening-pening belajar....mungkin ada begitu....olelh itu timbang-timbanglah sikit untuk popularkan penyelidik kita. Nak harap National Geographic malamlah hari....

Khamis, 12 Ogos 2010

KETENANGAN DI LATA JARUM BULAN RAMADHAN


Bulan ramadhan ni suasana kat sini betoi-betoi sunyi. Aku pun botoi-botoi sunyi..sapa kah nak temankan aku...uhuk...uhuk..uhuk....Tapi kalo ada yang datang jugak biasanya bawak bekal la tu.....Awas anda diperhatikan......

RELA BERSAMA UMT


Berkesempatan jua anggota RELA daerah Raub yang sering berkawal malam di Lata Jarum mengadakan taklimat serta berkempen menambah ahli (tak silap aku nak cari 1.2 juta ahli seluruh negara) Oleh itu diucapkan terima kasih banyak-banyak le pada Ketua Platon RELA En. Mahmud dan kekawangnya menyampaikan serba sedikit ceramah mengenai RELA dan manfaatnya. 



Setelah memberi ceramah, borang-borang ahli RELA diedarkan pada sapa yang berminat sahaja. Namun begitu rupanya dah ramai masuk macam-macam ahli. Syabas pada pelajar UMT.....Cam mana pun upacara ni cuma memariahkan suasana malam di Lata Jarum semasa pelajar-pelajar UMT selepas menjalankan program mereka. Oleh yang demikian tak lah sunyi sangat semasa mereka sesama sendiri, apa tak happeningnya....dapat bersama RELA, penduduk2 kampung Ulu Dong, kakitangan Perhutanan, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, ADUN Dong Dato' Shahiruddin Moin serta ahli-ahli rombongannya dan juga anggota polis daerah Raub. Best kan....Datang lah lagi....kami menyambut anda dengan mesra nya...fulamak

ACARA SEBERANG SUNGAI


Kelihatan (topi hijau) abang Ali salah seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Lata Jarum mengawal pelajar UMT dalam acara menyeberang sungai setelah berjalan meredah denai menuju ke kawasan bunga pakma. Semua denai yang ada di persekitaran Lata Jarum terdapat 8 buah. Setiap denai mempunyai keistimewaannya tersediri. Ada yang susah, senang, jarak dekat, jarak jauh, mendaki bukit, pamah dan macam-macam lagi. Jadi nak macam mana kenalah datang sendiri dan nak macam mana. Jadi, kelazimannya kami di Lata Jarum akan melihat keupayaan peserta dan kehendak ketua kumpulan. Kalau pesertanya lembik-lembik dan ketuanya nak yang jarak jauh dan hardcore, kami akan beri nasihat. Kalau tak mau dengar dan nak juga yang hardcore, kami hanya cakap....nanti ada yang pengsan kandar sendiri...okay....



Aduh...tak kembang pulak..."bila nak kembang ni..." aku pun eksen aje jawab "seminggu lagi boleh lah buat gulai lemak cili api dik bella" Emm....kalau rajin datang la.....(dari trengganu kita ni)

WAJAH STUDENT UMT TERENGGANU


Sebelum balik ke Terengganu, sempat posing untuk kenangan di Lata Jarum. Rasa-rasa nak datang lagi ke....Aku cuma nak komen....dari dulu aku jaga Lata Jarum dah hampir 3 tahun ....kalau datang student tak kira dari mana....cuma nak tanya....yang LELAKI dah hampir pupus ke....

WAJAH LATA JARUM


Ini bukanlah kali pertama pelacong dari Rusia singgah di Lata Jarum. Selalunya dibawa oleh pemandu pelancong tempatan yang bertauliah dengan Kementerian Pelancongan dan kebanyakannya tidak bertauliah. Jadinya, apabila yang dibawa oleh pemandu pelancongan yang tidak bertauliah ini, banyak maklumat yang tidak tepat diperolehi pelancong luar. Ada kalanya, pemandu pelancong yang tidak bertauliah terlampau kelentong sangat, umpamanya apa yang saya lihat dan dengar sendiri penerangan yang diberikan melalut lalut hinggakan aku nak mendengarnya berguling-guling suka. Ada ke patut pokok Mersawa yang berdiameter 65 cm perpang paras dada kat Lata Jarum tu yang terbesar di Asia Tenggara. Ada pula kata air sungai kat Lata Jarum tu yang tersejuk di dunia. Apa la gitu....aku dengar pun lari...malu...Cam mana pulak dia orang crita pasal binatang liar...agaknya tentu ada crita gajah pun ada kat situ...yang paling ngeri kalau pemandu pelancong ada cerita dinosaur pun ada kat Lata Jarum...lagi haru. Oleh yang demikian pegawai-pegawai kat Kementerian Pelancongan tengok-tengoklah sikit akan perkara ini. Kalau banyak sangat maklumat yang tak betul, sekali aje lah pelancong ni datang...Kebanyakan pelancong yang datang, apa yang pernah aku kenal bukan yang berkerjaya biasa. Profesor, saintis, Doktor, Jurutera, Diplomat dan pelbagai profesional lagi. Sekali sekala tu ada la yang biasa, itu pun student yang bercuti. Mana ada mat rempit sangat yang datang. Oh ya, kat negara luar mana ada mat rempit. Patut le kat Lata Jarum pelancong tercegang-cegang tengok mat rempit beraksi dan lintang pukang bila Polis datang memburu bersama anggota RELA. Ini pun satu hal kat mana-mana pusat rekreasi,..banyak mat rempit tunjuk aksi free...

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

8 Ogos Ahad tiba-tiba sampai konvoi kereta yang di iringi oleh polis. "Siapa plak ya" sedang aku rancak bersembang-sembang dengan student UMT. Rupanya Dato Hasan Timb. Men. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah serta ADUN Dong Dato' Sahariruddin...Apa pun, ini adalah lawatan kerja dan seperti biasa taklimat diberikan dan membawa melihat persekitaran apa yang ada dan apa yang kurang...Memang  Lata Jarum memerlukan pelbagai kemudahan lagi..Segalanya nampak okay....tapi dalamnya kosong....Kata Dato'...nanti kita tengok macam mana...

Sebenarnya, Dato' Hasan nak merasmikan Homestay Pelancongan Pulau Chekas tak berapa jauh dari Lata Jarum. So...sambil-sambil tu jalanlah tengok apa yang ada kat mana-mana sementara menanti majlis yang nak dirasmikan dipenuhi oleh orang kampung. Hai...makan free pun susah nak datang jugak ya...

Ahad, 8 Ogos 2010

DUKACITA RAFFLESIA TIADA YANG KEMBANG

7 Ogos hari kedua pelajar UMT Trengganu di Lata Jarum berkesempatan meredah denai sehingga ke kawasan bunga pakma (Rafflesia) sejauh 1.5 Km. Mereka sangat dukacita tiada didapati bunga berkembang seperti yang diharapkan. Mengikut pengiraan saya, bunga yang dipegang tu dijangkakan akan berkembang penuh pada minggu ini,..so tengok yang pegang tu aje le kembang...keh keh keh ( budak pecah panggung ).

PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pada 6-8 Ogos sejumlah pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu menggadakan aktiviti luar mereka bagi menjayakan program Sekreteriat Rukun Negara Lead 2, Mahasiswa-siswi ini sampai ke Lata Jarum lebeh kurang jam 6.00 petang dalam keadaan kepenatan berada dalam bas selama hampir 10 jam. Amboi jauh nya. Menurut pengarah program SRN Cik Nabila, mereka berlepas dari UMT jam 8.00 pagi mengikuti jalan Kemaman Gambang dan terus ke Bentong. Bagaimana pun tiadalah sesat barat kerana ada peserta program tersebut dari daerah Raub.

Dalam Kepenatan sampai, mereka terpaksa memasak pula dan baru dapat makan jam 9.30 malam dan terus memulakan agenda program sehingga 12.00 tgh malam. Lepas didapati semua mereka masuk tidor dengan pengsan sama sekali. Peserta lelaki menginap berasingan dgn pompuan dan ditidorkan dalam dewan serbaguna. Yang pompuan aje kat rumah pelawat.