MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 11 Ogos 2009


Gambar salah satu spesies burung yang terdapat di Lata Jarum Hulu Dong
Gambar sebelah bawah pasukan menjejak bunga pakma Lata Jarum yang di ketuai oleh Prof. Dr. Jumaat Adam Ketua penyelidikan UKM Fakulti Sains Sekitar.

OLEH KERANA NAK EKSPIDISI HARI SABTU NI AKU NAK BEREKSPIDISI DAN NAK RELAX CUKUP CUKUP

So, who want to ikut ekspidisi hari sabtu ni 15 Ogos 2009 sila sedia sendiri :-

1. Heaviear sag ( Bag galas macam naik gunung tu )
2. Khemah kone ( kecil-kecil dah le )
3. Sleeping bag
4. Pinggan satu,Gelas plastik satu,sudu satu dan sikit makanan ringan
5. Botol air boleh sangkut kat pinggang
6. Pisau kecil
7. Pakaian masuk hutan
8. Topi kain
9. Kasut yang sesuai ( Kalau leh ada tapak cam tayar bulldozer )
10.Pakaian mandi ( nanti nak mandi tak yah lah togel )
11.Ada baju sejuk bawak le
12.Plastik nak isi sample tumbuhan
13.Pakailah tali pinggang kalau boleh. Nanti kalau org nak tolong boleh tarik tali pinggang dan byk lagi kegunaan tali pinggang ni bila masuk hutan.

Mengenai barang barang makan seperti beras, gula, teh, kopi, garam, kicap, sardin, mee maggi, susu, lada kecil, bawang kecil/besar, ajinomotor dan sebagainya bawak le kongsi kongsi sikit sorang. Kalau tak mampus laa bawak sorang sorang.

Katil, peti sejuk, kelambu, dapur gas, sinki, kerusi, meja makan tak payah lah bawak. Ada orang nak masuk hutan semua nak bawak benda ni, nanti gila laa.

EKSPIDISI LATA JARUM-SIAPA NAK IKUT HUBUNGI SHUKRI 019-9603959 SEBELUM 12.00 TGHARI JUMAAT 14 OGOS 2009

Pada 15 Ogos Sabtu 2009 ini saya dan Prof. Madya Dr. Wan Yaakob dari Fakulti Sains Sekitar UKM Bangi akan mengadakan ekspidisi di Lata Jarum bagi tujuan meninjau khazanah hutan yang telah di tinjau 10% di kawasan Lata Jarum dan akan menyusuri sungai Dong dari Lata Jarum hingga ke hulu sungai.
Apa yang telah di dapati khazanah hutan di kawasan Lata Jarum lingkaran 5 kilometer persegi setelah dibuat beberapa kajian begitu unik di semenanjung Malaysia. Mengapa di katakan unik. Contohnya seperti bunga pakma yang terdapat di semenanjung malaysia hanya mempunyai 3 spesies sahaja seperti Cantleyii,Adzlanii dan keryii daripada 15 spesies yang di kaji dan di jumpai di kawasan Asia Tenggara sahaja dalam dunia.
Maka, setelah dibuat kajian sekian lama oleh beberapa penyelidik bunga pakma, mengatakan spesies pakma Cantleyii hanya bersaiz tidak lebih 55 cm diameter besar dan kajian Prof. Kamaruddin Mat Salleh mendapati paling besar Cantleyii hanya 65 cm diameter di dapati di Lata Jarum dan paling mengejutkan apabila baru baru ini di jumpai spesies Cantleyii berukuran 97 cm diameter di bekas kawasan penyelidikan Prof. Kamaruddin Mat Salleh.
Oleh yang demikian penilaian yang berterusan perlu di lakukan lebih luas lingkungannya pada Lata Jarum.

Isnin, 10 Ogos 2009

BUNGA PAKMA YANG TIADA MUSIM DI LATA JARUM




KUMPULAN MENJEJAK RAFFLESIA LATA JARUM HULU DONG


SITI MUAR RASA BANGGA DENGAN PAKMA


UKM DATANG DAN DATANG LAGI KAT LATA JARUM HULU DONG RAUB PAHANG DARUL MAKMUR


Apa lagi, datang Lata Jarum terkena musim durian. Hantam cukup cukup




MOU PERBADANAN KEMAJUAN BUKIT FRASER BERSAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DI PUNCAK INN BUKIT FRASER

Dengan tementerainya persefahaman antara PKBF dan UKM maka diharap Bukit Fraser akan bertambah ceria dan berdaya maju dengan mendapat input yang sangat diperlukan untuk perancangan pembangunan dimasa depan. Dengan adanya penyertaan dari pihak yang berwibawa untuk memandu Bukit Fraser kearah pembangunan lestari lagi bijak bistari. Diharap juga peristiwa ini bukan saja dapat bermanafaat kepada Bukit Fraser, malah pada daerah Raub dan seterusnya Kerajaan Negeri Pahang. Apa yang diharapkan jua, UKM akan mengadakan MOU juga bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan juga Perhilitan hendaknya supaya bukan saja memeriahkan pusat pelancongan tapi menambah kekuatan ilmu yang sedia ada di pihak UKM. Mungkin sesuatu akan meletup apabila UKM bergabung dengan agensi agensi tersebut bagi menggali ilmu yang tidak kesampaian pencariannya.

I'AM VERY SORRY FOR UPDATE MY STORY


Sebulan lebih mengambil masa untuk masukan cerita baru. Memang tak dapat buat apa lah sebab saya terpaksa mengejar banyak komitmen yang saya jangka tidak menjadi apa apa. Tambah pulak 'line broadband' kat Lata Jarum atau pun kat rumah saya sangat lah mendukacitakan sekali. So, apa nak buat, orang lain pun mengalami nasib yang serupa. Cam na pun saya tetap memilih tinggal kat kampung dari di bandar.
Drama di atas semasa mengiringi kakitangan UKM meredah denai di permatang Jeriau Bukit Fraser pada 18 Julai 2009 Sabtu yang lepas.