MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 24 Disember 2011

KENONG RIMBA PARK

Berada dipintu masuk Taman Rimba Kenong
Chalet penginapan menempatkan 4 orang dengan katil double decker 
Chalet dua bilik dengan katil kelamin
Pusat penerangan Jabatan Perhutanan di Taman Rimba Kenong

Rumah injin menjana bekalan eletrik keseluruhan kawasan

Ahad, 18 Disember 2011

RUMAH PELAWAT LATA JARUM 2008 HINGGA KINI

Ruang lobi 

Bilik hadapan - lantai di bentang tikar getah saja

Bilik belakang - lantai di bentang tikar getah saja

Rumah pelawat adalah satu satunya rumah penginapan yang ada di Lata Jarum yang selesa untuk 20 orang atau paling selesa 10 orang. Namun, oleh kerana itulah sahaja yang ada, terpaksalah kekadang itu menempatkan sehingga 60 orang yang terdiri dari pelajar. Tiada kemudahan didalam rumah pelawat ini seperti katil, tilam, cadar, selimut, almari, meja, penyangkut baju dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, hutan lipur Lata Jarum berkonsepkan perkhemahan dan jika ada permohonan untuk menjalankan aktiviti disini akan dimaklumkan bahawa tiada kemudahan yang selesa untuk penginapan dan juga sebagainya. Semuanya kemudahan secara asas sahaja. 

Bekalan air cuma menggunakan sistem graviti yang salirkan dari hulu sungai Lata Jarum tersebut. Bekalan eletrik 24 jam dari TNB ada terdapat di sini.

setor rumah pelawat

KONTRAKTOR MENENTUKAN PROJEK DI LATA JARUM

Dalaman surau muslimah

Pada 16 hb Disember 2011 jumaat petang sedang aku memantau di kawasan Lata Jarum, tetiba sampai kontraktor nak "repair" benda-benda rosak di kawasan Lata Jarum. Mungkin oleh kerana aku berada disana, kontraktor tersebut mula bertanya itu ini mengenai benda yang nak "repair".

Aku pun mulalah nak menerangkan benda-benda nak di buat yang telah aku kenal pasti. Kemudian pergi menunjukan benda-benda yang perlu sangat hendak dibuat. Aku juga telah nyatakan semua perkara yang hendak dibaik pulih telah disenaraikan dan telah dihantar ke pejabat. Aku meminta senarai dari kontraktor perkara yang hendak dilakukan.

Aku terpingga pingga bila ada senarai itu tiada dalam perkara yang perlu dilakukan seperti memasang tile lantai kedua-dua surau yang ada. Aku bertanya adakah cukup peruntukan untuk nak buat semua yang diperlukan. Kontraktor tersebut menjawab dengan selamba "Tak lah, sebab peruntukan sikit aje nak buat semua yang diperlukan".

Rupa-rupanya pihak kontraktor meminta subnya buat senarai kerosakan tampa merujuk pada pengurusan hutan lipur terlebeh dulu dan adalah perkara yang sangat diperlukan tidak dapat dibaik pulih. Mengapa begitu....mungkin pihak pentadbiran yang arahkan kontraktor melawat dan tentukan perkara yang dapat dibuat mengikut peruntukan. Namun begitu pihak kontraktor menganggap seperti tiada pengurusan disitu. Pandangan aku mengenai perkara ini, mengapa pihak pentadbiran jabatan tidak mengikut senarai perkara yang telah dibuat dan meminta  pihak kontraktor menilainya sama ada boleh atau tidak menjalankan kerja.

Aku tak hairanlah mengapa begitu. Sebab memang dari dulu-dulu lagi kontraktor mempunyai kuasa yang lebeh dari pegawai kerajaan. Sudahlah buat kerja tak sempurna pulak, aleh-aleh suruh aje orang tanda tangan apa dia buat.

Apa pun senarai kerja yang akan dilakukan kontraktor nanti seperti berikut;
1. Mengubah sistem paip air tandas awam sebanyak dua buah.
2. Mengubah sistem paip air di Pusat Penerangan.
3. Mengubah sistem paip air di rumah pelawat.
4. Memasang sinki sebanyak lima buah di dua buah tandas awam. (3 buah di tandas1 dan 2 buah di tandas 2)
5. Membaiki wayar eletrik di astaka yang tidak sempurna.
6. Menggantikan cermin tingkap sebanyak 8 keping di dewan serbaguna berserta bingkainya sekali.
7. Memasang tile lantai surau lelaki dan perempuan keseluruhannya.
8. Membaiki kebocoran atap surau lelaki.
9. Mengantikan 5 keping atap yang bocor di Pusat Penerangan. (Telah dilaksanakan)

Peruntukan yang dinyatakan oleh pihak kontraktor cuma RM10,000 saja yang diberikan oleh jabatan.

Ralatnya tidak dapat dilaksana untuk baik pulih dengan keperluan segera seperti;
1. Menggantikan satu pintu papan serta kunci dan jenangnya yang telah rosak di Pusat Penerangan.
2. Membaik pulih satu penghawa dingin di Pusat Penerangan yang telah rosak.
3. Memasang tile lantai di rumah pelawat yang selalu dijadikan penginapan.
4. Menaik taraf bilik mandi rumah pelawat sebanyak 2 buah.
5. Pemeriksaan semula keseluruhan sistem elektrik yang ada disebabkan sistem eletrik seperti tidak    mencukupi bekalan bila semua bangunan menggunakan tenaga elektrik. Dulu pihak TNB Raub dan kontraktor naik taraf nyatakan tak cukup voltage, sekarang dengan pemeriksaan baru pihak TNB Raub nyatakan cukup pulak dan menyatakan kelemahan sistem pendawaian yang bukan dibidang kuasa TNB.
Yang mana satu ni.....apa pun perlu pemeriksaan semula pada sistem pendawaian.
6. Menaik taraf sistem bekalan air yang sedia ada kepada penggunaan master pump. Sekarang menggunakan sistem paip graviti yang mana memerlukan penyelenggaraan sentiasa seperti membaiki saluran paip dan membuang tanah serta sampah sarap yang bertakung dalam tangki poly diatas siling yang menyumbatkan saluran air kedalam bangunan.

Inilah senarai perkara yang sangat perlu diutamakan dulu dari memasang tile lantai surau yang memakan belanja yang besar juga. Bukankah karpet dilantai surau tersebut sangat cantik lagi.

Yang sepatutnya dulu diberi perhatian di buat, bukan yang tak sepatutnya dibuat dulu. Mengapa suka buat benda dari belakang kedepan.

Apa yang diharapkan pihak pentadbiran jabatan dapat memberi perhatian dengan perkara yang sebegini. Aku taulah kontraktor ni pemurah dengan korang.


Dalaman surau lelaki

Dalaman surau muslimah

Dua buah surau