MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 27 Oktober 2009

LATA JARUM ASHIK HUJAN AJE


Inilah gambaran kawasan air terjun Lata Jarum tempat sesiapa datang untuk mandi manda, apabila hujan lebat, macam inilah hebatnya kuasa air kat Lata Jarum. Oleh itu sesiapa nak mandi juga, bawak bawaklah bertaubat nasuha. Keadaan dalam gambar ni tak berubah bila airnya pasang, warnanya coklat. Kata orang kampung warna air akar kayu. Kalau ya, apa lagi mari lah kita minum air tongkat ali Lata Jarum, Percuma. TAPI,... rasanya pak ali ada tertinggal seluar dalam kat ulu sungai masa dia mandi baru baru ni. Haa... lagi power. Tongkat Ali + Seluar Dalam Ali....

DIFINISI DAN EVOLUSI EKOPELANCONGAN


Pada dasarnya, dititik beratkan dua ciri utama :-



  • pendidikan alam sekitar

  • pemuliharaan

Telah dibincangkan di Venezuela 1992, Kongres Eko-pelancongan.



  • impak pada penduduk berhampiran.

  • peka pada persekitaran hutan asli yang bercirikan kebudayaan dan isu alam sekitar.

  • kecekapan pengurusan kawasan dan kerjasama penduduk berhampiran.

  • memaksimakan penglibatan penduduk setempat bagi jangkamasa yang panjang terutama dalam proses menentukan jenis dan tahap pelancongan yang boleh diterima.

  • memberi impak ekonomi pada penduduk setempat tampa meninggalkan amalan tradisional seperti berkebun, menangkap ikan, serta sistem sosial, dan

  • memberi peluang pada penduduk setempat menggunakan sumber sumber semulajadi serta mempelajari dengan lebeh mendalam mengenai alam semulajadi supaya boleh menarik pelawat.

Konsep eko-pelancongan perlu diberi kesedaran bahawa aktiviti pelancongan massa boleh memberi impak pencemaran dan menjejaskan kualiti alam sekitar.Beberapa aspek secara evolusi eko-pelancongan :-



  1. Peningkatan permintaan rekreasi dan aktiviti dengan keupayaan kuasa beli yang baik. Minat pada suasana "sunyi" semakin membara dan sistem pengangkutan yang semakin baik. Faktor faktor ini lah daya pengalak pada aktiviti berasaskan alam semula jadi.

  2. Pengetahuan mengenai alam sekitar melalui pelbagai rangkaian media dan pengalaman individu terhadap perkembangan cuaca, pembangunan tidak mampan, tragedi dari pembangunan tanah tinggi, peningkatan penggunaan herba untuk kesihatan, kempen kempen hutan sebagai terapi oleh pengkaji luar dan tempatan membawa keinginan orang ramai untuk mengalaminya sendiri.

  3. Maklum balas kesan kesan negatif pelancongan massa dengan kumpulan yang besar telah memberi impak negatif pada alam sekitar.

Pelbagai contoh kesan pencemaran boleh dilihat yang mendatangkan kemudaratan pada manusia masa kini terlalu banyak untuk disentuh. Nak cerita jenuh pulak nak baca kan. Silap gaya ada yang marah marah pulak.


Oleh itu, orang ramai menjadi peka dengan dibantu oleh penyelidik penyelidik yang berwibawa secara terperinci sahaja yang mampu menyelamatkan pelbagai spesies flora dan fauna daripada terancam kepupusan dari habitat asalnya. Harap harap gitulah. Jangan kaji jadi kanji udah le...


PEMULIHARAAN SUMBER-SUMBER HUTAN

Pemuliharaan bermakna penggunaan wajar atau pengekalan sesuatu sumber tampa menjejaskan kualiti aslinya. Perlu di ingatkan, hutan bukan hak milik sesiapa, ia suatu kesinambungan dari dulu dan harus dinikmati pada generasi akan datang. Oleh itu marilah kita sama sama memulihara khazanah ciptaan ALLAH ini yang tiada ternilai dan terhitung. Apakah saudara ingin katakan ini tanggungjawab Jabatan Perhutanan, Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam, Orang Asli, JKKK, Orang Bunian.... Ayooo... Memang ada yang berperanan, tapi kalau semua tak mau kerjasama, susah lah...

Macam mana nak tolong ???... Senang aje. Kalau pergi mana mana hutan lipur atau masuk hutan, tolonglah bawa sampah balik keluar. Nak kencing berak, gunakan tandas tersedia. Jangan buat bising kerana menganggu orang lain. KERJASAMA TUAN TUAN AMAT DIHARGAI DAN TERPUJI, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP TUAN TUAN.

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN HUTAN LIPUR LATA JARUM

Dengan timbulnya kesedaran kepentingan hutan dengan pelbagai kepentingan, kini kawasan hutan asli menjadi tumpuan pelbagai pihak. Biar saya andaikan mungkin peningkatan urbanisasi dan gaya hidup yang menyebabkan ketegangan, ada insan insan yang ingin kembali pada unsur unsur asas. Asas hutan adalah tanah, dari asas tersebut segala galanya wujud yang disebut tumbuhan. Ringkasnya, secara umum tumbuhan dipecahkan pada pelbagai sudut ilmiah. Secara ilmiahnya hutan mengandungi air, batu, pokok, udara segar, haiwan, makhluk halus, bunga dan macam macam lagi.

Motivasinya, sudah ada ramai insan mencari cari tempat "bersunyi", mengalami ciri ciri kembara serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Kelazimannya kita melihat secara kasar, ramai ke hutan menikmati suasana persekitaran yang berhutan dengan udaranya yang segar lagi nyaman, air terjun yang dingin dengan harapan meningkatkan daya diri yang tinggi.

Dengan peningkatan pengunjung di sesuatu hutan lipur, boleh mendatangkan impak negatif terhadap ekosistem hutan. Mengapa saya kata begitu, bukan semua pengunjung yang datang mempunyai sikap yang terpuji, memang ada yang keji. Pembuangan sampah berasaskan plastik begitu teruk sekali. Baik diatas darat atau kedalam sungai. Yang paling terkutuknya membuang botol kedalam sungai yang memudaratkan pengunjung lain. Hampir enam guni saya mengutip botol baik yang elok atau yang sudah pecah didalam kawasan hutan lipur lata jarum. Yang kelakarnya bila tiada penyengaraan dibuat, pandai pulak komplen sana sini sampai dalam media.

Isnin, 26 Oktober 2009

MENGENAL RAFFLESIA JANTAN BETINA

Prof. Dr. Jumaat Adam dari UKM Bangi sedang menerangkan
sesuatu mengenai bunga pakma pada Dato Hj. Shafiq Fauzan semasa
mengadakan lawatan ringkas ke Lata Jarum Hulu Dong Raub Phg.
ringkas ke Lata Jarum.

LATA JARUM AKAN NAIK TARAF

Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Hj. Shafiq sedang
membincangkan sesuatu bersama Pegawai Hutan Daerah
Raub & Cameron Highlands Tuan Hj. Zulkfakar (kemeja putih)
serta Prof. Dr. Jumaat Adam (T-shirt hitam) dari UKM Bangi
ketika berada dikawasan Bunga Pakma Lata Jarum baru baru
ini.

Lawatan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri
Pahang ke Lata Jarum menjalankan kerja-kerja kajian
untuk menaik tarafkan pembangunan sedia ada diseluruh
kawasan Hutan Lipur Lata Jarum. Turut serta meraikan
Unit Jurutera Pegawai Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands
Tuan Hj. Zulkfakar. (kemeja putih) serta Renjer Hutan Tingkatan
Kanan Najib Shauqi.(Uniform Jab. Hutan)