MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 26 Jun 2012

PELAJAR UNIVERSITI ISLAM SULTAN ZAINAL ABIDIN


 Mengabdikan kenangan sudah semestinya bagi sesiapa yang berkunjung ke sini. Hahahaha....ada yang control macho dan dengan gaya fotogenit pun ada......bantai la deme
 Jelas kelihatan kegembiraan pelajar, pengiring dan unit kenderaan UNiSZA di Gua Kecil
 Yusof sedang menerangkan sesuatu mengenai gua yang diterokai.
 Mungkin ada yang belum pernah trekking hutan, namun semangat dan jati diri mengatasi segalanya.
 Tak pernah sampai kesini....???? apa lagi...abdikan kenangan sepuasnya....sayang hanya beberapa jam di puncak Fraserdisebabkan menaiki bas yang sangat besar. Kalau menaiki coaster atau van mungkin hancur satu Fraser bolih dilawati. Nak bawak semua tempat dengan berjalan kaki tak mampulah saya.....


Diharap suatu masa nanti kalau nak explore kawasan kawasan hutan di mana mana kena excort dengan van atau 4X4.....baru banyak tempat bolih dilawati. Apa pun hampir semua kawasan pahang barat telah dijajahi. Sikit je lagi nak habis.....hanya Kuala Gandah dan Genting Highlands je lagi wehhhhh
Semasa perjalanan balik dari Bukit Fraser, sebuah trailer sawit felda terjerungkang dalam longkang yang membuatkan rombongan kami terlekat disini beberapa jam. Nasib bawak bekal mengalas perut.

MELAYANI PENGUNJUNG MENCINTAI ALAM SEKITAR SEBAHAGIAN TUGASAN

Mr Ronney & friends dari Kuala Lumpur adalah kumpulan pencinta alam sekitar yang rajin kesana kemari berkunjung ke kawasan hutan untuk kepuasan diri. Walau pun bukan menjadi tugasan saya untuk membawa mereka menjelajah hutan, belum pernah dihampakan sesiapa jua yang datang ke Lata Jarum untuk menerokai khazanah yang ada disitu. Sehingga kini sebahagian besar yang pernah berkunjung akan datang dan datang lagi untuk menerokai khazanah hutan yang terdapat disini yang saya juga tiada mengetahui mengapa sebabnya mereka berminat sangat.

Mengambil gambar adalah sesuatu yang semestinya bagi pengemar hutan di Lata Jarum dan rasanya dimana mana juga. Gambar adalah sebahagian bukti pada diri dan juga pada kawan kawan yang tidak dapat bersama agar pengalamannya dapat dikongsi bersama.