MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 28 Oktober 2013

MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE & SHOWCASE 2013 ( MICCOS )


Pada 24 - 27 Oktober berlansungnya MICCOS dengan bertema "Sustainable Commonity For A Better Tomorrow" dan aku berpeluang menghadiri salah satu seminar yang dianjurkan Malaysia Timber Industry Board (MTIB) bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bertajuk Bamboo : Potential Alternative Resource yang diadakan pada 25 Oktober (Jumaat).

Antara slot seminar tersebut seperti :

Pelan tindakan pembangunan industri buluh di Malaysia - Tn Hj Kamaruzaman (MTIB)
Pengenalan pokok buluh - Prof. Madya Dr. Hj. Azmy Muhamed (UPM)
Prosedur pengeluaran hasil buluh asli - En. Aldrich Richard (JPSM)
Penyelidikan & Inovasi dalam produk berasaskan buluh - Dr. Wan Tarmeze Wan Ariffin (FRIM)
Pembangunan buluh bagi industri pembinaan - En. A. Rahim M. Ismail - Design Principle
Pembangunan buluh bagi industri makanan - En. Norhisham Yusoh (Tunas Budi Sdn. Bhd.)

Secara jujurnya sepanjang aku mengikuti seminar buluh tersebut, tiada yang betul-betul memberikan input yang hebat seperti yang aku harapkan. Apakah penceramah dah tentukan untuk peserta yang hadir secara percuma agaknya. Mungkin kalau berbayar dengan harga yang besar lain input ceramahnya.

Aku tak tahu bagaimana peserta lain rasakan pulak, tapi ada kedengaran beberapa orang tak berpuas hati saja namun redha sajalah.


Negara tertentu telah lama membuat kajian dari sumber buluh dan ada yang membuat kajian mereka bentuk kereta dan sebagainya. Kita sekali tekan butang sekali terangkat. Akhirnya tak kemana. Kemudian tekan butang lagi, begitulah menurut salah seorang penceramah di seminar tersebut.

Apa pun secara positifnya, diharap ada yang berjuang seperti En. A. Rahim M. Ismail yang begitu kreatif menggunakan sumber buluh sebagai teras perniagaan beliau dan dibantu oleh pihak yang sepatutnya memajukan pada tahap yang lebeh berdaya maju agar menjadi teladan pada insan-insan yang lain khususnya di Malaysia yang mempunyai sumber buluh yang kaya dan digunakan secara optima.



FACEBOOK : PERJUANGAN DI DUNIA TAMPA SEMPADAN

Alam dunia tampa sempadan pun mengikut arus perdana. Suatu ketika dulu laman blog menjadi perhatian ramai, namun kini secara perlahan-lahan facebook telah mengambil tempat yang begitu hebat disebabkan ruang berkomunikasi yang lebeh luas dan mudah.

Jika laman web lebeh merupakan paparan maklumat, blog pula paparan maklumat dan komunikasi dan yang lebeh penting percuma.

Facebook antara laman percuma dan mudah untuk dikendalikan secara terus menjadikan Web dan Blog sudah ketinggalan. Namun maseh relevan dari aspek apa pun. Banyak lagi perniagaan yang besar atau yang kecil maseh menggunakan web dan blog untuk pemasaran mereka. Namun dengan arus perdana masakini, facebook adalah makanan rutin masyarakat dunia. Agak-agak dah berbillion orang menggunakan facebook secara akaun individu atau akaun berkongsi.

Suka tak suka dimasakini, para peniaga atau tujuan tersendiri terpaksa mewujudkan web, blog dan facebook serta instagram, twitter dan sebagainya lagi. Oleh itu, bayangkan untuk menggendalikan halaman sebanyak itu memerlukan masa yang banyak untuk updated setiap masa.

Bagi peniaga mungkin tak jadi masaalah, tapi bagaimana individu yang mempunyai halaman yang sebanyak itu untuk menggendalikan setiap masa sedangkan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri lebeh bermakna seperti kerjaya yang memerlukan banyak masa, keluarga yang besar, saudara mara, sahabat handai dan masyarakat..

Sudah tentu individu yang mempunyai halaman yang sebegitu banyak seperti itu mana mungkin dapat menumpukan sepenuhnya. 

Oleh yang demikian, memandailah dengan blog, facebook, email bagi tujuan bertukar maklumat agar masa menghadap komputer, tablet atau apa pun aksesnya dapat dimanimakan agar tidak terbeban secara langsung yang mana mungkin lama kelamaan akan menghadapi masaalah psikologi yang tidak disedari.

Masaalah diri lazimnya tidak disedari kecuali disedari oleh seseorang yang rapat. Sama ada seseorang itu orang yang bijak atau sebaliknya akan menghadapi psikologi jika terlalu lama menghabiskan masa dihadapan komputer atau sebarang akses internet.

Aku banyak membuat pemerhatian setiap masa baik di facebook aku atau diluar. 

Kalau dilihat sebahagian kecil "friends" aku, ada yang sanggup berjaga atau "online" hingga ke subuh bagi tujuan yang tidak diketahui. Yang aku tahu ada yang mempunyai kerjaya dan pelajar universiti. Mungkin yang berkerjaya bertukar-tukar maklumat mengenai kerjaya mereka dan pelajar sudah pasti agaknya lagi banyak perkara yang diperlukan.

Apa pun, bila disemak sedikit di halaman "wall" mereka didapati banyak perkara suka-suka seperti hal remeh temeh, hal kawan-kawan mereka, hal makan minum, hal ahli-ahli keluarga dan paling hebat habis hal ehwal perasaan sampai kedalam kelambu pun nak cerita.

Adakah begitu mudah musuh negara mencari maklumat peribadi penduduk setiap negara melalui facebook dan sebagainya, yang mana sesiapa mengetahui pengkalan facebook di Amerika sebagai negara yang suka menjajah dalam bentuk baru bagi kepentingan ekonomi khususnya.

Positifnya, sesiapa juga boleh jadikan semua halaman dunia tampa sempadan ini sebagai wadah kajian untuk meningkatkan perniagaan bagi kemajuan ekonomi atau kehidupan seharian supaya mengenal apa itu dunia hari ini.

Perlu ingat, setiap kemajuan ada baik dan buruknya. Semuanya terpulang dengan takdir sendiri. Jika rezeki nak dapat keburukan, terimalah dengan redha dan jika kebaikan pula, terimalah dengan Alhamdulillah kerana mungkin disitu Allah letakkan rezeki mu.

Bukan semua orang mendapat manfaat dari internet malah ada yang parah disebabkan ditipu dengan cinta palsu, perniagaan palsu dan pelbagai lagi yang buruk. Bagi yang mendapat ganjaran yang lumayan hingga bergelar jutawan dari facebook dan sebagainya, itu kehendak Allah SWT jua. Namun kekadang biasalah bila orang berjaya dah tentu nak ikut juga. Tapi ramaikah yang berjaya dengan orang yang berjaya dengan facebook ???

Semua orang bijak pandai belaka ketika ini, kalau berniaga senang saja nak tau kehendak pelanggan. Mereka sudah pasti inginkan yang bermutu, harga yang murah, barang yang cantik, layanan yang terbaik dan paling dukanya, nak free....beli satu nak free banyak.

Maka, sebijak mana seseorang itu di facebook atau sebagainya, lakukanlah seperti berjuang dalam medan peperangan yang tidak diketahui dimana hujungnya peperangan itu sama ada beroleh kemenangan atau disebaliknya nanti. Yang pasti semua akan mati dan meninggalkan apa yang diwujudkan untuk mengikut arus dunia masakini.

Selamat berjuang.......

Rabu, 17 Julai 2013

SENARAI SPESIES KAUM PALMACEAE [Jenis-jenis rotan] BHG 3

JENIS-JENIS ROTAN

Merupakan golongan menjalar dan memanjat serta jenis penumpang dari keseluruhan spesies rotan yang terdapat di hutan tropika.

Rotan sega (Calamus caesius)
Tumbuh - kawasan tanah pamah dan bukit bakau
Sifat batang - panjang 
Jumlah serumpun - lebeh kurang 100-150 batang
Panjang ruas - 7-14 inci
Batang - diselaputi kelopak daun yang berduri (kelaziman rotan) lazimnya 6-8 pasang setangkai pada batangnya dan panjangnya lebeh kurang 8 inci. 
Warna daun - hadapan hijau dan sebelah belakang berwarna kelabu

Rotan sega air (Calamus hendersonii; C. riparius)
Serupa spesies rotan sega tetapi belakang daunnya hijau.
Tumbuh - ditepian sungai atau didalam kawasan berpaya

Rotan semambu (Calamus scipionum)
Tumbuh - kawasan pamah dan berpaya 
Batang - agak besar
Sifat - tumbuh serumpun
Panjang ruas - 4 kaki atau lebeh
Daun - pengasuh berwarna hijau serta berduri besar dan tunggal atau bertiga
Warna - kuning
Sifat daun - berpelepah dan panjangnya 1-3 kaki

Rotan seni (Calamus javensis)
Batang - panjang
Tumbuh - kawasan pamah dan lereng bukit
Sifat - tumbuh serumpun 
Panjang ruas - 4-14 inci
Daun - pengasuh berwarna hitam manis serta berduri sedikit dan berpelepah 7-10 pasang setangkai 
Panjang daun - lebeh kurang 10 inci

Rotan batu (Calamus Spathulatus)
Tumbuh - kawasan tanah pamah dan lereng bukit
Serumpun - lebeh kurang 25 batang
Panjang ruas - 7-12 inci
Duri - berwarna hitam hujungnya
Daun - berpelepah 2-5 pasang setangkai
Panjang daun - lebeh kurang 8 inci seperti sudu

Rotan tunggal (Calamus pallidulus)
Jenis rotan besar dan tumbuh tunggal
Tumbuh - kawasan pamah, lereng bukit 
Daun - kecil dan berpelepah 
Panjang daun - tidak lebeh 6 inci
Daun pengasuh - berwarna hijau dan tidak berduri

Rotan lilin (Calamus exilis)
Habitat tumbuh - lereng bukit
Tumbuh serumpun
Daun - pengasuh berwarna kuning-kekuningan serta berduri dan berpelepah lebeh kurang 20 pasang setangkai.

Rotan dahan (Calamus ornatus)
Habitat tumbuh - lazim di hutan tanah pamah
Rotan besar dan bercabang cabang

Rotan manau (Calamus manan)
Rotan batang besar
Habitat tumbuh - kawasan lereng bukit
Batangnya tunggal
Durinya besar dan lazimnya tiga berpasangan
Daun - berpelepah dan panjang lebeh kurang 2 kaki

Rotan air (Calamus aquatilis)
Habitat tumbuhan - ditepi sungai atau kawasan berpaya
Tumbuh serumpun dengan jumlah yang banyak
Panjang ruas - 1-2 kaki
Daun - berpelepah serta berduri dan lebeh kurang 100 pasang setangkai serta panjangnya 1 kaki.



Sumber dari terjemahan Ismail bin Haji Ali 1957
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G. BROWNE 1938








SENARAI SPESIES KAUM PALMACEAE {Pokok yang tidak berbatang} BHG 2

POKOK-POKOK YANG TIDAK BERBATANG :

Bertam (Eugeissona triste)
Tumbuh - di lereng bukit, permatang dan tanah pamah
Daun - berpelepah dan berduri halus

Cucuh (Calamus castaneus)
Tumbuh - tanah pamah dan kawasan berpaya
Daun - menyerupai bertam tetapi durinya tebal serta berbaris-baris aturannya

Kelubi (Zalacca conferta)
Tumbuh - tanah pamah dan berpaya atau berair
Menyerupai cucuh tetapi durinya berwarna putih

Palas (Licuala spp)
Tumbuh - kawasan pamah dan berpaya serta juga kawasan tanah tinggi
Daun - menyerupai daun serdang

Nipah (Nipa fruticans)
Tumbuh - lazimnya ditepi sungai muara laut
Batang - sederhana besar seperti rumbia atau hampir batang kelapa tetapi rendah
Daun - berpelepah dan belakang daunnya kelabu

Daun sang (Teysmannia altifrons)
Tumbuh - kawasan pamah dan berpaya atau berair
Nama lain - ketika dulu disebut kok dan disebelah Johor disebut daun payung
Sifat pokok - berbatang pendek
Daun - tunggal serta besar seakan-akan lelayang dan pangkal tangkainya berduri tebal

Bersambung....Bhg 3


Sumber dari terjemahan Ismail bin Haji Ali 1957
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G. BROWNE 1938




SENARAI SPESIES KAUM PALMACEAE {Pokok-pokok berbatang} BHG 1

Spesies dari rotan dan pokok-pokok atap. Sebahagian darinya tiada berbatang tetapi mengeluarkan tunggul. Daun-daunnya bersifat besar seperti berpelepah tetapi ada juga yang tunggal. Urat-urat daun lazimnya selari. Seperti rotan, tulang belakangnya panjang daripada daun serta beronak.

Pokok-pokok berbatang :

Nibung (Oncosperma filamentosa)
Pokok jenis tinggi dan lazim tumbuh ditepi laut tetapi ada juga tumbuh didalam hutan darat.
Batangnya berduri hitam dan daunnya berpelepah serta berumbai.

Bayas (Oncosperma horrida)
Menyerupai spesies nibung tetapi daunnya berdiri tegak. Tumbuh di hutan tanah pamah dan lereng-lereng bukit.

Serdang (Livistona cochinchinensis)
Pokok jenis tinggi dan tumbuh di hutan pamah, lereng bukit rendah. 
Batang- tidak berdiri
Daun - besar dan bulat yang lazimnya koyak seakan-akan berjari rupanya.

Langkap (Arenga esterhoutii)
Pokok sederhana besar
Tumbuh - Lereng bukit rendah
Batang - tidak berduri
Daun - berpelepah dan hujungnya bertakuk

Teronoh (Iguanura)
Tumbuh - kawasan pamah dan berpaya
Batang - pendek
Daun - empat segi seakan-akan layang-layang rupanya dan kerapkali terbelah dua pada sebelah hujung


Bersambung...bhg 2


Sumber dari terjemahan Ismail bin Haji Ali 1957
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G. BROWNE 1938

LAWATAN TIMBALAN MENTERI WILAYAH DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR



 Menandatangani buku pelawat di pejabat pengurusan hutan lipur Lata Jarum

 Berkesempatan sebagai kenang-kenangan

 Lawatan mengejut yang dibawa oleh YB Dato Shaharuddin Moin ADUN Dong begitu meriah 

Berkesempatan juga merakam kenangan di mercu tanda Lata Jarum

SEBAHAGIAN KUMPULAN YANG TELAH MENJALANKAN PROGRAM DI LATA JARUM

J
Jejaka dari Pulau Indah Selangor 2 hari 1 malam.

 Dari Maktab Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur menggadakan program. 3 hari 2 malam

Unit Memanjat Pokok Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengadakan kursus memanjat kali pertama.
Unit Memanjat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menggadakan kursus 7 hari 6 malam.
 Penolong Pegawai Daerah Raub serta kakitangan meninjau pembangunan Lata Jarum.
 Universiti Kebangsaan Malaysia memantau pertumbuhan bunga pakma.
 Pelajar dari Universiti Sains Malaysia menjalankan kajian burung dan haiwan liar.
 Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi menjalankan kajian kepelbagaian biodiversiti.
 Riadah keluarga dari Kelang Selangor.
Perkhemahan 3 hari 2 malam.
 Majlis penutup majlis perwakilan pelajar Maktab Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur.
Pengunjung dari Johor Bahru 2 hari 1 malam

PENYELIDIK TEPUS HUTAN KAKI GUNUNG SEMANGKOK

Empat hari sebelum puasa aku telah membawa dua orang budak melayu dari UKM. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki katanya kakitangan UKM dan yang perempuan pelajar master nak cari spesies tepus hutan yang direkod pada tahun 1907. 

Huh, lama sangat rekod tu. Dah 100 tahun lebih tu. Tapi tak apa lah. Maka kita orang pun pergi lah kat Gap Bukit Fraser dan nak cari tepus tu kat Gunung Ulu Semangkok. 

Maka oleh kerana aku pun tak pernah pergi ke gunung ulu semangkok aku ajak cari di hulu hulu sungai kat kaki gunung semangkok aje. Ingatkan senang nak jumpa benda tu, cari punya cari, kami sampai di suatu hulu sungai yang begitu cantik dimana terdapat beberapa air terjun dan ada kolam boleh bermandi manda yang begitu cantik dan bersih. Airnya sungguh jernih dan sejuk.



 Mulanya nak mandi juga rasanya, tapi baik kami bergambar sakan dulu. Gambar punya bergambar aku terlihat dalam 'view digital kamera' suatu lembaga yang bukan anggota kumpulan kami. Tapi aku buat tak tau aje dan terus merakam gambar sesuka hati aku walaupun banyak kelihatan lembaga tersebut. 

Rupanya member perasan tak sedap hati lalu kami beredar dari kawasan air terjun tersebut dan terus balik. Apa yang dicari tak jumpa, dan benda lain pulak yang jumpa. Bila balik aku tak sabar nak 'download' gambar gambar yang dirakam. 


Dah jangka pun, semua gambar yang nampak lembaga itu tak keluar pun. Itu lah keunikan hutan kita. Bukan semua benda kat hutan boleh dirakam. Oleh itu selalulah berhati hati di jalan raya. Takut terlanggar hantu raya. Tak sempat raya.

kerja-kerja penyelidikan bukanlah satu kerja yang mudah yang mana memerlukan semangat yang tinggi disamping minat yang mendalam. Bagi pelajar-pelajar dalam bidang penyelidikan, lakukanlah tugasan dengan penuh didikasi, semoga kejayaan kalian semua menghasilkan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sesiapa di dunia ini....In Shaa Allah

SPESIES YANG AKAN HILANG DIKAWASAN RAFFLESIA LATA JARUM




TUGASAN UNIT PENGUATKUASA JABATAN PERHUTANAN PAHANG DARUL MAKMUR

1. Menjalankan rondaan dan pemeriksaan kawasan lesen pembalakan dan kawasan-kawasan berhutan

2. Menjalankan rondaan dan memeriksa industri berasaskan kayu

3. Memeriksa perjalanan sesebuah Balai Pemeriksaan Hutan

4. Mengadakan sekatan jalanraya dan memeriksa terhadap pengangkutan membawa barang keluaran hutan

5. Menjalankan semakan laporan penaksiran premium dan laporan penyata penutup kawasan pembalakan

6. Menyiasat kes aduan awam

7. Membuat pengiraan gantirugi kes-kes kesalahan hutan

8. Menyediakan kertas siasatan kesalahan hutan untuk tindakan Pengarah Perhutanan Negeri

9. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri


Sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur 25 Julai 2000
Pengenalan Unit Penguatkuasa dan Penguatkuasaan Undang-Undang Hutan 

LESEN DAN PERMIT YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERHUTANAN DI BAWAH AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (PIN.93)

MENGAMBIL HASIL HUTAN

Lesen {Seksyen 21 (3)}
Borang 1

JENIS HASIL:
Hasil utama hutan - kayu bulat (kayu balak)
                                    kayu jaras (kayu balak berukuran dari 15cm hingga 30cm diameter)
                                    kayu api
                                    arang
                                    rotan

Tempat - Hutan Simpan Kekal dan Tanah Kerajaan


Lesen Kecil {Seksyen 30(4)}
Borang 3

Hasil utama hutan - tidak melebehi 70 meter padu dan hasil hutan kecil

Tempat - Hutan Simpan Kekal dan Tanah Kerajaan


Lesen Pemindah {Seksyen 40-44}
Borang 5

Hasil utama hutan - dan hasil kecil hutan

Tempat - Tanah berimilik, 
                  Tanah lombong, 
                  Tanah rizab, 
                  Tanah lesen pendudukan sementara (T.O.L)


UNTUK MENGGUNAKAN DAN MENJALANKAN AKTIVITI DALAM HSK

HSK - Hutan Simpan Kekal

Permit Penggunaan {Seksyen 34-39}
Borang 4

Aktiviti - Menduduki atau Menjalankan apa-apa aktiviti dalam HSK

Tempat - HSK (Hutan Simpan Kekal)

Permit Memasuki HSK {Seksyen 47}
Borang 6

Aktiviti - Kebenaran memasuki hutan tertutup

Tempat - HSK (Hutan Simpan Kekal)

Permit Jalan {Seksyen 50}
Borang 7

Aktiviti - Penggunaan jalan hutan (melalui jalan-jalan dalam hutan simpan)

Tempat - HSK (Hutan Simpan Kekal)


Untuk keterangan lebeh lanjut sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Perhutanan seluruh Semenanjung Malaysia.

NAMA-NAMA SPESIES KUMPULAN MERANTI


KUMPULAN MERANTI MERAH TUA

1. Meranti Bukit (Shorea platyclados)

2. Meranti Sarang Punai Bukit (Shorea ovata)

3. Meranti Sengkawang Merah (Shorea singkawang)

4. Meranti Nemesu (Shorea pauciflora)

5. Merati Seraya (Shorea curtisii)


KUMPULAN MERANTI MERAH MUDA

1. Meranti batu (Shorea dasyphylia)

2. Meranti bunga (Shorea teysmanniana)

3. Meranti daun besar (Shorea hemsleyana)

4. Meranti kepong (Shorea ovalis)

5. Meranti kepong hantu (Shorea macratha)

6. Meranti langgong (Shorea lepidota)

7. Meranti melantai (Shorea macroptera)

8. Meranti paya (Shorea platycarpa)

9. Meranti pepijat (Shorea leptoclados)

10. Meranti rambai daun (Shorea acuminata)

11. Meranti sarang punai (Shorea parvilolia)

12. Meranti tembaga (Shorea leprosula)

13. Meranti tengkawang air (Shorea palembanica)

14. Gerutu-gerutu (Parashorea lucida)

15. Gerutu pasir (Parashorea densifloria)

16. Gerutu pasir daun besar (Parashorea globosa)


KUMPULAN MERANTI KUNING

1. Damar hitam pipit (Shorea multiflora)

2. Damar hitam bulu (Shorea resina nigra)

3. Damar hitam gajah (Shorea gibbosa)

4. Damar hitam katup (Shorea balanorarpoides)

5. Damar hitam sengkawang putih (Shorea maxima)

Tumbuh - Kawasan tanah pamah dan lereng-lereng bukit sehingga 2 ribu kaki
Batang pokok - tidak besar dan ada berbanir dan ada tidak berbanir
Kulit batang pokok - Hampir licin
Isi kulit - kuning
Bentuk daun - Bujur bulat
Permukaan daun - Licin
Panjang daun - 5-12 inci
Urat daun - Timbul sedikit sebelah belakang
Buah - Berwarna hijau muda dan tiada berkepak serta panjang lebeh kurang 2 inci


6. Damar hitam siput (Shorea faguetiana)

Tumbuh - Dikawasan lereng-lereng bukit
Batang - Berbanir kecil sahaja
Kulit - Merekah sedikit serta mengelupas
Isi kulit - Hitam manis dan lazimnya disebelah dalam mempunyai lapisan berwarna unggu
Sifat Daun - Licin
Panjang daun - 2-4 inci
Bentuk daun - Bulat telur atau mata lembing
Hujung daun - Runcing
Urat daun - Timbul sedikit disebelah belakang
Daun kering - Lazimnya bergulung-gulung dan pangkal daun - tidak sama lebar
Bunga - Berwarna kekuning-kuningan
Buah - Berkepak lima


7. Damar hitam siput jantan (Shorea hopeifolia)

Sifat pokok menyerupai damar siput tetapi anak urat daun terbit daripada tulang belakang serta melintang anak urat yang lain dan kelazimannya kelihatan dua biji dipangkal daun.

8. Damar hitam telepuk (Shorea peltata)
    
Ditemui - Hutan simpan Jamaluang dan Mersing Johor 
Sifat pokok - Kecil dan tiada berbadir
Batang pokok - warna coklat, bertompok-tompok putih, licin.
Kulit luar - Nipis dan berwarna coklat Kulit dalam - 0.4 inci tebal, warna muda sedikit
Gubal - warna pucat kuning dan berdamar
Ranting - Halus dan licin, Yang kering - warna unggu
Sifat Daun - bentuk bulat telur, Hujungnya - Runcing, Tangkai - 1 inci panjang,                   tumbuhnya tidak dipangkal daun tetapi lebeh kurang 0.5 inci dari pangkal (macam tangkal daun keladi) 
Buah - tiada bersayap
     

Selasa, 16 Julai 2013

SELAMA MANA HUTAN DI MALAYSIA MASIH LUAS DAN KEKAL


Sejak dulu lagi pelbagai pihak memainkan peranan mempertahankan kawasan hutan dimusnahkan bagi tujuan pembangunan. Diserata dunia pelbagai pertubuhan, kelab dan sebagainya dijadikan landasan untuk berjuangkan alam sekitar.

Tidak terkecuali di Malaysia, terdapat beberapa pertubuhan yang popular memperjuangkan alam sekitar seperti Malaysian Nature Society MNS dan World Wide Fund WWF dan sebagainya lagi.

Walau apa pun, kerajaan mempunyai pelbagai bidang agensi bagi menjaga alam sekitar serta peruntukan perundangan yang luas  oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apa saja bidang yang berkaitan seperti biologi, biografi, geologi, fisiologi dan sebagainya terdapat dalam tatakerja dipelbagai agensi dibawah Kementerian tersebut.

Agensi yang berkait rapat dengan alam sekitar adalah seperti JABATAN PERHUTANAN, JABATAN PERHILITAN, JABATAN ALAM SEKITAR dan dituruti oleh Jabatan Minerals dan Sains, Pejabat Tanah dan Galian, Parit dan Saliran, Perikanan, Pemetaan dan pelbagai lagi. Namun, pusat-pusat penyelilidikan juga banyak memainkan peranan seperti Institiut Penyelidikan Perhutanan FRIM, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Universiti Putra Malaysia UPM, Universiti Sains Malaysia USM dan pelbagai intitiut dalam bidang penyelidikan.

Adakalanya, apabila pihak pejuang alam sekitar dari pelbagai medium bersuara, seperti pihak kerajaan yang mempunyai tenaga yang besar dan kepakaran yang ada dalam pelbagai bidang seperti tidak melakukan sesuatu.

Yang pasti hutan semakin mengecil bagi keperluan pembangunan pelbagai sektor seperti pertanian khususnya dalam perbagai aspek.

Namun begitu tampa disedari oleh orang ramai keluasan Taman Negara, Taman Negeri, Taman Botani, Hutan Margastua, Hutan Tadahan Air, Hutan Simpan Kekal yang telah diwartakan mempunyai keluasan yang besar lagi dan masih terselamat walau pun dianggap tidak dapat mengimbangi pencemaran dan juga pemanasan global yang melanda masakini.

Wallahualam.

Isnin, 15 Julai 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI PADA LORI BALAK


Setiap masa orang ramai melihat lori balak diatas jalanraya dengan gaya muatannya tersendiri dan ada ketikanya amat membimbangkan pengguna - pengguna jalanraya yang lain. Walau pun begitu, perangkaan dan penyumbang kemalangan di jalanraya menunjukkan hampir tiada dari lori balak.

Kebanyakan pemandu lori balak adalah sangat berpengalaman dan sangat kurang sekali yang masih baru disebabkan kerjaya memandu lori balak bukanlah satu kerjaya yang diambil ringan.

Pemandunya terdiri dari pelbagai kaum dan satu ketika dulu era 80an dimonopoli oleh kaum cina sebegitu lama dan sangat sedikit dari kaum melayu dan india. Namun keadaan sudah berubah, dimasakini sudah banyak dari kaum melayu dan cina. Walau bagaimana pun agak sukar mendapatkan perangkaan sebenar kaum pemandu lori balak disebabkan beberapa faktor yang saya lihat seperti : 

1. Lori selalu bertukar tangan (jual beli/sewa) - pemandu tidak tetap dan bergantung pada pemilik dari pelbagai kaum.
2. Meninggal dunia - pemandu diganti tidak mengira kaum oleh pemilik
3. Pemilik syarikat Industri perkayuan - pemandu tidak tetap dan tidak terbatas pada sesuatu kaum oleh pengurusan syarikat.

Mungkin perangkaan lori balak boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalanraya, namun pemandunya bergantung pada yang berkelayakan dengan memiliki lesen pemanduan kelas E serta GDL yang mana sesiapa memiliki lesen tersebut layak memandu apa sahaja jenis lori perdagangan, maka jika ada pun data pemandu lori balak tidaklah berapa tepat. Kebanyakkan pemilik lori balak tidak memandunya sendiri dan mengupahkan orang lain memandunya.

Setiap badan lori ada terdapat catatan beberapa maklumat lori seperti surat beranak. Apa yang perlu dilihat adalah berat tampa muatan (BTM) dan berat dalam muatan (BDM). Yang lain-lain tu taklah begitu penting sangat sebab itu bidang kerja JPJ dan Puspakom.

Lazimnya lori balak kebiasaannya panjang trailer/gandar sepanjang 22 kaki namun kini telah ada pelbagai ukuran panjang yang boleh dipohon pada pihak JPJ.
Jika pegawai pemeriksaan hasil perhutanan yang berpengalaman akan mengukur panjang trailer untuk memudahkan mengetahui panjang balak yang dibawa untuk memudahkan pengiraan percukaian yang dikutip.

Untuk mengetahui sesebuah lori membawa muatan yang berlebehan amat mudah kalau dilihat pada catatan jumlah berat dalam muatan pada beberapa tempat dibadan lori dan mengetahui sedikit prosedur muatan yang ditentukan mengikut perundangan.

Umpamanya, balak tidak boleh panjang melebehi ekor trailer. Tidak boleh melebehi sisi kanan dan kiri dan lazimnya sudah menggunakan pasung besi padu untuk menampan dari melebehi sisi trailer. Ketinggian pula tidak melebehi batang ekzos yang terpacak di kepala lori balak. Tapi adakalanya tersangat tinggi muatan yang dibawa dan agak pelek apabila dilihat melalui kawasan bandar yang sibuk dengan tiada apa-apa tindakan daripada pihak penguatkuasaan.

Suatu ketika dulu, pernah diberi kuasa oleh kerajaan negeri mengenai mengawal had muatan lori balak di Balai Pemeriksaan Hutan dan banyak keberkesanannya. Namuan beberapa ketika kemudia ditarik balik peraturan tersebut menyebabkan pemandu lori boleh membawa muatan ikut suka hati disebabkan lagi berat lagi banyak upahnya. Pemandu lori balak mengambil upah dengan kiraan berat Tan serta trip pindahan kayu balak ke destinasi, lagi jauh lagi besar upahnya.










SPESIES POKOK KAUM POLYGALACEAE DAN HYPERICACEAE


POLYGALACEAE :

1. Minyak beruk (Xanthophyllum)


HYPERICACEAE :

1. Geronggang (Cratoxylon arborescens)

2. Derum (Cratoxylon fornosum)

3. Derum seluncur (Cratoxylon ligustrinum)



Keterangan setiap spesies sengaja tidak diberikan.


Sumber dari terjemahan semula Ismail Hj. Ali 1957
KITAB ILMU  POKOK-POKOK - F.G BROWNE 1938

SPESIES POKOK KAUM ANNONACEAE

1. Mempisang (Polyalthia Spp)

2. Antoi (Cyathocalyx)

3. Jangkang paya (Xylopia fusca)

4. Jangkang bukit (Xylopia ferruinea)

5. Kenanga hutan (Cananga odorata)


Keterangan mengenai setiap spesies sengaja tidak diberikan.

Sumber dari buku terjemahan Ismail Hj. Ali 1957
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G BROWNE 1938

SPESIES POKOK KAUM DILLENIACEAE

KAUM DILLENIACEAE

Adalah terdiri daripada beberapa spesies pokok kayu balak dan pokok kayu jaras yang kecil serta akar seperti mempelas. Daunnya jenis tunggal, aturannya bertingkat-tingkat, tepidaunnya bergigi, daun pengasuhnya besar, bunganya adakalanya besar dan berwarna kuning atau putih.

SIMPUH (Dillenia Spp)

Beberapa spesies ada juga dikategorikan juga Rambai hutan, Jangkang, melilin dan sebagainya. Disebelah Borneo disebut sebagai Simpur. Lazim tumbuh ditanah pamah dan ada juga dikawasan lereng-lereng bukit.

Sifat batang pokoknya kecil atau sedang besar. Pangkalnya berjangkang. Kadang-kadang berbadir. Kulitnya hampir licin iaitu beretak-retak halus berwarna kelabu. Isi kulitnya merah tua dan apabila ditakuk terdapat bunyi seperti air mendidih apabila didengari ditempat takukannya. Kebanyakkan daunnya bersifat besar dan berbulu, tepi daunnya lazim bergigi, urat-urat daun terang menimbul. Bunganya besar iaitu 2 hingga 3 inci lebar, warnanya putih atau kuning berkepuh. Kelaziman bentuk buahnya bulat dan berbulu serta berwarna hijau atau kekuning-kuningan tetapi terdapat juga jenis simpuh buahnya kembang seakan-akan bunga.

SIMPUH BELEDU (Dillenia ovata)

Tumbuh dikawasan hutan pamah dan bukit-bukit rendah dalam belukar ditanah berpasir. Pokoknya kecil berbuku-buku. Bentuk daunnya bulat telur, lebar kehujung, 4-9 inci panjang, lazimnya tidak sama lebar pangkalnya, belakang daun berbulu seperti baldu dan tepi  daun bergigi halus, hujungnya bulat dan dempak, uratnya 18-25 pasang, Ranting, daun dan kuntum-kumtum bunga semuanya berbulu. Bunganya besar 5-6 inci lebar, berwarna kuning, buahnya kuning muda dan bijinya warna coklat tua.

Sifat daun anak besar berukuran sehingga 24 inci panjang dan terdapat 50 pasang urat, hujungnya bercanggai dan tangkainya berukuran 1-2 inci panjang.

SIMPUH DAUN MERAH (Dillenia eximia)

Sifat daunnya meluruh setiap tahun.
Tumbuh dikawasan tanah pamah dan bukit rendah.

Saiz pokok sederhana besar.
Berbanir besar dan adakalanya berjangkang.

Batangnya: 
licin berwarna coklat kemerah-merahan atau kelabu, berpuru merah.
Kulit arinya kelabu kemerahan, kulit dalamannya merah dan bersifat rapuh serta berpasir.
Warna gubal seakan putih dan saluran parenkimanya nampak terang.

Bentuk daun:
bulat telur, 6-10 inci panjang, 
urat daun - 18-28 pasang. 
hujung daun - bulat atau dempak dan melebar dari pangkal.
pangkal daun - berlekuk
tepi daun - berawan-awan sedikit
Bunganya - keluar bersama-sama dengan daun

SIMPUH GAJAH (Dillenia reticulata)

Sifat daun - meluruh setiap tahun
Tumbuh - hutan tebal, tanah pamah dan bukit-bukit rendah.

Pokok - sederhana besar dan besar dan berjangkang.
Batang - licin berwarna coklat kekelabuan beretak-retak dan berpuru-puru merah.
Kulit - berjalur-jalur

Daun - bujur bulat, 6-12 inci panjang, 3-9 inci lebar, urat daun - 25-35 pasang.
Hujung daun - bulat, dan pangkalnya dempak atau berlekuk, 
Tepi daun - licin dan bergigi sedikit, 
Tangkai daun - 2-4 inci panjang dan berbulu.
Pangkal tangkai daun - berparit seperti pelepah kelapa.
Daun tua atau kering - warna coklat kekuningan disebelah belakangnya.
Bunga - keluar bersama dengan daun dan berwarna kuning.

SIMPUH PAYA (Dillenia pulchella)

Habitat tumbuh - hutan pamah, bertanah lembab dan lazim di hutan paya gambut.
Sifat pokok - batang sederhana besar berwarna coklat kemerah-merahan serta beretak-retak atau bersisik panjang.
Kulit luar - lembut dan rapuh
Tebal kulit - 0.6 inci berjalur-jalur serta warna coklat tua dan merah samar.
Gubal - keputihan

Bentuk daun - bulat telur (ovate), lebar kehujung, tirus kepangkal, 2-5 inci panjang,
Hujung daun - bulat
Pangkal daunnya - tajam
Urat daun - 6-7 pasang
Tepi daun - licin
Tangkal daun - lebeh kurang 0.5 inci panjang.
Daun spesies ini kecil berbanding dengan spesies Simpuh yang lain.
Bunganya besar berwarna kuning.


SIMPUH PADANG (Dillenia obovata)

Terdapat di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kuala Lipis Pahang.

Habitat tumbuh - kawasan hutan pamah, lazim ditemui dalam kawasan belukar.
Sifat daun - meluruh sepanjang tahun

Pokok - kecil atau sederhana besar
Batang - kelabu kemerah-merahan atau ungu dan berbalung-balung
Kulit - 1 inci tebal dan berintik-rintik ungu dan putih
Gubal - kuning muda

Warna daun - hijau tua
Panjang daun - 4-12 inci
bentuk daun - bulat telur (ovate), lebar kehujung dan tepi daunnya bergigi halus.
Urat daun - 20-38 pasang
Tangkai daun - 0.5 - 1.5 inci panjang dan bersayap
Daun anak pokok besar sehingga 30 inci panjang dan 10 inci lebar bersayap sampai kepangkal tangkai.

Bunga - 6 inci lebar, bertangkai 1 - 2 inci panjang dan berwarna kuning.
Buah - 1 - 2 inci lebar dan yang masak berwarna kuning.


Sumber diambil dari terjemahan semula Ismail Hj. Ali 1957, Johari Baharudin 1982 
KITAB ILMU POKOK-POKOK - F.G BROWNE 1938


RAFFLESIA MUNGKIN TIADA LAGI DI LATA JARUM

 Perkembangan terkini dikawasan populasi Rafflesia Lata Jarum begitu membimbangkan sekali disebabkan hanya satu petak sahaja lagi didapati tumbuhan ini berada.

Pada permulaan kajian yang dijalankan oleh pihak penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 hingga 2005 terdapat enam kawasan pertumbuhan spesies ini dan pada suatu ketika terdapat lebeh daripada 23 kudup bunga ini tumbuh dari kecil hingga yang hendak berkembang.

Selepas beberapa tahun kemudian daripada 2010 hingga 2012 pertumbuhannya semakin berkurang disebabkan juga beberapa perkara yang dilihat sendiri.

Pertamanya perumah bunga tersebut yang bergantung pada pokok didapati mati dan tumbang menghempap kawasan pertumbuhan yang ada.

Kedua ada kemungkinan terlalu ramai pelawat yang berkunjung yang tidak dikawal dengan sewajarnya seperti menyentuh, mengusik, memijak kawasan pertumbuhan yang berselirat dengan akar perumahannya serta merosakkan habitat persekitarannya.

Ketiganya keadaan cuaca yang semakin panas dan apabila kawasan pertumbuhannya sudah terbuka disebabkan pokok tumpangan perumahnya tumbang memungkinkan cuaca sejuk dikawasan tersebut semakin merosot seperti keadaan asal.

Saya merasa begitu yakin dengan tiga perkara tersebut mengakibatkan spesies bunga dikawasan tersebut semakin berkurangan sekali dan kini hanya tinggal dikawasan petak diatas sekali (petak 4 bagi pengiraan saya dan petak 6 bagi pengiraan penyelidik dari UKM -Allahyarham Prof. Kamaruddian Mat Salleh)

Gambar paparan disini adalah gambar 2009 yang pada ketika masih banyak sehinggakan pada setiap minggu sampai terdapat 2 hingga 3 biji berkembang.

Pada tahun ini sahaja 2013 baru ada 5 biji sahaja berkembang (Jan - Jun)

Ada kemungkinan, Rafflesia dikawasan Lata Jarum sudah pupus dan akan menjadi kenangan saja pada saya dan Lata Jarum.

Bagi kawasan populasi yang terdapat dipinggiran perkampungan Ulu Dong dari Pamah Kulat, Pamah Rawas dan Peruas didapati kawasan tersebut diterokai penduduk untuk kawasan pertanian. Sayang seribu kali sayang, bila suatu masa nanti baru hendak bertindak untuk pemeliharaan dan menyalahkan pelbagai pihak termasuklah saya agaknya.

Apakah itu memang mentaliti orang malaysia tak kiralah yang bijak, berkuasa, hebat dan menggong tak kesudahannya.

Bukan semua pihak tidak mengetahui perkara ini termasuk Kementerian Pelancongan sendiri.

Wallahualam.