MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 6 Disember 2011

PUSPEN SUNGAI RUAN TERUS MEMILIH LATA JARUM ADAKAN PROGRAM

Ini bukanlah kali pertama mereka menggadakan program disini. Dalam tahun 2011 ini saja sudah tiga kali menggadakan program seumpama ini di Lata Jarum.

Mengapa mereka berminat dengan Lata Jarum ???
Menurut pegawai-pegawai yang mengiringi pelatih-pelatih tersebut disebabkan keadaan kawasan tempat yang nyaman, tenteram dan berhawa sejuk. Kawasan yang agak berjauhan dengan kawasan penduduk kampung juga menjadi faktor pemilihan dilakukan supaya tidak menggangu dan diganggu.

Program yang berterusan pihak PUSPEN disini nampaknya ada impaknya pada pelatih. Siapa tahu tempat seumpama ini mungkin ada keserasiannya untuk motivasi insan yang tiada siapa tahu untuk merungkaikannya. Sayang, orang tempatan tidak endahkan perkara sebegini yang mana mungkin sebab tempat mereka dari lahir lagi atau berfikiran, apa untungnya aku tempat sebegini. Semuanya tempat aku, tak kisahlah. Mungkin itu yang berada dipemikiran orang-orang tempatan. Bagaimana dengan orang jabatan hutan ??? Hissh.....tak untung langsung duduk kerja di Lata Jarum. Baik aku duduk dekat pejabat renj. Boleh jugak jumpa tokey balak......hahahaha mentaliti dulu kini dan selama-lamanya orang jabatan hutan kot. Apa pun aku seronok disini. Namun apakah ada titiknya nanti, maklumlah, aku yang menurut perintah.....hahahaha

KONTRAKTOR HANYA REPAIR ATAP

Alhamdulillah, setelah beberapa lama menanti pembaikan atap pusat penerangan, pada hari ini dengan sekejap saja kontraktor membaik pulihkannya. Siling didalam pun dah hampir reput akibat air hujan yang tidak berhenti-henti kebelakangan ini. Apa nak buat, peruntukan baru dapat.

Sebanyak lima keping atap digantikan akibat ditimpa ranting kayu.

Apa pun, banyak kerosakan akibat vandalism masih menanti untuk dibaik pulih.

Diharap semua kerosakan di Lata Jarum dapat dibaik pulih dengan kadar segera dengan landakan pengunjung yang selalu mengadakan program disini. Aku sudah habih daya upaya untuk menjaga segalanya di Lata Jarum. Tampa sokongan pihak jabatan dan kementerian pelancongan menyalurkan peruntukan, apa lagi nak aku harapkan. Budak-budak kampung jahanam merosakan sedikit demi sedikit segala kemudahan yang ada. Aku terus bersabar dengan segala cabaran yang sudah atau yang mendatang. Aku sangat berharap satu hari nanti pagar besar serta pengawal keselamatan akan wujud di Lata Jarum. Dan juga aku berharap budak-budak jahanam yang selalu merosakan segala kemudahan akan dirembat polis atau pun petir.