MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 11 Disember 2009

LATA JARUM MASA INI

Pada masa kini Lata Jarum semakin menjadi distinasi penyelidikan Rafflesia. Dr. Wee Suk Ling bersama dua pelajarnya sedang menjalankan kajian serangga berkaitan rafflesia di Lata Jarum yang dijangkakan berada seminggu di Lata Jarum. Hari ini sudah dua malam beliau berada di Lata Jarum tampa ditemani sesiapa. Diharap mereka selamat semasa berada disana. Walau bagaimanapun sepasukan tentera komando berada berhampiran dgn kompleks Lata Jarum sedang mengadakan latihan.

Khamis, 10 Disember 2009

LAGI GAMBAR EKSPIDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Pegawai penerbitan UKM Bangi En. Daud sedang bersiap sedia merakam gambar untuk majlis perasmian ekspidisi saintifik Lata Jarum. Steady abang Daud. Beliau banyak memainkan peranan penting untuk Lata Jarum. Kelazimannya lepas shooting makan ikan steam. Jangan steam udah le en. Daud, nanti susah member...
Yang baju hijau tidak asing lagi Profesor Dr. Jumaat Adam Penyelaras Penyelidikan Bukit Fraser dan Pengerusi Ekspidisi Saintifik Lata Jarum sempat merakamkan detik mesra bersama Datuk Hj. Hanafiah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

En. Muhamad Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Daerah Raub Pahang mewakili Pegawai Daerah Raub Datuk Abd. Moin Hamid merasmikan Ekspidisi Saintifik Lata Jarum. En. Mat memang mantap, berucap tak baca teks pun, beliau rasa apa yang betul, cakap terus. I like your style cik Mat...


Para jemputan, peserta, urusetia memeriahkan majlis perasmian hingga akhir ekspidisi. Syabas tuan-tuan, kita jumpa pada lain program di Lata Jarum. Ada lagi ke...Maklum balas selepas Ekspidisi ada yang tanya bila ada lagi program kat Lata Jarum. "Jemputlah kami lagi" begitulah beberapa orang yang bertanya kat saya semasa nak balik. Insha'allah....








RAFFLESIA 2DAY AT LATA JARUM

Alangkah terkejutnya saya bila didapati Rafflesia Lata Jarum ini sudah hampir berkembang penuh. Empat hari sudah masih bulat lagi dan lazimnya dijangka satu minggu lagi. Apakah ini proses hidrostatik bunga tersebut. Apabila keadaan lembab disebabkan hujan yang banyak menjadikannya cepat berkembang berbanding musim panas. Oleh yang demikian pada hari esok 11 Dec 09 (Jumaat) akan berkembang penuh.
Ini adalah bunga pakma dikawasan Sg. Kenau yang baru dijumpai. Dijangka tiga atau empat hari lagi akan membuka.

Pada hari ini jam 12.30 petang Dr. Wee seorang penyelidik dari fakulti Sains dan Teknologi UKM Bangi tiba bersama dua pelajarnya untuk menjalankan penyelidikan serangga berkaitan Rafflesia di Lata Jarum. Kelihatan Dr. Wee sedang melekatkan tanda-tanda pada bunga pakma yang diselidikinya.


Rafflesia di Sg. Kenau ini juga akan berkembang tidak berapa lama lagi yang dijangka tiga atau empat hari lagi. Oleh yang demikian di Sg. Kenau mempunyai dua biji Rafflesia akan berkembang dalam tempoh terdekat ini. Satu dipetak pertama dan kedua dipetak yang baru ditemui yang cuma 100 meter saja dari petak pertama.



Rabu, 9 Disember 2009

KERJA-KERJA NAIK TARAF LATA JARUM AKAN DILAKSANAKAN

Menurut kenyataan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, peruntukan sebanyak RM 500,000.00 akan digunakan sepenuhnya menaik taraf infrastruktur yang sedia ada di Lata Jarum. Kerja-kerja akan dimulakan pada 15 Dec 2009 ini dan dijangka siap pada Mac 2010.

Dengan sempurnanya kerja-kerja naik taraf itu nanti akan memberi kemudahan pada program-program yang dijalankan di Lata Jarum. Apa yang diharapkan, bukan saja pemulihan infrastruktur akan disempurnakan, namun diharapkan juga pada lain-lain kemudahan asas seperti peralatan pengurusan serta peralatan tempat penginapan.

Insha'allah, dengan segala kemudahan yang diberikan pada Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum Jabatan Perhutanan Raub akan menjadikan satu kawasan hutan lipur yang berimej tinggi, bukan saja untuk rekreasi, namun sebagai pusat penyelidikan serta eko-pelancongan.

Tidak lupa merakamkan jutaan terima kasih pada pihak UKM Bangi terutamanya Prof. Dr. Jumaat Adam serta semua pegawai-pegawai beliau dan seterusnya pihak pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, khususnya Pegawai Hutan Daerah Raub Tuan Hj. Zulkfakar yang banyak berusaha perancangan naik taraf Lata Jarum.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Dato' Seri Ng Yan Yan Menteri Pelancongan Malaysia sudi melawat Lata Jarum serta bermurah hati memberikan peruntukan menaik taraf Lata Jarum. Diharap akan datang lagi tahun hadapan seperti beliau janjikan.

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI UiTM SHAH ALAM SELANGOR

Perubahan tarikh program SUKSIS Shah Alam menggadakan kem perkhemahan di Lata Jarum telah dinyatakan Pegawai Latihan (1) Cheif Inspektor Hasrul Affendi baru baru ini yang akan di- adakan pada 28 Dec 09 hingga 2 Jan 2010. Sepatutnya 16 hingga 22 Dec 09 ini.

Pengisian program SUKSIS akan menggadakan program dipersekitaran hutan Lata Jarum dan meredah denai serta melawat kawasan bunga pakma.

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengalu-alukan program tersebut khususnya Jabatan Perhutanan Daerah Raub. Insha'allah kerjasama akan diberikan olih pihak Jabatan Perhutanan jika diperlukan.

Disamping itu tidak ketinggalan kepada penduduk kampung berhampiran kerana pihak SUKSIS bercadang menggadakan program bersama penduduk kampung berhampiran dengan pelbagai aktiviti.